Ikut AiTotYati

22.1.10

APABILA SIFAT MENJADI SIKAP MAKA PATUT DILANGGAR DENGAN TRAK PIKAP!!

makin hari aku makin tak berapa nak suka dengan makhluk ni

oleh kerana dia aku dihumbankan keje dia dengan alasan die tak pandai buat. halloooo aku dulu masa mula2 dapat tugasan tu pandai ke? belajarlah buat dari pengalaman
oleh kerana die nama aku dah masuk ke ingatan pengetua sbb dia tak dtg sekolah mc, relif dia aku tak dapat tapi rupanya aku yg kena relif dia
oleh kerana dia aku pulak yg die msg suh tuliskan nama kat papan putih


oleh kerana yang pertama itu takpelah aku consider dgn harapan dapat menolong dia
oleh kerana yg kedua dan ketiga tu dah buat aku betul-betul naik angin macam ape ke halnye yob?

tapi aku dengan jujur tulus ikhlasnya dah balas oleh kerana dia yang ketiga tu... lebih kurang gini bunyinya: "wslm. sebenarnya apabila seseorg guru itu mc maka adalah menjadi tanggungjawabnya utk maklumkan sendiri pd sekolah. sila telefon opis antara jam 7.00- 7.30pagi. nombor telefon opis ialah 06............ harap maklum."
nasiblah kan ko msg aku mlm2 buta aku nak tido. selama ini aku mc telefon sendiri opis minta tlgorg di situ naikkan nama.

oleh kerana yg kedua tu telah mencemar nama aku. aku jenis yang tak berani tak masuk kelas jika dapat relif. sape yg suka relif? tapi oleh krn itu adalah tjwb maka bila dapat kertas relif ataupun panggilan telefon dari opis maka pasti aku akn tunaikan. masalahnya oleh kerana dia mc dan lambat beritahu maka guru kanan pun lambat buat relif n org opis terlupa nak tepon aku. so bile pengetua round nampak kelas yg pelajarnya berkeliaran maka akn ditanya mana guru relif maka dah tentulah guru relif yg kena. aku tahu pun dari guru lain yg tanya nape aku tak masuk kelas tu. seedangkan aku tak dapat pun relif itu?

aku tak kisah kau nak berlagak tak matang tapi tolonglah matang sbb kau dah kwen. bukan bermakna org tak kwen tak boleh matang tapi kenapa selalu tindakan kau menyusahkan aku? kadang-kadang aku rasa macam nak swing je kau supaya sedar dari lamunan. tolonglah... dunia ini bukan kau yg punye! kau nak manja dengan laki kau, dengan mak kau tu kau punye pasal! tapi kat sekolah kau kena buat kerja macam org lain buat kerja ok!

18.1.10

39.2 DARJAH CELCIUS

last aku demam panas adalah pada tahun lepas. buleh rujuk entri ini. nampaknya tahun ini bulan pertama sudah demam lorrr. sebenarnya takde hint hint yg aku akan demam. if dulu adalah gak sign batuk selsema, ni mmg on the dot je.


sebenarnya masa hari ahad tu belakang paha kaki kanan aku sakit. korang tau kan aku ada PID. apa itu PID boleh rujuk sini. so disebabkan sakit tu aku tuamlah dengan hotpack. dan lama2 sakit tu hilang. lepas dah hilang so kami pn berangkatlah le umah makcik suamiku di muar.


oh oh di sana black out semasa kami tiba. tapi walaupun black out keadaan dalam umah tak panas. rasa nyaman je gitu. oh kami ke sana sebab nak tolong settingkan router yg baru dibeli oleh suami makcik hubbyku. so sambil hubby setting router aku pun mainlah dengan sepupu hubby ku yg paling kecil. cuma aku nak tergelak dengan pertanyaan sepupu hubbyku yg kecil itu. alaaaa dia baru darjah 2. lagipun budak2 mmg telus dan jujur. korang nak tau apa dia tanya aku?


"kak yati kak yati, kenapa kak yati tak mengandung lagi?
kak yati tak boleh mengandung ke? lambat sangatla kak yati ni nak mengandung"



oleh krn dia kanak2 riang maka dengan hati terbuka aku pun jawable,


"apa kata yin doakan kakyati sekarang. doakan kakyati dapat baby kembar ke?"


aku usik dia sambil minta dia tadah tangan dan kami aminkan bersama-sama.
iye mmg kelakar saat itu.


dalam kereta on the way balik ke melaka aku ceritakan perkara itu kepada hubby. hubby aku gelak je. dan aku imbas kembali masa bulan puasa tahun lepas. masa tu kami datang ke sana untuk berbuka puasa. ok tahun lepas si kecik tu darjah 1 lah kan? si kecik tu lontarkan pertanyaan ini:

" kakyati ni datang nak makan aje ke?"--->makan tu merujuk pada berbukalah.

hahahahahaha. kami terkesima nak gelak pun ade.

16.1.10

JANGANLAH CIKGU

tahun ini aku mengajar kelas 5EE2. pelajar2 kelas ini senang nak diurus dan mendengar kata. tapi bukan semua pun yg baik. mesti ada nakal2 sikit tu biasalah kan. so dalam kelas ni ada 5 org pelajar gitu yg suka nak diberi perhatian. aku spesis yg suka hafal nama pelajar so mmg dah lekat dah nama mereka ni dalam memori ingatan aku.

jadi semalam proses P&P bermula, tiba-tiba si shafie ni minta izin aku utk ke toilet. pada aku tak jadi masalah. silalah kan.... yg jadi menjadi tanda tanya tu dia heret sekali 'pelopak' dia.

oh pelopak ialah pencil case. org melaka panggil bekas pencil sbg pelopak. jadi aku pun konpius. so sebelum dia keluar tu aku tahan jap dia kat pintu. aku minta dia tinggalkan pelopak dia dalam kelas. tapi dia berdolak dalik. taknak tinggalkan. aku pujuk elok2 pun tetap dia taknak tinggalkan.

jadi aku pun dah syak maybe ada 'sesuatu' dalam pelopaknya. memanglah dalam fikiran kita mesti sangka ada rokok. oh kan rokok sinonim dengan pelajar lelaki yang sedang meningkat remaja gitu.

jadi aku terpaksalah memaksa shafie menyerahkannya pelopaknya. tapi sempat dia pesan pada aku jangan terkejut dan jangan cakap kuat-kuat depan kawan-kawan dia. aku konpius lagi sekali. mujur aje konpius aku tu tak tahap dewa, kan? peliklah pelajar ni. tapi sebagai seorang guru yang berdedikasi aku terpaksa juga melihat isi kandungannya. takut dia merokok dalam toilet je.

aku berdebar

berdebar

zip pelopak dibuka

dan terpaparlah isi dalamnya

laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

agak-agak apa isi dalamnya tuh?

boleh teka?

salah


salah


salah


cuba lagi




hahahahahahaha... memang takkan kamu sangka



ada bekas contact lens


rupanya si shafie ni nak pakai contact lens.

hahahahahahahahahahaha.....
malu rupanya dia dengan kawan-kwan dia if mereka tahu dia pakai CL.

haish, itupun nak malukah?

fikir :D

12.1.10

AKU TAU AKU KENA TABAH

keje adhoc bertambah tambah
itulah aku dari dulu sangat menyerlah

semua org yg menggelabah
cari aku utk jadi tunjuk arah

padahal mereka tidak tahu aku bersusah payah
untuk jadi kuat dan lebih tabah

kepala pening fikir bagai nak pecah
tapi tetap tak boleh blah

hari ke hari aku mesti makin tabah
ahhhh sajak pun macam apa ke jadah
aku fed up lah

sigh :<

10.1.10

CERITA SATU RINGGIT

aku keluar dari kereta
aku lihat tiada orang

aku masukkan tiket
aku masukkan jcard
aku masukkan note rm10
tak boleh
aku msukkan note rm50
tak boleh
aku ulang langkah
masukkan notes tu semua
tak mahu juga
aku try nak tekan keluar parking tiket tu
tak boleh

aku panik
aku nak tepon hubby
tapi die tgh on the phone dgn client nye
aku pusing belakang
barisan dah panjang

aiyak
aku pandang belakang aku dan minta tolong lelaki itu
aku cakap

excuse me sir
may i borrow RM1 ?
i'll pay u afterwards

laki cina tu kata
it's ok
just take it

dengan duit pinjam itu
tiket aku lepas
aku segera bergegas ke kereta

buka bekas yg simpan syiling syiling
capai 2 keping syiling 50sen
mata aku melilau carik laki tu

oh aku nampak dia
aku jumpa dia
aku hulurkan syiling itu
dia kata
never mind it's ok
just take it
aku geleng
aku cakap
no sir i just want to borrow
let me return it back
dia hulur tangan
aku terus bagi syiling 2keping itu
dan ucap
thank you sir
sambil berlalu dan tersenyum

oh mesin parking kereta jj seremban 2
kenapalah kau tak nak terima notes aku?

p/s: kejadian ini tidak pernah berlaku di jj ayer keroh.
hahahahahaha. maybe sbb tempat sendiri kot