Ikut AiTotYati

29.8.13

HI, BOLEH BERKENALAN?

Ai ni  bela 3 ekor kucing betina tapi kebanjiran kucing-kucing jantan tak dapat dikawal. dulu ada Bleki, takde jantan kabaret berani datang sebab nanti mesti Bleki lawan tapi sejak Bleki mati, dah takde abang kawasan nak jadi pelindung.


walaupun Ai letak Snowi Tama dan Comot dalam sangkar tetap ade yg berani lepak depan sangkar tu.
apatah lagi kalau Ai lepaskan Tama dan Comot, uiiii lagi ramailah yang ngorat.

gambar 1
 dalam gambar 1, waktu ni Ai baru keluar pagar rumah nak menuju ke tempat menuntu ilmu. sekali Ai kuar, kucing jantan tu terus panjat pagar rumah. amboi pantas betul dia tau Ai nak keluar ye. tapi masa ni Ai tak keluarkan kucing dari kandang. kurung je untuk elakkan kena ngorat.

gambar 2
 dalam gambar 2, itulah senario yang berlaku bila Ai lepaskan Tama dan Comot. Tama di sebelah kanan manakala Comot di sebelah kiri. depa memang suka lepak atas tembok tu. angin sepoi-sepoi bahasa katanya.


gambar 3
haaaa ni dalam gambar 3, kucing jantan cuba mengorat Tama. Tama sebelah kanan manakala kucing jantan sebelah kiri. ini bukan kucing dalam gambar 1 tapi kucing lain tau. Tama jual mahal je tapi si jantan ni tak putus asa. mana Tama pergi kat situlah si jantan ni ade.

Comot tengah bunting sekarang. yang Ai risau tu Comot belum berusia setahun pun lagi baru 7bulan. harap2 nanti kalau beranak, anak2nya hiduplah.

betulla, bukan senang nak jaga anak ni walaupun anak kucing. Ai tak sanggup nak mandulkan kucing2 ni. kesian sebab mereka pun benda hidup.

28.8.13

APA2 YANG KAU BUAT MESTI DIKAITKAN DENGAN SEBAB KAU TAKDE ANAK

pelik tapi benar

masyarakat kerap mengaitkan sebarang perbuatan/hobi yang dilakukan oleh orang takde anak/belum kahwin disebabkan mereka mempunyai banyakkkkkkkkkkkkkkkkk masa.

bagi Ai, Allah bagi setiap orang 24jam sehari. pandai2lah nak urus.
bukan Ai tak pernah jumpa orang yang ramai anak-bekerja-sempat masak-jahit baju-keluarga bahagia.

senyum kambing jelah bila orang komen
"banyak masa ko, aku ni x sempat nak layan anak lagi, suami lagi, masak lagilah tak sempat"

cantas balik,"tapi ko masih sempat tengok facebook kan?"


sakit?

(",)

KELUARGA SNOWI yang BERANAK 3

snowi beranak 4 ekor tapi mati seekor tinggallah 3.
comelsss tau anak2 bulus ni.
gambar2 diambil semalam pada hari ke-6 setelah lahir.

3 ekor yang comels

2 ekor ni lahir kemudian

ini Snow white. yang mula2 lahir maka dialah kakak

Snow white sayang adik2. hihihi

close up tapi guna smartphone tak clear sangat hohohoho

tidur secara berjemaah. hehehehe

Ai pun dulu geli dgn kucing tapi Jek la yang mempengaruhi Ai. 

27.8.13

MENTALITIY DAH MEMANG MACAM TU...SABAR JELAH

cakaplah macam mana pun.

kalau memang dah memang budaya berfikirnya,
'kahwin mesti dapat anak, kau tak beranak kau ganjil'

kau cakap macam mana pun memang gitulah gayanya.



halllooo rezeki tu bukan anak je ye.
kesihatan, umur panjang, kerja yang stabil, jodoh yang baik itu rezeki.

kalau jumpa orang2 macam tu, tanya dia ada fb tak?
kalau dia ada fb maka dia ada internet connection.

bgtau dia luaskan pembacaan di dunia tanpa sempadan ni. jangan asyik main game je dalam fb.
hehehehheh

25.8.13

SNOWI DAH BERANAK!

untuk kali ke-3 bagi tahun ni.

mula2 10jan2013- 7 ekor

kemudian kali ke2 pre mature ketika itu kami di Terengganu semasa cuti sekolah bulan May - 5 ekor

latest edition 21/8/13- 4 ekor (1 mati)

ini sejurus selepas lahirkan anak yang pertama- yang putih tu

masa ni dah keluar 3 ekor

Snowi lahirkan anak yang ke-4. namun maybe sbb tak larat snowi tak pecahkan kantung. yang ke-4 ni mati

nampak tak anak kucing tu dlm kantungnya?

Snowi dah makin lemah tapi masih gagah jilat anak2nya

dan akhirnya bli sangkar baru khas untuk snowi berharga rm230

sekarang kami ada 6 ekor anak kucing dari satu ibu!!! Tama dengan Comot dah ada adik tiri dah. hihihihi

21.8.13

SOALAN CEPU EMAS

salam readers.

kalau dah TTCian tu, tetap akan kena soalan cepuemas punyalah.

Namun raya tahun ini agak kurang jugaklah pertanyaan tu. agaknya sebab dah lama benor kot. tak kuasa orang nak tanya. tiap kali Ai nk kuar beraya, Ai mesti zikir dan doa dalam hati semoga takde yang tanya.
tapi ada gak terjadi masa beraya kat umah sorang nenek ni. nenek ni org yg sama yang dok tanya Ai tak jeles ke dgn SIL dalam entry ini

sorry to say tapi dah banyak kali jumpa nenek ni, Ai tetap tak ingat nama dia. hahahhaha.
bila Jek tanya nape tak ingat? Ai kata tak perlu ingat nama2 orang yang sakitkan hati kita sebab nanti kita lagi sakit hati. mujur Jek paham. so sudahnya tiap kali datang beraya kat situ, tiap kali tu lah Ai akan tanya Jek nama nenek tu.

kali ni, nenek tu tak tanya direct tapi dia lontarkan pertanyaan pada PIL,

"oooo yang takde anak ni ikut, yang ada anak tu tak ikut beraya sekali ke?"

sentap kejap masa Ai dengar soalan ni. perlu ke mentioned 'yang takde anak'? perlu ke?

so PIL pun jawabla yang ada anak tu beraya rumah mertua.


tak kosser nak layan nnenek ni. Ai dengan Jek layan kuih raya lagi bagus. hahahahah

19.8.13

CERITA RAYA Ai- part 3

amboi banyak betul bahagiannya, kalah drama swasta.
saje rajin mencoret. layankan aje.


part 1 di sinun 
part 2 di sini

ok part 3 adalah berya pada hari sabtu (17/8/13).

keluar rumah dan terus menuju ke rumah kak Maharom berdekatan aeon baru. hantar CPU. tanya juga tentang hal rumah2 ni.

kemudian kami ke Jusco untuk bli brg dapur dan lunch.

keluar kami ke taman Tun Rahah sekali lagi untuk ke rumah atok sedara Ai. sembang memang lama. haaa baru tahu sorang anaknya tu Firdaus kerja di bhgn pinjaman perumahan.

akhir sekali ke rumah parents Nadilah (student robotik Jek). sembang lama juga. hohoho

kami tiba di rumah beberapa minit sebelum azan asar berkumandang.

sekian part 3.
minggu depan kalau beraya lagi Ai sambung. hehhehe



18.8.13

CERITA RAYA Ai - part 2

part 1 di sini

part 2 ni kami gi beraya di Johor sikit, melaka sikit.

kuar rumah Jumaat pgi tapi Jek g opis lawyer amik CPU. Ai lak g avon tapi barang yg dikehendaki tu takde. tetiba sebab staff avon tu nampak Jek bw cpu trs minta tlg tengokkan komputer depa. last2 kuar dari melaka 11.30 pagi la jugak.

so terus menuju ke rumah arwah mbah tukiman @ hj musa di kg sg alai, pnachor johor. kat cna mbah ngatiah bg makan nasi. actually mbah ngatiah tu moyang@boyot sedara Ai le. kelakar je masa nak panggil anak2 mbah boyot tu mbah. terpaksa Ai panggil mbah muda.

lepas tu Jek stop kt masjid bkt gambir solat jumaat di sana. kemudian terus ke Bndr Baru Bukit Gambir rumah makcik Jek. makan kuew tiaw pulak kt sini. dalam kul 3lebih macam tu keluar meuju ke merlimau pula.

haaa kami g ke Taman pahlawan merlimau. mula2 rumah anis(kwn sekerja Jek) then rumah yanot(my BFF) dan kemudian rumah kak azie(x-kwn sekerja). yang best tu, anis merupakan sepupu yanot manakala kak azie adalah ibu saudara anis dan yanot. kirenye semua ahli keluarga mereka tu Ai kenal sebab pak usu mereka pun kerja satu sekolah dengan Ai dulu.

kemudian kami meneruskan beraya di taman Tun Rahah untuk menziarahi Ayu yg baru bersalin pada ramadhan yang lalu.

kami keluar dari rumah ayu jam 7.05malam dan tiba di rumah kami sebelum azan maghrib berkumandang.

ok tamat part 2.

15.8.13

CERITA RAYA Ai

salam semua.

wah sakan beraya ye.
Ai dah kembali ke Melaka dan hari ini bermulalah rutin biasa Ai.

berikut merupakan catatan raya Ai untuk tahun 2013 Syawal 1434H.

6/8/13 (selasa)- pulang ke kampung di selangor. singgah rumah mertua dulu. tolong buat kuih puteri mandi. berbuka di rumah mak Ai.

7/8/13(rabu)- persiapan raya di rumah mak Ai. malam ada sedikit 'drama'.

8/8/13(khamis)- menyambut raya pertama di rumah Mak Ai. terima kunjungan paman As dan Bik esah sekeluarga. kemudian membalas kunjungan paman as. tengahari kami pulang ke rumah mertua raya sana pula. jam 4petang keluar semula beraya di kampung Ai (mertua asal dari kampung Ai). pergi ke rumah Nek Halimah dan Nek x ingat nama (sebab pernah smash kt sini so x ingat. hahahha). kemudian Ai terus balik ke rumah mak Ai. Mak abah Ai ajak pergi beraya. so pergi beraya ke rumah mbah Seman, mbah Husin dan mbah Lah.

9/8/13(jumaat)- beraya di kampung mbah parinah (ibu kepada mak Ai). masak lunch. dalam pukul 4 petang pergi beraya di rumah paman Kembek(depan umah mbah parinah) dan bibik Ani (rumah baru). dekat nak maghrib kami pulang semula ke rumah mertua Ai.

10/8/13 (sabtu)- pagi bergerak untuk beraya di rumah MakLong di teluk panglima garang selangor. jam 12pm gerak keluar dari rumah maklong menuju ke LCCT untuk menghantar Lutfi yang bekerja di Jepun. setelah itu pergi beraya di rumah Tok Sanok (bapa bik Nur hukm) di Sg Besi. setelah itu bergerak pulang ke rumah mertua Ai.

11/8/13(ahad)- jam 8 pagi bergerak ke Lenggong (kampung ibu mertua Ai). tiba di restoran tasik raban jam 11.30pagi. having lunch there eh tetiba omputeh?  tiba di rumah arwah opah dan mula melakukan kerja-kerja pembersihan rumah. jam 5 petang bergerak ke Besiah untuk mengunjungi opah Andak (adik arwah opah yg kedua). jam 6.30ptg pulang semula ke kg Gelok Lenggong. tidur semalaman di rumah arwah opah.

12/8/13 (isnin)- sewaktu subuh menerima berita kematian arwah Nenek Sal (kg Selabak). oleh itu rancangan beraya ditukar. kami terus kemas2 dan kemudian menziarahi kubur atok Jab di tanah perkuburan Islam kg Gelok. usai siap, pergi beraya di rumah opah Teh (adik arwah opah kedua bongsu). di sini kami dihidangkan dengan rendang ayam dan ketupat palas yang baru lepas dimasak. perghhh memang terbaiklah. kemudian bergerak pulang. dalam perjalanan singgah sebentar di Ipoh untuk berjumpa acu dan keluarga di Mee Rebus Ramli. kemudian memulakan perjalanan semula ke rumah arwah Nek Sal. kami tiba di rumah mertua jam 5.30petang.

13/8/13 (selasa)- pagi ini kami ke pejabat pemaju perumahan. ye Ai bercadang membeli rumah di kampung. rumah di melaka ini Jek punya (setelah ditukar kepada nama pemilik tunggal). Nor (adik Jek) turut bersama dengan kami. Ai bercadang untuk beli rumah semi-D satu tingkat setengah dengan ukuran 40 x 85 kaki. heee Ai booked dengan harga rm344 ribu (padahal masa mula2 tgk pelan tu harga baru RM331 ribu seunit). Ai dan Nur booked sebelah menyebelah. alhamdulillah setelah dibuat pengiraan Ai layak untuk menggunakan loan kerajaan sebanyak rm380ribu. jadi nanti masa nak apply loan tu pemaju akan call semula utk confirmkan sama ada Ai nak mohon rm350ribu atau rm380ribu). niat Ai, nanti bila sampai masa kami akan pulang jua ke kampung. for the time being, biarlah kami di Melaka dulu. oh dan tak lupa juga rumah itu akan jadi istana hinggap bila kami pulang ke kampung. jadi tidak timbul isu sama ada nak pulang ke rumah mertua atau rumah mak Ai dulu. kita balik rumah Ai dulu. heeeee. rumah dijangka siap pada tahun 2016 Insyaallah. selepas menghantar Nur pulang ke rumah dan kami mengemas barang untuk keluar beraya dan bermalam di rumah mak Ai pula.

Ai dan Jek memulakan misi beraya sendri. rumah pertama dituju ialah rumah Along Ai. hampir zohor baru keluar dari rumah along. kemudian ke rumah Aan (adik lelaki yg betul2 bwh Ai). di rumah Aan kami bli nasi campur sbb isteri Aan kerja (nurse) dan kami lunch di rumah Aan. dan akhir sekali rumah Cikgu Salmah (guru Ai masa form 1- form3 dulu). memang rezeki kami cikgu Salmah baru je bake red velvel cupcakes with cream cheese dan juga cornflakes madu. jam 5.30petang kami gerak pulang ke rumah mak Ai pula.
selepas maghrib, kami keluar beraya bersama mak dan adik Ai ke rumah arwah cikgu Sairuji. sebelum tu kami ke rumah jiran sebelah tapi takde orang.

13/8/13 (rabu)- selepas sarapan kami bertolak pulang ke melaka. dalam perjalanan kami singgah di rumah mertua Ra untuk melihat baby baru yg dilahirkan pd ramadhan lalu. kami tiba di rumah jam 5petang. usai mandi kami keluar beraya ke rumah jiran depan (untuk ambil kunci-anaknya tolong jagakan kucing2 Ai). lepas tu terus g dinner dan blk ke rumah. malam tgk I hear your voice dan tertidur masa tengok tu.


ok itulah cerita raya Ai. Jodoh kahwin dengan orang sedaerah. lebih kurang begitulah tiap2 tahun. 25syawal ni genaplah ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8. how time flies....


5.8.13

SELAMAT HARI RAYA 1434H TAHUN 2013

salam,
kepada semua pembaca blog Ai terimalah kad raya ini.

pandu cermat, jiwa selamat dan duit pun jimat.


selamat hari raya (^_^)

1.8.13

SALAM 1 OGOS 2013 BERSAMAAN 23 RAMADHAN 1434H

dah ogos dah.
bulan depan Ai masuk keje semula setelah cuti belajar selama 24 bulan.

dan hari ini dapat good news utk my Jek.

alhamdulillah Jek dpt temuduga untuk hadiah latihan persekutuan (HLP) bagi tahun 2014.
temuduga bulan depan.
kawan-kawan tolong doakan Jek dapat mengharungi temuduga ye.

kalau dapat Jek juga bakal dapat cuti belajar tapi 18bulan sahaja sbb Jek buat mode full research. dan yang paling best yuran dibayar, elaun dapat. oh Ai? Ai dulu apply CBBP TB (cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa). sbb mcm x yakin blh dpt tp rezeki Allah bagi Ai dapat dengan sekali mohon saje.

ok sape2 yg nak cek boleh ke linik moe di sini ye