Ikut AiTotYati

13.6.13

NIA LIL RAMADHAN : DESSERT of LIFE 1st GIVE AWAY

Ai join satu giveaway yang dianjurkan oleh Nina dari blog http://iluvdesert.blogspot.com
hadiah Nina ditaja oleh http://niasouq.com.my



ok masa Ai belek-belek http://niasouq.com.my tu ternampak satu item namanya "my Fasting Chart"
lalu Ai terimbau satu kenangan sewaktu kecil masa mula-mula nak belajar puasa.


Ai mula belajar puasa penuh semasa darjah 1. masa tadika selalu puasa setengah hari je. hihihihi
Abah ada sediakan satu kalendar untuk Ai. kat kalendar tu Ai kena kalerkan kalendar jika puasa penuh. jika tak puasa jangan kaler atau puasa sekerat hari tak perlu warnakan kalendar tu.

lalu bila dah hari terakhir bulan Ramadhan, abah minta kalendar tu.
rupanya sewaktu di pagi raya, abah dah convertkan tarikh-tarikh yang Ai puasa kepada duit raya.
jadinya masa darjah 1 tu Ai dapatlah duit raya banyak sedikit berbanding raya tahun sebelumnya. Ai tak berapa ingat berapa RM tapi bila diingat semula malu pun ada. yelah, patutnya kalau puasa sebulan penuh mesti kalendar Ai penuh berwarna tapi ni ade yang berwarna ada yang tidak.

abah kata tak ape tahun depan puasa lagi tapi rasanya masa darjah 2 Ai dah mula puasa sebulan penuh. gara2 nak dapat lebih banyak duit raya. ala masa kecik tak berapa nak faham sangat ramadhan tu ape.

gitulah kisah ramadhan Ai.
sekian.

4 comments:

  1. Tq for joining my GA ai :-) nice story... Biasa la budak2...x paham lg konsep dosa pahala. But giving incentive is a way to promote ramadhan to kids. And Nia Souq is hoping to do that :-)

    ReplyDelete