Ikut AiTotYati

14.1.13

NATES... SYOH KAU JAUH2

salam readers.

apabila hormon berada di paras terumbang ambing maka hanya selawat, zikir dan doa mampu dilafazkan.
tatkala hormon terumbang-ambing ini Ai sedaya upaya cuba mengelak daripada membuka lembaran di muka buku. namun tewas dek kerana nafsu-nak-juga-belek-muka-buku-setiap-hari-walau-sekejap. hahahhaha

pagi ini selak muka buku terpapar double line result UPT kawan2. scroll bawah lagi ada pula foto baby2 comel; yg ade kaitan dgn Ai secara langsung atau tidak. nates kata,"sila bersedih dan sila jeles"

positif aura yang ada pada diri Ai pula kata,

1. tak payah nak jeles, i'm happy with my condition right now.
2. duit boleh spend sukahati nak beli apa yg Ai suka tanpa perlu fikir pasal lampin, susu, babysitter dll. manakala enJekjek boleh beli Gundam kesukaan.
3. boleh travel ke mana saje tanpa perlu kisahkan hal anak spt, "eh cukup tak stok lampin? baju baby?"  agak2 kami nak g tengok wayang kul 8 malam pun selamba je pergi. agak2 nak pergi PD jumaat petang konon hanya utk snap sunset tapi end up eh bestnye PD jomlah cari hotel kite tidur sini.
4. boleh sambung belajar tanpa perlu fikirkan how to spend quality time with the children. cuma fikirkan pasal laki kau aje.
5. kisahkan hanya perut Ai dan enJekjek sahaja.
6. tengok tv tak payah berebut dengan anak (mmg tak berebut pun pasal ada 3biji tv)
7. boleh buat entry di blog tanpa gangguan sesiapa (kecuali Bleki & Snowi)
8. kau jangan sedih2, nanti paras keimunan menurun. bila imun rendah nanti ko senang sakit. kau nak sakit ke? Ai taknak!!!

readers jangan salah faham pula. bukan kami taknak anak lagi tapi Allah belum nak makbulkan lagi permintaan kami. dan kami tak mahu nak sedih bermuram durja mengenang nasib diri. dalam hidup ni banyak lagi perkara yang boleh dibuat, bukannnya kalau kau belum ada anak kau nak kena rasa rendah diri dan kemudian duduk berkurung dalam rumah. cuma kemahiran mengawal emosi bila ditanya oleh masyarakat luar itu masih agak rendah dalam diri Ai.kadang2 emosi boleh sedih, kdg2 emosi rasa nak melasr. tapi sempena awal muharram yg lalu Ai dah berazam untuk tidak melaser orang. hehehhehe

IUI yang kami jadualkan pada Disember 2012 terpaksa ditangguh kerana masa itu kami travel ke jepun selama seminggu. dan bercadang untuk buat pada bulan ini. tapi sebab bulan ini pun awal tahun maka agak busy so Ai tangguhkan lagi. bukan niat nak bertangguh tapi tarikh yang dijangka uttk proses transfer anak2 ikan akan kena pada tarikh kami balik kampung.

mari akhiri dengan kata-kata yang Ai petik dalam muka buku Ai sendiri,

Org yg sengaja mempersoalkn kekurangan kita sebenarnya cemburu dgn kelebihan kita yg dia tiada. 
Look at the bright side. Itu bkn kekurangan, itu kelebihan yg Allah bagi. Think n act positively (^_^)v

8 comments:

  1. aku kdg2 sampai tak nak baca blog org yg cerita pasal baby.
    jenuh nk pujuk hati... huhu.



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Tas, Insyaallah akan ade yang kedua utk kamu dan yang pertama untuk Ai (^_^)

      Delete
  2. InsyaAllah.. ada rezeki tu... dulu pernah berjiran dgn satu pasangan,dah 4 tahun kawin baru ada anak.menitis air mata dia sambil bagitau jiran2 berita gembira itu.

    ReplyDelete
  3. rezki kita tak sama
    saya ada anak
    ada ketika jeles dgn kawan2 yg dapat beli apa mereka suka dan berjalan kemana nak pegi tanpa perlua pikir siapa nak jaga anak@nak beli utk anak dulu.

    saya bersyukur dgn apa adanya ;)
    sesekali je perasaan itu dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu irfa,

      kena sentiasa bersyukur dgn apa yg kita ada :D

      Delete