Ikut AiTotYati

4.1.13

PLUSMILES: KALENDAR 2013

salam readers.

semalam Ai ke tempat menuntut ilmu jumpa SV. biasalah report progress tesis.
hihihi sempena tahun baru ni Ai dah insaf dah. cukup2lah berjalan.

mmg pun dalam sem 3 banyak berjalan. ala bukan ape sebab kebetulan sem 3 jatuh dalam cuti sekolah. dah kalau enJekjek nk bercuti takkan Ai tak ikut pulak kan? enJekjek bukan bercuti je ade gak yg dia ke srwk Ai tak ikut sbb takmo terleka.  ye Sv sudah menasihati Ai spy fokus. takpun klu nk g jalan boleh tapi tesis mesti ade progress. hehehehe. lepas tu SV siap kira lagi mana tempat yang Ai dah pergi:

1. Miri
2. Brunei
3. Singapore
4. Port Dickson
5. Cameron Highlands
6. Osaka, Jepun

lawatan ke semua tempat dia atas telah dilakukan dari september hingga december 2012. hihihihi. SV tau Ai berjalan2 sbb untuk lawatan ke luar negara haruslah dapatkan kebenaran daripada penyelia@SV. dan tiap kali g berjalan mmg Ai akan belikan ole2 buat SV Ai tu. usia SV muda sikit je drpd mak Ai so SV ni mcm mak jugaklah. sekarang dah keluar pekelililing baru untuk pegawai kerajaan yang nak ke luar negara tapi tengah cuti belajar hanya perlu isi borang kebenaran penyelia dan kemudian emel@fax ke bahagian tajaan, kementerian pelajaran malaysia.

nak cerita, masa on the way balik dari tempat menuntu ilmu ke rumah, selaku pengguna PLUS highway yang tegar bila isi kad plusmiles dah kurang daripada rm100 memang Ai akan reload kad plusmiles tu. so bila dah melalui smart tag ayer keroh tu, Ai pun stop kat office plus ayer keroh sebab nak top up. Ai mmg biasa akan top up RM200. tu mmg bajet tol sebulan kalau ulang-alik dari rumah ke tempat menuntut ilmu. tapi kalau weekend pun turun ke kl atau kawasan sekitarnya mmg akan lebih la bajet tol tu.

so smlm top up rm200 dapatlah kalendar di bawah. tapi minimum kena top up RM100 untuk dapatkan kalendar ni. Ai pun secara berseloroh cakap la pd pegawai plus kt kaunter tu,

"esok saya nak datang reload lagilah. boleh dapat kalendar lagi"

heee sekali pegawai tu baik hati pula,
"laaa takpe takpe saya bagi lagi satu. lagipun cik reload RM200 boleh consider dapat 2"

kalendar PLUSMILES ni memaparkan karya pemenang pertandingan melukis "sayangi alam sekitar."
dalam kalendar ni ada nyatakan tarikh cuti kelepasan am persekutuan dan juga setiap negeri. klu nak layari web plusmiles klik sini

kalendar cantek PLUSMILES yang Ai dapat. saje tayang pen yang Ai bli di jepun. heheh ade tulis 'made in japan' :P





ok selamat berhari Jumaat ye (^_^)

0 komen terulung:

Post a Comment