Ikut AiTotYati

28.11.12

CARA MOHON VISA JEPUN -part 2

salam readers. 
part 1 ada di sini.

ok lepas dah siapkan semua dokumen mohon visa ke jepun tu kami pun ke embassy jepun pada 20 Nov 2012 hari selasa. pergi slps hbs buat appointment gigi di ukm , kl.



1) parking kereta kt luar embassy Jepun iaitu di tepi jalan persiaran stonor. embassy terletak berdekatan dgn Suria KLCC. embassy jepun bersebelahan dgn Eton International School (mesti pengusaha tu nama Zaiton, kan? hihihi).

2) nak masuk embassy kena isi borang kt guard house. better bawa pen sendiri. klu dtg ptg, embassy buka jam 2pm tp dh blh amik no jam 1.40ptg. bg borg yang telah diisi tadi beserta IC pd pak guard n akan dpt pas masuk.

3) segala jenis phone, tablet, ipad n kamera kena tinggalkan kat guardhouse. beg & diri kita kena diimbas melalui mesin pengimbas. kat sini akn dpt satu lagi kad bernombor utk brg2 yg kita tingglkan tu.
4) masuk trs cari mesin amik no giliran. tunggu nombor dipanggil. ada 5kaunter. kami sampai sebelum jam 2pm so tunggu sekejap. kaunter betul2 dibuka tepat jam 2petang.


5) hanya bagi dokumen yg diminta shj mcm yg disenaraikan dlm web. macam dalam entry part-1 Ai tu
6) bila pgw puashati dgn semua dokumen, kita akan terima resit. bw resit ms nk collect visa. 
mcm kami submit 20/11, collect visa pd 22/11/12 jam 2pm-4pm.
 
7) masa blk haruslah serah pas masuk n kad bernombor tu.

8) masa nak collect visa, jika dtg pd hari & waktu yg mmg dia suruh dtg tak perlu amik nombor giliran. cuma trs beratus di kaunter no.5 dan serahkan resit dan trs dapat. klu dtg pd hari lain, kena amik nombor giliran dan tunggu. bak akat pgw tu, klu dtg hari lain maka lambat sikitlah dapatnye.


sekian perkongsian daripada Ai. 
semoga ada manfaatnye :D

2 comments: