Ikut AiTotYati

28.2.12

SIKAP @SANGKAAN @PREJUDIS

salam.

lama Ai tak mencoret.
Ai tidak tahu tajuk yang sesuai untuk entry ini.

semalam Ai ade appointment di GH melaka.
mana lagi kalau bukan di klinik O&G (obstetrik & ginekologi).


turn pukul 2 tapi Ai timbul jam 2.30pm sbb fetch enJekjek di sekolah dia. fungsi? supaya enJekjek boleh bawa balik kereta. GH melaka tu masalah paling utama adalah parking places. dan enJekjek pula memang ada aktiviti di sekolah so dia ke sekolah semula.


pengalaman yang Ai nak kongsikan ialah selepas berjumpa Dr muda.
selepas berdiskusi dengan Dr muda tu, Ai kena wait Dr muda tu sekejap sbb dia pula nak discuss hal Ai dengan Dr Mai (Dr Mai tu mcm sifoo kt situlah)yang berada di bilik lain. so ade seorang nurse ni turut berada dalam bilik yang sama.
nurse pakai line kaler purple di atas tudungnya tu maksudnya ape eh? tu pangkat2 depa kan? cuma Ai taktahu maksud setiap kaler tu...


tiba-tiba nurse tu memulakan perbualan.

nurse: dah berapa lama kahwin?
Ai : masuk hari ni (27/2/12) genap le 6 tahun 3 bulan.
nurse: hmmmmm.... lamanya. mesti boring, kan?
Ai : boring? setakat ni saya tak boring lagi. saya tak perlu fikirkan hal anak-anak jika mahu ke sana ke mari.
nurse: .....
Ai: senyum je



kisah ni ada Ai kongsi dalam fb cuma Ai tak nyatakan siapa seseorang tu.
semenjak dua menjak umur nak masuk 31 tahun ni Ai malas nk sentap2 dah. kalau boleh nak bagi penjelasan yang patut dan lepas tu senyum jelah. hihihi.
Ai redha. sebab Allah tahu yang terbaik buat Ai dan enJekjek.

Allah akan beri apa yang kita patut dapat, bukan apa yang kita mahu

(^_^)

2 comments:

  1. nurse tu mungkin cuba utk jadi friendly tapi soalan dia tak sesuai. Elok juga Tot tak sentap. Bersangka baik ajelah kepada sesiapa yg bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. YB,

      tu la saya pun fikir macam tu jugak. nak beramah mesra tapi tersilap tanya soalan kot.

      hihihi

      Delete