Ikut AiTotYati

17.7.11

JENGKEL

malam tadi tengok movie Harry porter di MBO cinema , melaka mall.
ada beberapa perkara yang menjengkelkan telah berlaku.
paling best perkara itu telah dilakukan oleh hanya satu family sahaja.

maka penceritaan pun dimulakan.....

Ai dan enJekjek duduk seat biasa. kalau cinema nombor 2 atau 4 kami akan beli tiket di seat row L. nombor seat kami ialah L9 & L10. seat L10 adalah seat hujung sekali tempat org keluar masuk. untuk lebih faham tengok rajah yg Ai lukis ni di bawah:






selepas cerita HP tu ditayangkan selama 10minit tetiba ada satu family ni baru le terhegeh-hegeh nak ambil tempat. so kat situ Ai dah rasa jengkel dah. kite tengah syok layan HP sebuk lak nk masuk. kalau masuk tu reti nak cakap terima kasih takpe. ni tak, menonong je. tu satu bab.


family yang baru masuk ni adalah terdiri daripada seorang ayah, ibu dan seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 3 - 4 tahun gitu. mulut plak tak reti nak senyap. pot pet pot pet macam bertih goreng. lepas tu dah Ai duduk selesa lagi sekali ada plak orang nak masuk. rupa-rupanya anak lelaki mereka plak yg nak masuk. Ai anggarkan anak laki dia tu dalam lingkungan 9-10 tahun sebab dia membawa masuk bersama popcorn dan air berkarbonat. maybe si ayah dan si ibu meninggalkan si abang untuk membeli popcorn dan air.


masuk je si abang, si ibu suh si abang tu duduk tepi Ai tapi dia refused. dah memekak lagi. lepas tu tak habis di situ, si adik pompuan tu merengek2 plak nak air si abang. memekak lagi. lepas tu senyap. tapi tak lama....

"mak..... abang habiskan air adek!!!!!!'


giler raungan memecah panggung. Ai dah bengang dah. si adik tu dah menagis plak. lepas tu Ai dengar si ibu cakap pd abang suh beli air lain so si ibu bagi duit pd si abang untuk beli air baru. kali ni si abang tak lalu depan Ai tapi si abang panjat kerusi untuk keluar ke belakang. tapi rupanya si adik ni nak ikut.

"nak ikut bang, nak ikut abang"   sambil meraung dan menangis dan menangis.


time ni, satu panggung dah buat bunyi,

"shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

ada yang jerit,

"quite laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"


dan macam-macam lagi.



pergh tapi si ayah mmg hati batu n telinga pekak kot. buat bodoh je. lepas tu si adik ni nak berlari keluar sbb nak mengejar si abang. so Ai terus je bangun untuk beri laluan dan sebab dah geram Ai cakap je,


"dah tau anak tu kecik tak payahle bawa masuk panggung"


di sini Ai  tegaskan bahawa Ai bukan anti budak kecik ye. tapi Ai anti gile dengan si ibu dan si ayah yang tak peka or senang cite pekak dan buta. rasanya semua orang tahu yang budak kecik ni tahap fokus pada sesuatu perkara tu amat kurang. paling lama boleh bertahan biasanya 10-15 minit. habis tu yang ko gatal gak nak bawa masuk panggung tu pehal? tak boleh ke ko beli cd pirate then tengok di rumah? sekurang-kurangnya takdelah kena sumpah dengan orang satu panggung!


ok cerita ni belum habis tau.

Ai ingatkan lepas dah keluar tu mereka tak masuk tapi sangkaan Ai meleset.
si ayah dan si adik beserta si abang pun masuk semula. lepas tu si adik pun menikmati air minumannya. tapi sambil minum tu mulut dia macam berteh goreng. pot pet pot pet. yelah budak kecik bila nampak sesuatu rasa ingin tahu tu ade. mulalah tanya pada si ayah. bila si ayah tak layan, si adik tu mula memanjat kerus  i. panjat-turun-panjat-turun. lepas tu goyang-goyang kerusi. masa ni si adik ni dah duduk sebelah Ai. perghhhhh memang Ai sangat terganggu. tapi si ayah tu memang spesis buta kot. buat taktahu je. konon2 khusyuk le tengok HP. Ai malas nk toleh2 dah so Ai buat tindakan dengan tidak bersandar pada tempat duduk Ai. haaa masa tu barulah Ai dengar si ayah kata,

"duduk la diam-diam"


ek eleh itu je? takde tindakan lain?


sudahnya agaknya sebab si adik tu letih maka barulah dia tertidur. tapi masa tu rasanaya lagi 10minit kot cerita tu nak habis.

kesian Ai, tak menikmati pun cerita tu. rasa nak tonton lagi di waktu lain.
huhuhuh

10 comments:

  1. oh...terganggu nyer
    Kekda ada tgk komen Ai ni kat FB tadi.

    Entah ek, kalo kita ckp lelebih nati mula la kuar ayat 'ko sng la ckp, ko tak de anak lagi'.
    Tp Kekda da gitau kat asben, if anak2 kita kecik2 lagi, kut sy ni gedik2 sgt nak berwayang ke, gi Jom Heboh ke, apa ke, sila la marah saya sket sbb tpt2 tu mmg la buat anak2 tak selesa, tp dek kerana mak pak yg nak pegi sgt, maka itu lah jadinya. Mengganggu org.
    Sbb tu skang ni, masih berdua, pegi la mana nak pegi, tpt sesak, sempit, esok da ada anak, harap2 takde la teringin nak gi tpt2 camtu. Unless anak kita mmg behave :)

    ReplyDelete
  2. bab ni mmg kit akan hangin. mcm saya yg ada anak kecik pun belum pernah sekali bawak anak masuk panggung. tunggu dia dah reti bahasa baru boleh. benda2 mcm ni mmg boleh mengganggu org lain

    ReplyDelete
  3. @PUANSTOBERIsian kat budak kecik tu. mesti dia bosan giler. tengok tapi tak paham. nak tanya org tuanya plak buat tak layan. tu yg kacau orang. kuang kuang kuang

    ReplyDelete
  4. @~aSFaLiZa~klu bw tgk cite kartun maybe ok kot. ni budak kecik tu tak paham. sian dia.

    ReplyDelete
  5. hargailah anak anda.. itu jer nak cakap..
    ai sihat?? sibuk eh sejak akhir2 ni?
    jarang dah update blog :)

    ReplyDelete
  6. @Lulu Caldina hai Lulu. a'ah busy sikit. biasalah Julai mmg bulan banyak aktiviti. tapi blog Lulu Ai selalu ziarah. hehehhe. wajib "D

    ReplyDelete