Ikut AiTotYati

5.7.11

DAH LALI DAH

blog tempat meluah perasaan, kadang2 kalau hati rasa sayu tapi ego nak mengaku. adalah lebih baik menulis mencurahkan rasa daripada bersuara dan menyebabkan hati manusia menjadi sakit kerana tindakan kita.


al-kisah.......kejadian berlaku di kantin pagi tadi.


Ai duduk makan di meja yg ada 2 orang yg dah habis makan. gaya mereka nak bangun dah. Ai memilih duduk di situ kerana jauh daripada aircond tetapi berada di bawah kipas siling. kemudian selepas hampir separuh makanan Ai habis, Ai telah disertai oleh 3 orang rakan yg lain. ini menjadikan keseluruhannya ada 6 orang di meja itu (termasuk 2 orang yg dah habis makan tapi tak reti2 nak sambung buat kerja. opsss... mereka mungkin kurang kerja kot)


3 orang yang menyertai Ai makan itu kesemuanya bakal menimang cahayamata pada septembern 2011, disember 2011 dan februari 2012. seorang daripada mereka meminta Ai mengambilkan kicap yang terletak di meja belakang Ai. tanpa sebarang prejudis Ai pun berkata,

"oh boleh saja kak. akak punye pasal Ai tak kisah. untuk ibu mengandung Ai tak kisah"


namun tiba-tiba, salah seorang daripada 2 orang yg dah habis mkn tapi tak jadi bangun tu berkata,

"eh, ni semua tiga-tiga ni bakal emak. Ai aje yang entah bila nak jadi mak"



respond Ai?



senyum dan sengih tanpa mengucapkan sepatah kata dan terus menyambung makan.
dan seterusnya topik mereka adalah tentang kelahiran, anak dan menjaga anak.



mungkinkah Ai dah lali?

8 comments:

  1. bagus ti jangan layan diorang tu biar orang nak kata apa.. berdiam lebih baik walaupun geram.. Allah itu maha mengetahui InsyaAllah ada nanti ye sabar dan jangan cepat mengalah ye

    ReplyDelete
  2. @Juwita Jamaludintq kak ita. semoga akan ada rezeki untuk kami


    :D

    ReplyDelete
  3. dah lali pun satu hal, taktau nak kata apa smpai tak terkata pun satu hal gak. akak pun salu camtu Ai..

    ReplyDelete
  4. GULP.. saya tak mampu la...
    agaknye saya terus tak lalu makan..

    ReplyDelete
  5. takde perasaan.. jgn kawan org macam tu.. bercakap ikut sedap mulut jer.. bukan semua org bertuah... lulu faham hati Ai.. apa yg mampu lulu buat, adalah doakan semoga suatu hari nanti, ada rezeki buat Ai dan suami... :(

    ReplyDelete
  6. @PUANSTOBERItu le kekda. kdg2 rasa mcm nk respond tapi takut nanti emosi terlebih plak. huhuuhuh. sama2lah kite sabar ye kak

    ReplyDelete
  7. @hikarimampu tak mampu terpaksa jugak harungi. sbb selagi belum ada zuriat sendiri, mmg kena standby je.

    huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. @Lulu Caldinamakaseh Lulu!!!! smg akan ada sinar utk kami suatu hari nanti

    :D

    ReplyDelete