Ikut AiTotYati

28.2.11

ENTRY KHAS UNTUK AI

ecewah, sila terharu sebab ada seseorang yang telah buat entry khas buat Ai.

jeng jeng. siapakah beliau?


beliau adalah Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman. yang Ai print screen tu adalah header beliau. jika mahu ke blog beliau sila ke link ini. beliau juga telah sudi memfollow blog Ai, terima kaseyh diucapkan oh Ai skema lah pulak errrr Dr, takde hadiah misteri ke jadi follower ke-200 ni? hehehhe





meh tgk petikan yg beliau buh sempena Ai jadi follower beliau yang ke 200
taraaa...





oh selain itu, beliau juga buat entry utk follower ke 100 iaitu cik adek cantek manis ni
kalau nak ke blog izzati boleh klik sini.



Ai terharu. korang terharu tak?

ngeeee

26.2.11

AI DAN ANOI

situasi 1

Anoi: terima kasihlah Ai sebab tolong buatkan powerpoint ni.
Ai    : sama-sama. takde masalah.
Anoi: yelah Anoi manalah sempat nak buat. maklumlah Anoi ada 4 handbeg. Ai banyakle masa kat rumah.
Ai    : (diam je)



situasi 2
Anoi : Ai buat ape tu?
Ai     : takde ape. study untuk siapkan proposal ni.
Anoi : Anoi btau asben, tapi yelah kami ada 4 handbeg, mana ada masa nak study ni. kepit kiri kanan pun tak muat. kena kepit kat kaki.
Ai     : (diam malas nk layan)




situasi 3

orang luar: eh Ai. nanti aku nak pinjam external floppy drive ko ye.
Ai           : (baru nak jawab tapi tetiba...)
Anoi       : (sambil menyampuk) eh korang ni sebaya ke? aku-kau aje ke? kalau Anoi jadi korang dah lama Anoi merempit. tapi yelah Anoi ade 4 handbeg mana ade masa nak buat tu semua.
Ai          : (sambil pandang muka Anoi tanda geram). macam nilah Anoi, kalau rasa ada 4handbeg tu menyusahkan, buang je handbeg-handbeg tu. hantar kat rumah anak yatim ke. takpun berhenti jer kerja, jaga handbeg tu aje. orang lain ada handbeg takdelah nak merungut- rungut macam kau.




lepas situasi 3 tu, Anoi tak berani dah nak bersemuka dengan Ai. kalau Ai ada di kantin, Anoi tak akan masuk. kalau terserempak di jalan Anoi akan pusing ikut jalan lain.



Ai? ini adalah victory!!!!! kemenangan!!!!
pernah dengar peribahasa, "kala jengking jangan dikacau, nanti menyengat"

23.2.11

KAJIAN TINDAKAN

dulu2 masa zaman kegemilangan rajin Ai pernah hasilkan satu kajian tindakan. kalau nak tengok proposalnya ada di link ini

Ai buat tajuk, "TV_PIXAR: satu kaedah untuk menangani masalah pelajar 4KFL yang datang lewat ke kelas Sains"

dan kajian tindakan ini telah dibentangkan semasa Persembahan Kajian Tindakan Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2008 di auditorium kolej Yayasan Saad. dan seterusnya Ai terpilih untk mewakili melaka di "The First Malaysia-Thailand Educational Research Conference" yang telah berlangsung di Summit Hotel pada November 2008.

itu cerita lama. tapi merupakan kenangan manis sbb dapat jumpa orang thailand yg manis2 dan dengar presentation yg mantap2.




kisah hari ini, Ai kan penyelaras makmal siber maka haruslah sediakan borang dan pelajar2 yg gunakan makmal hendaklah tuliskan nama dalam borang penggunaan. kebiasaannya pelajar ni memang nak kena diingatkan setiap hari supaya tuliskan nama penuh. ada jugak yang buat taktahu je kalau Ai cakap pun. jadi setelah mengkaji masalah ini, Ai mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini setelah melihat deretan nama pelajar yang tiada nama bapa. senang cakap depa pi letak nama sendiri itupun tak penuh. dan tadi Ai pun laung,

"pelajar yang tidak menulis nama penuh yakni tak tulis bin atau binti dalam borang ni adalah anak luar nikah"


tak payah tunggu lama, masing2 bangun berebut nah tulis nama penuh.
menarik, kan?






p/s: Ai tiada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa. entry ini adalah untuk kajian tindakan sahaja.
TQ

21.2.11

PEROKOK TEGAR TIADA SIVIK?


lokasi: di tepi mesin bayaran kereta automatik, Jusco Ayer Keroh.
tarikh: selasa minggu lepas


gambar pertama tu, tulisan Bahasa Malaysia "DILARANG MEROKOK". papan tanda tu betul2 tepi kerusi kuning yang kamu nampak pada gambar kedua. ala gambar kedua yang ada tangan. tangan tu Ai bulatkan sbb mamat tu merokok.

memang dalam hati, Ai kata &^$#!#^*!!!!

kau buta ke ape? punyelah besar signboard tu kau boleh selamba badak je smoke?
dan Ai pun dengan selamba badak dengan sengaja snap gambar mamat tu beserta rokoknye.
memang mamat tu pandang Ai semacam, pandangan tak puashati. ketika itu, kalau dia tanya kenapa snap gambar dia, Ai cuma akan tanya dia balik menggunakan ayat ini,


"sukahati akulah aku nak tangkap gambar ko ke, gambar kaki ko ke. kau pun suka suka hati je merokok di tempat awam. depan papan tanda larangan merokok lagi"


tapi ayat ni tak dapat nak diluahkan sbb mamat tu cuma buat pandangan tak puashati. Ai pun balasdengan pandangan tak puashati.


kepada perokok sekalian, korang kalau nak smoke tu korang punye pasal tapi jangan jadi dungu buta tuli smoke di tempat yang dilarang dan hembus asap ke muka orang lain. kau nak bunuh diri, bunuh diri sendiri!!!




tak gitu?

20.2.11

Coolblog lagi

ni perisa mango pulak ye.
sebab nak sama kaler mcm baju enJekjek


Ai minum air kosong saje yang dirembat dari Focus point sbb amik spec enJekjek yg Focus point salah buat.

oh, harga untuk ice blended mango ni ialah RM3.10 selepas cukai. lagi berbalaoi minum ni daripada beli air di food court Jusco. serius. beli satu je boleh share 2 orang tu pun semput nak habiskan.


bila korang nak try ni?

19.2.11

COOLBLOG: blog yang sejuk lagi!!

entry pertama tentang ini ada di sini. minum lagi cool blog masa hari Selasa. yang hijau tu biasalah perisa honeydew milkshake. yang kanan tu ialah oreo coolblog plus banana.

sodap!!!

tapi jgn amalkan selalu sbb minuman berais ni kalau Ai minum, esok pagi bangun tidur mesti badan sengal-sengal.

kamu ada rasa macam tu ke?

16.2.11

AI MAKAN DOVE!!!

sila percaya. ye percaya.
Ai makan Dove tu dengan nikmatnye.


tak percaya?
ni sambil taip entry sambil menikmati Dove
ni buktinya




kalau kamu nak pun boleh beli.
harga tak mahal murah skit daripada syampunya tu. harga RM2.50.
Ai bli semalam di Jusco Bandaraya Melaka. coklat Dove ni perisa hazelnut, almond and raisin.

sedap!!!!

amacam? sekarang percaya tak?

14.2.11

PANDUAN MENGUBAHSUAI DAPUR



itu bahagian dapur rumah Ai. kalau kamu nampak almari kecik n tempat pinggan di tepi peti sejuk tu, (kiri gambar) itu adalah brg2 dari rumah sewa  lama.
uish lama dah tinggalkan rumah sewa.
masuk pindah umah ni Ogos 2007.

setelah sekian lama dapur tidak diubahsuai maka tibalah giliran dapur.
mari ubahsuai dapur




taraaaaa





hehehhe. mesti ada yg kata, tang mana pulak ubahsuainye tu?

aik, tak nampak ke?
enJekjek dengan gigihnye telah mengecat bahagian dapur ni dengan warna-warna pastel.

kan kelihatan seperti baru.

pengubahsuaian tu wajib tukar kabinet ke? pada pendapat Ai tukar warna cat pun sudah memadai. memberi nafas baru setelah 5tahun warna puteh saje. feature wall guna warna gelap sikitlah.

feature wall yg ade cermin banyak2 tu. cermin beli kat ikea. buy one set free one set di mana each set mengandungi 4keping cermin (pasal cashier tu lupa nk key in 2 kuantiti. tapi lepas tu mesin basuh Ai rosak. haa karmalah tu. lps kejadian tu kalau shopping, mesti cek resit n mesti kire duit baki betul2. cth masa nk blk thn baru cina tempohari. ai singgah secret recipe nk belikan kek utk my bff. cashier bagi duit baki lebih rm1. Ai perasan cepat2 je pulang. takmo dah amik duit lebih2 ni. tak berkat)


kamu taknak cat dapur? marilah ubahsuai dapur kamu dengan bajet yang sedikit saje.
hati gembira, mata ceria, tak sesak kepala.

13.2.11

Ai Yang tersentap!!!

hati Ai sentap.
gara-gara kawan kepada sahabat Ai yang mengkomen status fb kwn Ai itu.

komen berbunyi:

"itu la dia..org belum ada handbag (anak)...mkn jer keje...."


wahhhhh!!! agak2la kak oi kalu nak komen pun. sila tengok kiri kanan depan belakang sape yang terlibat dalam forum itu. al-kisahnya sahabat Ai tu post status yang gini bunyinye, 
"watching jjcm...wow....fuyoo...hmmm....."
 
 tetiba kawan kepada sahabat Ai tu g balas komen dia seperti yang di atas itu.  Ai tidaklah melatah tetapi jauh di sudut hati ada berkecil hati. siapa dia utk berkata begitu? dia kenal Ai pun tidak.
jadi peringatan buat kawan-kawan, kalau kamu ada sahabat yang belum berkahwin atau belum punyai anak, sila berhati2. sebab mereka ini mungkin senyum di depan, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu derita hati mereka.

sukarkah untuk memahami hati kami?

12.2.11

COOLBLOG: blog yang sejuk



rabu minggu lepas g Jusco Ayer keroh. wah teruja sbb ada satu kiosk baru. kiosk ke kedai ek?
kedai kot sbb ia besar. kedai tu betul2 depan bahagian nak beli barang2 runcit di Jusco.


nama kedai tu Cool Blog bukan goblok. ekekekek

kami jakun kejap sbb minuman ni ditutup oleh mesin. maksud Ai bhgn penutup tu dibuat oleh mesin bukan manusia yg tutup. ala biasanyakan klu kite beli air tu akan ade penutup berbentuk separa bulat tu? boleh imagine tak?


cool blog ni jual pelbagai jenis minuman. minuman yang mengasyikkan. Ai bli satu, hubby bli satu.
yang hijau tu enJekjek punye. dia order honeydew milkshake. Ai order chocolate blog. Ai nyer tak berapa nk sedap maybe sbb pekerja tu buh serbuk coklat banyak sgt. honeydew milk shake tu sedap. nyum nyum.


kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh jenguk link di sini, juga link ini. ada juga blogger yang dah menulis pengalamannya minum coolblog di sini



anda nak cuba tak?

MANDOM

hari ni Ai rasa mandom. mandom sangat. semnagta yilek.
maka Ai muhasabah diri.
jenuh pikir....
























Ai belum mandi pagi.
errr oklah. di tengahari sabtu ni Ai nak mandi.

kamu dah mandi ke belum?

11.2.11

DUNBO DUNBO UNTUK AYANG

danbo? apa tu? tak pernah tahu apa itu danbo?
meh sini Ai terang sikit.


Danbo tu adalah kraftangan robot daripada kertas. kalau nak tahu cara buat boleh klik sini

cute tau. tengok saiznye. hihihiihh.
robot kertas danbo ni enJekjek yang buat. dia kan cikgu KH yang mmg suka pada kerja tangan ni. ape lagi. dengan gigihnye beliau buat.


lepas dah siap Danbo ni beliau bagi pada Ai sambil berkata,

"Danbo Danbo untuk ayang"




comel kan?

10.2.11

SUARA AI.... MEMANG POWER

satu kepantangan Ai, bila Ai mengantuk dan nak tidur  tapi tetiba ada gangguan yg tak boleh nak ditapis walau telinga sudah ditekup dengan bantal.


malam tadi, anak jiran Ai buat perangai. dia g ajak kwn2 dia lepak kt pangkin depan umah n jamming.



kepala hotak korang!!!! ni jerit dalm hati je le. ni ayat matrahkan kepala hotak budak2 tu psl tak fikir perasaan jiran tetangga.



memula tegur cara baik, Ai telefon anaknye tu. well, maknye takde maybe buat MLM kot.
yang buat Ai rasa macam %^$@#** boleh la pulak  anak jiran Ai tu tanya semula, "eh dengar sampai depan ke?"


ek eleh. ape ke bongok sangat. nama je pelajar unibesiti tapi otak letak kt lutut!!! dah korang ddk kt open area, tentulah gelombang bunyi tu disebarkan.


Ai sangka bunyi gitar takde dah tapi mereka masih main lagi.
dan Ai tak boleh tahan lagi, ambil keputusan, bukak tingkap master bedroom... kemudian Ai jerit,


" XXXX (nama dirahsiakan), bisingle. tolongle senyap.orang nak rehat, tidur. korang nak jamming tolong g studio. sini rumah tempat rehat!!"


yaaa begitulah ayat yg Ai jeritkan. 
terus mereka berhenti main.

eh please la sewa studio kalau nk jamming. malam2 bukan masa utk main alat muzik.




kalau korang yang kena, korang watpe ha?

9.2.11

SUNSET

Ai masih menggodek foto2 dlm folder.
ini belum publishkan lagi.

the picture was taken last year after shopping at Mydin MITC. this building is situated opposite Mydin.

ye Ai tahu, napelah shuke sangat pergi ke Mydin MiTC tu?

nanti Ai buat entry tentang perbezaan Mydin MITC dengan Mydin yang ade di seluruh Malysia ni.
nak baca tak?

8.2.11

HIJAUKAN BUMI!!!


hari ni Ai sedikit emo. ye emosi!!!
asyik nak menyentap je!!!

malas layan emosi kacau ni, belek2 folder jumpa foto ni. ni foto tahun lepas. lama dah


gambar satu tu lappy Ai.
gambar 2 tu paparan di skrin puteh.


Ai jenis malas bebel banyak2. ape2 nak sampaikan pada pelajar taip je. pepandailah mereka baca sendiri.
ye.. memang sengaja guna bahasa pasar agar mereka lagi cepat faham mesej yang ingin disampaikan.


Teknologi kenalah dimanfaatkan.
tak gitu?

6.2.11

KAMPUNG DAN KENDURI

Ai shuke blk kampung

mmg shuke. sbb balik kg boleh lihat wajah ibu bapa. ustazah kata dapat banyak pahala menziarahi dan melihat wajah ibu bapa. lupa pulak nk tanya, kalau tengok gambar je dapat pahala tak?


balik sbb attend 2 jenis kenduri. kenduri pun ade jenis ke?

ada. satunya di Perak. duanya di Sabak.
di Perak kenduri aqiqah. di sabak kenduri kesyukuran.


paling malas bila soalan tentang zuriat di tanya. kalau tanya sekadar nak tahu je takpe. kalau tanya lepas tu persoal lepas tu mulalah bagi cadangan yang entah ape2 tu yg malas nak jawab.


boleh ke dengan memegang baby, Ai akan pregnant?
Ai tak kisah kalau kamu mendoakan. kalau macam perli2 tu yang lagi sakit jantung tu.



jawapan standard balik kampung kali ni, tika Ai di tanya tentang bila nak dapat anak...


"makcik/akak sure anak cucu makcik nanti takde yang jadi macam saye?"




hahahahaha



errr... evil ke?

1.2.11

TV LCD SAMSUNG 32 inci DAN TV FUJISONIC

ini foto tv lcd samsung 32 inci



dulu tempatnya di sini, sekarang dah diambil alih
oleh tv fujisonic 21 inci.
ini namanya tv emergency.
kenapa?
tv lcd samsung 32 inci tu meragam. takmo nak on walau dah 6jam dihidupkan.
tv lcd samsung 32 inci tu Ai bli pada Julai 2008. lama dah khidmatnya. 
eh jap Ai beli ke? kalau sape tau citenye, diam-diam sudah ye. hihihih


jadi sekarang, tv lcd samsung 32 inci terpaksa diletak tepi, tunggu lepas tahun baru cina kami akan hantar ke pusat servis.
lihatlah, tv lcd samsung 32 inci di tepi


kamu ada tv lcd lebih?