Ikut AiTotYati

30.1.11

TELEFON BIMBIT BLUEBERRY CSL @9500



enJekjek beli telefon bimbit CSL model blueberry @ 9500 pada 24 Jan2011.
jual semula pada 29 Jan2011.


tak sampai 5 hari guna. antara sebabnya ialah:

1. tiada 3G. memangle boleh tonton tv bagai tapi yang penting 3G dan wifi tu.
2. internet connection yang sangat lemah. dalam rumah kami ada wifi tapi telefon bimbit CSL blueberry ni tak boleh nak detect pun!!!! walaupun duduk sebelah router.


dan banyak lagi kelemahan yang menyebabkan enJekjek sangat terkilan beli telefon bimbit blueberry CSL ini. memangle harganya murah iaitu rm380 tapi... baiklah bli handset lain.


oh ya. ini adalah telefon bimbit CSL model 9500.



anggaran kerugian:
harga telefon bimbit CSL @9500 ialah RM380
harga telefon bimbit Sony Ericsson Elm ialah RM530
harga trade-in  telefon bimbit CSL @9500 ialah RM150

jadi enJekjek kena tambah lagi rm380. kalau awal-awal bli sony Ericsson Elm takdele rugi, kan?

babai CSL blueberry CSL @9500, welcome Sony Ericsson Elm K970.


kamu pernah mengalami situasi begini?
situasai tak puaashati dengan barang yang dibeli dan kemudian beli yang lain?

29.1.11

USIM tiru UKM atau UKM tiru USIM?

Ai sedang mencari maklumat. maka haruslah membaca.

bila ke portal Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dan Universiti Sains Islam Malaysia USIM, Ai baca ayat yang sama.
pelik tapi benar.

tak caya boleh lihat foto yg Ai print screen ni.
 yang ini dari sini


yang ini pula dari sini


Ai kurang pasti, adakah orang yang bangunkan portal Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dan
Universiti Sains Islam Malaysia USIM adalah orang yang sama?


kamu rasa macam mana?

28.1.11

Ai ADE, KAU ADE?

nama Ai ialah AiTotYati.


itu hasil gabungan 3nama manja timangan Ai.

sekarang Jusco sudah hasilkan roti baru. nama seperti di atas.
Garlic Tot's
tetiba Ai rasa macam binatang filem pulak.
kalau siti nurhaliza ada kosmetik SimplySiti. Ai ade Garlic Tot's.


Ai ade, kau ade?

24.1.11

RAHSIA LA SANGAT

Ai nak gelak guling guling jap.


ade le satu makhluk pm Ai told me about a secret.
but suddenly it appears on the facebook
(tak boleh guna kata ganti utk org itu. bahaya).



adakah sesuatu perkara itu menjadi rahsia kalau kamu shout di facebook?


rahsia laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat, kan?

22.1.11

DANGER

bahaya sedih adalah sama dengan bahaya stress

 iaitu


bahaya stress = duit mengalir = barang baru




balik sekolah ni nak ajak hubby g Jusco beli barang baru.
tak kisahlah ape pun janji barang baru


#entry ditaip di sekolah sbb kena sekolah ganti. lagi 10minit balik. skrg jam 1.10petang#

21.1.11

LIBRESSE: LIVE LIFE, LIVE LIBRESSE

 pagi pagi dah tunjuk iklan pad la pulak. ala pad Libresse.
ni Ai dapat sample tau. sebab hari tu isi online kat laman web libresse di sini
sebenarnya Ai dah pernah try panty liner Libresse ni tapi sengaja nak dapatkan sample yang lain barang free sape tak mahu. hehehhe


 pihak Libresse beri sampel utk pad overnight wings, pantyliner dengan tanpa wing.

haaa tu saiz sampel Libresse yang sampai ke rumah Ai semalam. tengah pikir nak like atau tak fanpage Libresse di sini

nanti Ai dah pakai Ai bagitahulah. tapi hopefully bulan depan takpayahlah pakai pad


p/s: Ai bukan Yuna tapi Ai hampa Yuna tak menang langsung masa AJL25. tapi kalah menang adat bertandinglah ye. Go Libresse. eh go Yuna!!!!

kamu nak try?
errr kalau kamu lelaki takpayah kot. hihihihih

20.1.11

SUNYI

Ai shout kt fb

takde respon

Ai jenguk lagi

takde respon




tiba-tiba terpandang status kawan



ohhh patutlah sunyi, semua orang sambut cuti thaipusam


melaka je tak sambut

:D

19.1.11

GURU MODEN

sekarang kemudahan dah banyak. teknologi pun dah canggih.

kalau Ai ke kelas untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), memang Ai bawa 3benda ni je:
1. laptop atau komputer riba
2. buku teks
3. fail nipis berisi nama pelajar


sejak jadi guru, tak pernahlah tak guna laptop. lebih memudahkan. senang banget!!!
laptop tu Ai punye sendiri. belilah. jgn le kedekut sangat weh. sekolah ada juga bagi tapi Ai jadikan sbg master tempat simpan data pelajar. andai Ai tidak hadir ke sekolah pun, data masih boleh dapat dicapai oleh guru-guru lain.


buku teks tu sbg rujukan dan nak bagi kerja rumah pada pelajar.


dalam fail nipis tu ade jadual waktu dan senarai nama pelajar sbb setiap kali Ai masuk kelas mmg Ai akan panggil nama. pelajar tak berani nak ponteng, Ai pun dapat kenal mereka dengan cepat.

kerjalah dengan cara yang bijak.
teknologi yang ade haruslah dimanfaatkan, tak gitu?

18.1.11

MANUSIA MUDAH LUPA

Tun Mahathir kata, Melayu mudah lupa.
tapi pada pendapat Ai, semua orang mudah lupa. lagi-lagi kalau benda tu tidak disukai.
memang mudah lupa.

namun, ada juga manusia yang sukar nak melupakan sesuatu.
mungkin, sesuatu itu sangat bermakna buat orang itu.
mungkin memberi kesan yang amat mendalam.


Orang yang sukar nak melupakan sesuatu itu adalah seseorang yang telah kalah.
ye kalah. kalah dengan otak. kalah dengan hati. kalah dengan syaitan.
orang yang terlalu mengikut kata hati, ikut sangat bisikan syaitan.
bersorak riang si syaitan kalau tahu manusia buat perkara terlarang.

ye manusia memang suka sesuatu yang terlarang.
tapi yang terlarang itulah yang boleh menjahanamkan jiwanya.



sebab itu Allah turunkan agama Islam.
jangan sesekali cari pasal dengan benda terlarang.
kelak, semuanya hilang.



tak gitu?




#enyry berkala ditaip jam 1.28petang isnin#

17.1.11

IMPIAN

semua orang punya impian.
Ai punya impian, enJekjek punya impian.

dulu semasa zaman bercinta, enJekjek punya impian untuk bersama-sama menonton tv dengan Ai selepas lunch. aktiviti wajib katanya. menonton sambil ditemani deruan air akuarium.


alhamdulillah, impian itu dapat kami penuhi setiap kali hujung minggu jika tidak ke mana-mana.
impian itu sangat membahagiakan dan memberikan ketenangan.


kalau kamu punya impian, penuhi impian itu dan carilah kebahagiaan dgn org tersayang.
ye orang tersayang. orang yang memang sudah ada depan mata dan sudah berjanji untuk hidup bersama.
janji yang dilafaz ketika dilafaz di hadapan tok kadi dan saksi-saksi.
usah diintai dan dikejar sesuatu yang tiada kepastian.


kamu ada impian?
usah dicari cinta yang terlarang



#entry berkala ditaip jam 1:04pm hari ahad#

16.1.11

ASTRO FIRST: memang berbaloi

kamu ada astro? Ai pun ade. hehehheh. selalu tengok iklan astro first ni?
ala iklan yg despatch boy tu kena bawa gulungan filem hantar kpd satu family di kwsn perumahan? tak pernah tengok iklan astro first? ek eleh.

petang semalam buat pertama kalinya Ai tonton movie kat astro first. astro first ni tayangkan movie yg baru beberapa minggu keluar panggung. sekarang ni ada movie Ngangkung, Damping Malam dengan Aku masih dara.

oh nk tahu movie ape Ai bli? Ai bli kangkung Ngangkung. teringin sgt nk tgk psl ade saheizy sam. kehkeh.
oleh kerana movie tu komedi seram tu berani nk tengok. kalau mmg genre seram ya amoun Ai takmo tonton.


oh bagaimana nk bli movie kat astro first ni? mudah saje.
1. memula tekan channel 480. diulang channel 480 ye.
2. lepas tu tekan butang B atau Biru pd alat kawalan jauh anda eh mcm suara astro nih memang lambat sikit sbb loading
3. pada skrin akan terpapar segala jenis movie yg ade. lps tu kamu check atau tanda betul pd filem yg kamu nak beli. setakat ni hanya ada seperti yang Ai senaraikan di atas ye. lps tu confirmkan order.
4. akan keluar satu paparan menyuru kamu menaip sesuatu di telefon bimbit kamu. kemudian amik handset dan taip kod pembelian tu hantar ke 32999. tunggu mesej drpd astro.
5. dapat mesej kata dah bli. kamu tontonlah!!!

harga? oh utk satu movie ialah RM15 dan kamu boleh tonton selama 48jam. ye 48jam tanpa henti sukati nk tgk bile. RM15 tu pulak akan dimasukkan dalam bil. oh termasuk tax 6% ye kwn2. jadinya rm15.90 le campur tax. dalam mesej yg kite terima tu juga ada dinyatakan dari bila hingga bila boleh tengok movie tu. macam movie yang Ai bli ni Ngangkung ada kat channel 482.  validity sampai isnin 17 Jan2011 jam 1815.


pada pendapat Ai mmg berbaloilah. RM15 boleh tonton byk kali selama 48jam tanpa henti dan tak perlu nk g panggung wayang.

untuk maklumat lanjut boleh klik sini


kamu nak tonton filem di astro first?
kamu dah tonton movie di astro first?

15.1.11

THE TOURIST

petang semalam g tonton the tourist. ini kesimpulan Ai:

1. jalan cerita lembab dan flow tak berapa nk best.
2. ending Ai dah boleh agak- mesti Johnny Depp tu org yg mereka cari. siapa? kamu g tontonlah
3. kalau org selain hero/heroin yg tembak atau nk melompat mesti tersasar punye. kalau hero/heroin tembak mesti tepatlah!
4. adegan tarikbot tu. secara logiknye, kau dahle ikat dgn tali. bukan di tengah tapi di tepi. lps tu bila belok membelok bolehlah pulak bot belakang tu pun elok je beloknye.


Ai nk sgt tgkmovie ni sbb ade Johnny Depp, bukan psl kakak Jolie. oh btw, muka kakak Jolie sangatlah plastik ye. lain macam sangat mcm Kakpah dlm AJL25

shhh, jgn bagitahu enJekjek ye. hehhehe

14.1.11

YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN

pernah dengar peribahasa ini?
YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDONG BERCICIRAN

jaga dan peliharalah yang kamu ada.
toksah sibuk nak menggapai yang belum tentu jadi milik anda.

fikir dan muhasabah diri di pagi jumaat yang mulia ini

13.1.11

JAGA BINI SENDIRI

entry ini ditujukan khas untuk kau

tak payahlah sibuk2 nak tahu hal hidup Ai.
tak payahlah susah payah nak add adek beradek Ai.
tak payahlah nak menyamar jadi perempuan dan add kwn2 facebook Ai.
tak payahlah susah payah nak tinggalkan link kt shout box Ai.
tak payahlah skodeng hidup Ai.

kau jaga bini dan anak kau.

harap maklum.

*entry ni disable komen*

11.1.11

11.1.11 TU KERAMAT... KHURAFAT

last week tengok Al-Kuliyyah. tajuknya KHURAFAT
sape2 taktahu Al kuliyyah tu program ape, meh habaq sikit., p tukar channel tv3 tu. jangan asyik nak layan filem khurafat je  :P



ustaz panel kata kalau kite terlalu taksub dengan nombor nombor ni sume khurafat.
contohnya macam percaya nombor 4 tu bawak sial. nombor 8 tu tuah. khurafat tu.



silap2 boleh jatuh syirik.


cuba bagi tau Ai, ada apa dengan cinta nombor ni?

10.1.11

SENARAI TUGAS 2011

Ai malas cakap banyak, sila baca sendiri tugassa Ai yg dah termaktub dalam takwim sekolah:


1.      Guru Penyelaras Data Sistem Maklumat Murid (SMM).
2.       Guru Penyelaras SMS SEKOLAH.
3.       Guru Penyelaras Makmal Siber.
4.       Guru Penasihat Kelab Catur & Sahibba (ketua).
5.       Guru Penasihat Kelab Siber.
6.       Guru Penyelenggara Laman Web Sekolah.
7.      Guru Tayangan Presentasi Semasa Sesi Taklimat Sekolah.
8.     Guru Penyedia Powerpoint Sekolah.
9.     Guru Applied Science.
10.  Setiausaha Panitia Applied Science.
11. Jawatankuasa Buletin (unit info).
12.  Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah – wakil makmal Siber.
13.   Jawatankuasa Pengambilan Pelajar.
14.   Guru penyokong rumah Sukan (kuning).
15.   Guru Puisidra Sains.
16.   Guru Bertugas Harian pada 22 Feb 2011 & 19 Julai 2011.
17.   Penyedia dokumen sekolah untuk:
a.       DS34                              – Persembahan Multimedia
b.      DS35                              - Pengurusan Laman Web Sekolah
c.       D3E08/07(3/10)             - Pengurusan Catur & Sahibba


ada satu lagi baru saje digugurkan sebab rasa nak patah tulang Ai ni. rasa nak pengsan dah. dimaklumkan bahawa yang tersenarai di atas adalah tugas yang memang tetap dan berpencen. tidak termasuk lagi kalau ade ape2 majlis dan kau terlibat secara langsung. dah 4tahun bila hantar SKT mesti banyak muka surat punye.



amacam? ada rasa nak jadi guru ke?

9.1.11

1hari 2negeri 3Jaya Jusco

semalam kami g pilah. ada urusan.
lepas je habis terus merayau kat JJ seremban 2.


kat situ ada 1 handbeg Carlo Rino yang Ai berkenan. harganya rm139.00
oh kat JJ seremban2 ni takde butik Carlo Rino ye kwn2. 
lagipun kecik je JJ seremban2 ni bandingkan melakanye.

cadang nak beli tapi Ai pikir takkan kat JJ Melaka n JJ ayer keroh takde.
enJekjek suh amik je tapi bukan dia bayar. Ai bayar sendiri le. tapi Ai tetap berdegil tak mahu beli di situ.


tinggalkan JJ Seremban2. terus merentasi PLUS ke JJ Bandaraya Melaka.
malangnya tiada. dalam JJ takde, di butik Carlo Rino pun takde. Ai hampa.
buat muka sedih ajak enJekjek ke JJ ayer keroh. enJekjek kasihan, dia pun bawa Ai.


sesampainya di sana, butik Carlo Rino tengah dalam renovation.
lagi sekali hampa.
tengok pula kat bahagian handbeg dalam JJ tu. pun tiada.
Ai hampa. enJekjek kata lain kali kalau dah suka bli aje.
bang, bukan Ai takmo bli tapi kena tengok bajet juga.


pagi ini Ai belek analisis belanjawan utk gaji Januari 2011, dah negatif sebenarnya.
kena simpan duit sbb nanti tahun baru cina nak balik kampung
dan ada occasion besar kat umah mertua.



satu hari 3 Jaya Jusco Ai terjah di 2 buah negeri.
tapi dah ditakdirkan memang Allah takmahu bagi Ai beli sbb suh simpan duit. banyak komitmen lain.


(^_^)

7.1.11

ANAK ANGKAT

Isu yang dah lama bersarang dalam otak Ai.
semakin menambah sarang sejak kami dah sambut ulangtahun perkahwinan ke-5 pada nomber 2010.


dan sebenarnya tak pernah pun berbincang secara serius dengan enJekjek tentang isu ini.
cuma orang luar sahaja yang sebuk prihatin dengan kehidupan kami sebab belum punyai zuriat lagi. Ai tahu, sebagai seorang yang amat disayangi maka semua orang sangat ambil berat.


memang ada saudara mahupun rakan yang mencadangkan agar Ai mengambil anak angkat kerana pada tahun ini  bulan april Ai akan menjengah usia 30 tahun. antara alasan mereka adalah supaya nanti jika Ai tidak punyai zuriat dan masa itu Ai dan enJekjek telah tua, anak angkat tu sudah besar. dan kata mereka lagi, kalau kami ambil anak angkat pada usia 40 tahun, di kala usia 50 tahun anak angkat baru berusia 10 tahun.



Ai malas nak utarakan pendapat sendiri bila berdepan dengan mereka, tapi sebab dalam blog Ai maka Ai tak agak-agak untuk menyatakan pendapat Ai:

1. dari segi aurat.
kalau ambil anak lelaki, Ai kena jaga aurat. dan kalau ambil girl enJekjek ada batasan perlu dijaga. kecuali kalau Ai susukan baby tersebut.


2. keturunan mereka.
biasanya baby yang senang nak kite carik ialah baby yang telah dibuang oleh mak bapaknye. baby terbuang tu ape? baby yang tidak sah nikah. hmmmmm kebanyakan org berkata, tak banyak sikit budak tu nanti akan ikut perangai mak bapak kandungnye. perangai yg nak suka buang membuang ni. ia Ai tahu bukan salah baby itu tapi tetap genetik, kan?


3. layanan
Ai sendiri tak yakin nak sayang baby tu nanti macam mana. sbb anak angkat, kan? memang le belum cuba belum tahu tapi takut kalau tertinggi suara akan terkeluar perkataan tentang anak angkat ni.


kesimpulan
setakat ini kami belum tersedak terdesak nak ambil anak angkat. masih ada masa utk membuat rawatan yg sepatutnya. oleh kerana jadual kerja masing-masing pun padat (malam je kami apat luangkan masa) maka belum terlintas lagi. kami akan terus berdoa dan berikhtiar. Jika lepas ini ada orang bebel lagi pasal anak angkat pada Ai, maybe Ai akan diam sahaja tapi bukan tanda setuju. tanda malas nak layan.


kalau kamu berada di tempat Ai kamu nak buat ape?
bantu Ai




#entry auto published ditaip pada 5.33petang kamis#

5.1.11

ICT MENYUSAHKAN?

hari ni pendaftaran form 4.
iye baru je selesai. tapi takkan selesai selagi 2nd intake belum masuk.


al-kisah, selaku jawatankuasa pengambilan pelajar yang tetap dan berpencen ada pembaharuan yang telah dilakukan pd tahun ini iaitu semua borang-borang yang perlu diisi oleh pelajar perlu dimuat turun @ bahasa biasanya perlu didownload daripada portal sekolah.



kawan Ai selaku guru penyelaras bestari sekolah yang bangunkan portal ini telah uploadkan borang2 tersebut. dan tawaran kemasukan kepada pelajar telahpun dibuka serta mereka boleh cek online mulai tahun lepas. ye tahun lepas. sekarang bahagian teknik dan vokasional sudah maju. kemasukan tingkatan 4 dibuat awal. ai rasa lebih banyak kebaikan daripada keburukannya. sukatan boleh habis on-time dan kebarangkalian utk mereka pulang semula ke sekolah lama agak tipis. surat tawaran juga mereka harus cetak sendiri dan bawa sewaktu hari pendaftaran.


sudah ke laut. Ai nak cerita psl ICT ni.

al kisahnya, ada beberapa orang pelajar yang dengan sengaja konon terlupa nak print borang2 tersebut. dalam jangka masa sebulan takkanlah tak boleh nak print. lagipun pelajar yg mendapat tawaran di sini telah melalui proses temuduga di sekolah dan telah diberi taklimat apakah perkara yang harus dilakukan sekiranya mendapat  tawaran ke sekolah ini.


pelbagai alasan diberikan oleh pelajar ini. selaku guru kelas mereka yang menerima mereka sewaktu pendaftaran ai bagi je soalan ni:

"facebook ade?"

aik fb adelah pulak.
perkara yg babitkan masa depan tak retilah pulak!!!

3.1.11

KETUK DAN CAT

 salam takde ape takde main terjah je. kehkeh. tu tu si hitam yang dilanggar oleh waja dari sebelah kiri oleh seorang pemuda cina yang nak keluar simpang.
tengok dari depan nampak Ai la pulak. kehkeh. amik view lain sikit.



 ok ini pandangan dari sisi. kemek tuh. ni nak hantar ke bengkel. boleh ambil semula petang isnin.



 bengkel tempat ketuk dan cat. tauke dah cakap kena rm200. mujur pemuda cina tu yang bayar. kalau tak mahu saje Ai parangkan kereta dia. kereta dia takde kerosakan pun. lampu pecah pun tidak.



ni masa menghantar semalam. jawabnye hari isnin pagi kena car pool dengan enJekjek lah. eh salah enJekjek kena car pool dengan Ai. huwarghhh haruslah ai bangun awal lebih daripada biasa sbb enJekjek kena hantar ai dulu sblm ke sekolah dia.



#entry berkala ditaip pada ahad petang#

1.1.11

01012011

saje buat entry berkala.

nak tarikh 01012011 jam 0101

hihihih


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!

jangan nakal2 ye (^_^)