Ikut AiTotYati

5.12.10

AKU TAK BODOH. KAU BODOH?

tadi g MBO cinemas kat melaka mall menonton filem aku tak bodoh. antara sebab Ai teringin nak www.tonton.com.my tonton adalah krn adanya adibah nor. kebetulan petang tadi melihat the making of aku tak bodoh di astro ria. tu yg tetiba je trs mengajak encik suami pergi ke MBO cinemas melaka mall. hihihi

 sumber foto daripada sini
tima kasih ye



ye Ai peminat adibah nor. bukan macam tubelawak yang minat cik lisa surihani. kehkeh. suka kak adibah nor yg selalu berlakon dgn bersahaja. oh selain tu ade amy mastura. dan sbb utama ialah kerana filem ini adaptasi daripada karya  Jack Neo iaitu I'm not stupid too. tak tahu? klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.


Ai shuke cerita ni. ye cerita melayu yang menggunakan pelakon biasa biasa tanpa dedah sini sana. dialog yang digunakan sangat memberi kesan. macam dialog anak menerangkan pada ayahnye mengapa dia mencuri di kantin sekolah sedangkan mereka adalah keluarga yang berada. dialog seorang cikgu yang asyik nak kata pelajarnya bodoh. pelajarnya asyik dapat telur busuk. cuma mungkin lain kali pengarah boleh mengkaji dulu terma-terma yang sepatutnya digunakan. contoh seperti pengetua bukannya guru besar kalau di sekolah menengah.


pengorbanan seorang ayah yang sayangkan anaknya tapi tak berapa pandai nk tunjuk. bli jugak beg harga rm20 sebgai hadiah kepada anaknya. oh sangat touching. oh ade lagi ayat-ayat terakhir seorang bapa sebelum dia meninggal,

" bukan anak kurang ajar tapi ibubapa yang tak pandai mengajar"

eh alamak. ye ke? ke Ai yg salah ingat nih.
eh ape2 pun g layanlah filem ni. penuh pengajaran.




AKU TAK BODOH. 
KAU ?

8 comments:

  1. bagus..shortlisted gak citer ni nati utk ditonton secara percuma. tehehheheeh

    ReplyDelete
  2. puanstoberi,

    yaaa mari tonton.

    mari sokong filem yg beri banyak pengajaran dan nilai-nilai kekeluargaan.

    (^_^)

    ReplyDelete
  3. Salam

    Saya nak jawab. Saya pun tak bodoh.

    ReplyDelete
  4. jeles..jeles.. nak tgk jugak.. i like adibah nor..

    ReplyDelete
  5. "jefri bukan sengaja mencuri.jefri x cukup duit nk bayar masa ayah selama satu jam supaya dapat tgk persembahan jefri.sume robot jefri jual tp masih x cukup 500."-- aku x bodoh,Dec 2010

    ReplyDelete
  6. akubudaksabak,

    perghh abang yang buat skrip ek?

    sebijik nih

    :D

    ReplyDelete