Ikut AiTotYati

29.4.10

PART 2: KEBAIKAN & KEBURUKAN MEMPUNYAI FACEBOOK

entry part 1 ada di sini.

dulu2 aku banyak mcm post yg buruk je. ok aku nk tambah kebaiknnya lagi.

aku telah dilantik sbg AJK multimedia utk Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010 (well org harapan sekolah bakal guru cemerlang mmg sentiasa diharapkan... baru lps je Hari Sukan, kena lak jadi AJK Hari Anugerah Kecemerlangan then Hari Guru pula... kesian eh... nama hari guru tapi guru jadi AJK? tak patut.... semua lantikan ni pun aku sebagai ketua heh-- kena faham ayat orang harapan tu utk bagi smgt pd diri sendiri... ye kdg2 aku naik jemu sbb baru hbs satu program then nama ko naik lagi utk program berikutnya di mana program itu adalah berturutan- tapi diulang sekali lagi ini adlaah motivasi aku... dan  ini adalah pengalaman utk aku yg tak boleh dijual bli... dgn involve byk aktiviti aku dapat improve PR aku weh).

dipendekkan cerita antara tugas aku ialah paparkn list penerima anugerah pelajar spm yg dapat 5A ke atas. sbb kt sekolah tak buat simpanan n guru kelas pn tak simpan foto para pelajar so aku try trace ex student ni dlm facebook menggunakan nama penuh mereka. Alhamdulillah skrg hampir semua aku dapat.. yey!!!! so cuma tinggal buat wat slide tulah.


ada keburukan ada kebaikn. terpulang bagaimana kamu nak gunakannya :D

24.4.10

MAKIN JELAS

ia semakin hampir:


1. kulit muka mula menggelupas
2. kulit tangan keras kematu. dah sapu petroleum jelly pun kematu juga.
3. swing mood. kejap-kejap nak nangis.. kejap rasa teruja sangat, kejap rasa rajin sangat
4. ade jerawat 2-3 biji chumel


kawan karib wanitalah.. ape lagi (^_^)

updated on Sunday 1.33am (ye pagi aku masih belum tidur)

5. rambut cepat kelihatan berminyak
6. dahaga yang teramat walaupun dah minum banyak air.
7. suka nak makan benda manis2 terutama sekali coklat
8. craving for food yg berasaskan cheese.

IT'S EASY TO FORGIVE BUT IT'S HARD TO FORGET

rabu (21 april 2010) - Ai tiba di sekolah setelah mengambil CRK (adek berkonvo) pada isnin dan selasa. oh saringan merejam lembing pada selasa petang ditunda ke pagi rabu. nampaknya Ai kenalah ke padang dengan baju kurung. takpelah...

jam 8.00pagi Ai telah terpacak di padang. ambil borang senarai peserta, pastikan alatan dan peserta merejam lembing telah mencukupi. Ai berpuashati dan nak mulakan acara itu., tapi terbantut kejap sbb sebelum acara merejam lembing L2 ni mesti selesaikan acara merejam lembing kategori perempuan. oleh kerana peserta dan kelengkapan utk kategori peremnpuan itu belum mencukupi, maka penyelaras sukan mengarahkan Ai utk mulakan acara merejam lembing kategori L2. tapi cadngan itu ditolak oleh petugas kategori perempuan. Dan Ai takkan lupa intonasi dialog serta wajahnya yang mengatakan TIDAK BOLEH kerana sepatutnya acara perempuan dulu yg mula. dalam hati, Ai sangat kecewa. kenapa dia tidak boleh bertolak ansur? tapi tidak mengapalah... Ai dan partner Ai tetap menolong mereka. partner Ai beri briefing pada semua peserta tidak kira lelaki atau perempuan. Ai dan partner juga tolong mereka uruskan acara utk kategori perempuan. tapi....

selesai acara merejam lembing kategori perempuan, petugas itu telah bersedia angkat kaki. meninggalkan Ai dan partner dengan selamba tanpa ucapan terima kaseh. tanpa rasa bersalah petugas itu blah begitu sahaja.
kami reda. tapi sepanjang hari Ai kecewa serta jauh hati. ini bukan kali pertama Ai "kena buli" macam ni. dulu2 pun pernah.


ALLAH ITU MAHA KUASA


khamis (22 april 2010)- berlangsung hari sukan di tempat Ai. kebetulan Ai sengaja datang lewat setengah jam. kenapa Ai lewat? sebab rabu petang itu Ai telah stayback di sekolah semata-mata nak siapkan list nama pemenang dalam buku program yang mana list nama pemenang tu Ai dapat selepas loceng tamat sekolah berbunyi. Ai tidak mahu buat di rumah. ape kamu ingat orang tidak ada anak takde komitmen lainkah? nak kerja 24jam kah? sedangkan orang lain telah balik sejurus selepas loceng berbunyi.

berbalik pada cerita di tenpat kerja setelah tiba Ai terus ke astaka. dan Ai terserempak dengan petugas itu. dengan bersungguh-sungguh dia meminta maaf. maaf yang sangat2. dia siap bercerita tentang rasa bersalah yang menghambatnya sepanjang hari (rabu). dia rasa serba tidak kena. lalu memutuskan utk meminta maaf dengan Ai akibat tindakannya semalam. Ai kan pemaaf , makanya Ai memang telah memaafkan dia. cuma... lepas ini Ai akan lebih berhati2. mungkin juga kalau dia yg minta tolong... Ai akan 'hold' dulu? ekekekekekekekekek...




CERITA LAIN PULA

selepas Ai selesai bertugas utk acara merejam lembing itu, Ai terus bergegas ke kantin utk sarapan. kantin yg aman menjadi tidak aman tatkala kelibat 3 manusia memasuki kantin. Ai dengan segeranya cuba nak menghabiskan sajian. kenapa Ai begitu? kerana Ai golongkan mereka dalam kelas "kalau taknak sakit jiwa cepat-cepat larikan diri dari mereka"

tapi nampaknya Ai takdapat larikan diri  kerana sajian masih berbaki. mereka bertiga duduk join dengan Ai. maka dalam hati Ai standby je. dan seperti yang dijangka isu Ai tak mkn nasi jadi pebualan tatkala mereka melihat pinggan Ai hanya penuh dengan sayur dan ikan tanpa kehadiran nasi. dan daripada nasi isu itu menjadi besar dan terus jadi isu anak. ye isu anak yg tak sepatutnya dipanjangkan atau dibuat perbandingn antara Ai dan mereka. antara dialog-dialog yang bisa mencarik hati gua (wah Ai dah brutalkah?):

1. Ti, lelaki ni kalau takde anak diaorang akan carik lain. baik ko beranak cepat-cepat. lainlah kalau kau nak payung emas

2. kesian ko ye, nak kurus terpaksa tak makan nasi., akak ni takpayah diet-diet pun badan slim gini... anak pun empat.

3. perempuan ni kesuburan menurun kalau dah 30lebih. masa akak baya ko ni anak akak dah nak masuk 3. senang beranak muda-muda ni. umur dah gini senang, anak dah besar.

4. eh ko sakit macam ni macam mana ko 'bersama'?


dan Ai mengambil pendekatan berdiam diri serta melemparkan senyuman tapi dalam hati rasa sedih gile air mata nak meleleh.tapi Ai  kuat. dan Ai memang ketawa kuat-kuat tatkala Ai biarkan soalan mereka tidak berjawab.

itu nasib kamu... nasib Ai bahagian Ai sudah ditentukan begini. tidak guna cakap tentang usaha-usaha yang Ai telah lakukan pada mereka.

duhai hati... bertabahlah!!!!

12.4.10

AKU, DIA & MEREKA

 pagi2 org bsr tepon beritahu Ai kena ke pjbt yg bsr sikit utk proses kumpulkan data.ok takde masalah.
call je driver shuttle maka vroooommmmm. Tepat jam 11.30pagi Ai minta mereka ambil. sampai tpt keje trs mkn, call org2 berkenaan & log out kt thumb print.

hubby Ai mesej beritahu tak dapat nk hantar ke GH utk fisioterapi. sbb KM tak sampai2 lagi kt tpt keje dia. Ai dah rasa mcm nak meradang. sbb selain hubby kena jumpa dgn KM, dia juga kena hantar anak2 buah ke tpt berlangsungnya program yang jauh di satu tempat.

Ai bengang. selain letih sbb kena pergi ke pjbt yg lebih besar tu, faktor sakit pada bahagian kiri Ai juga mempengaruhi emosi. Ai telefon lagi hubby. Ai racun dia. tapi hubby skema. Ai racun lagi. tapi kami takde kata putus. sebab ape? sebab Ai putuskan talian telefon. Ai terus je pecut Pijot Singa Biru balik ke rumah. emosi masa tu- bengang dgn hubby sendiri.


masa nak bukak gate umah dapat mesej lagi dari hubby. hubby tukar plan yg dia akan bw anak2 buah dia tu ke umah utk solat. kemudian bw sekali ke GH hantar Ai fisio, drop Ai kt GH then trs hantar anak buah. lepas settlekan hal anak buah, hubby akan  pick me up dr GH.

dalam hati Ai kata, bagus plan racun berjaya.

harus ingat, family always come first, bukan kerja. mujur hubby tukar plan, if not mmg Ai tak tegur- merajuk konon.


kalau Ai sihat & carik parking pn tak susah kt GH tu tak mengapa. ni nk carik parking je 20 minit lebih. kalau parking jauh mahu Ai kena menapak. tambah lak PID tu sedang menyerang dgn agak teruk. nak kata salah postur, dah jaga dah. nak kata tak pakai besi, dah pakai dah. Ai tak tahu.

oh mungkin sebab bengang tadi ditambah pulak dgn soalan cepu emas yg kena masa kat kantin semasa Ai sedang brunch (bekpas plus lunch) sebelum pulang ke rumah.


"ti, kau mmg tak nak mengandung lagi ke? bukan ko dah 30 tahun ke?"

dalam hati sumpah Ai kata, "sial punye soalan" sorilah Ai tgh sakit n dihambat kesibukkan.
Ai tarik nafas dalam-dalam kemudian jawab.

Dengan mulut Ai yang manis terlontarlah,
"ade kak, buat-buat tak jadi pulak. Allah belum nak bagi. Allah tahu saya tgh sakit ni. even skrg pun tgh sakit. kot akak boleh tolong mengandungkan then bg pd saya, aci tak?"

dia diam dan Ai dapat teruskan sesi makan tengahari dengan aman. Dengan akak sorang ni Ai tak pernah jawab pedas-pedas krn mengenangkan yg die tu dah hajah tudung labuh bagai (eh ai bukan anti hajah tudung labuh ok. Ai cuma tak berkenan dgn dia yg konon dah hajah umrah bagai tapi tak pernah nak faham perasaan org lain). dahle masa pergi ke pejabat yg lebih besar tu makanan tak disediakan. dahle Ai blm bfast lagi pagi tu. soooo ujian hari ini aku mcam gagal sikit. sbb keluar perkataan yg tak elok.


harharharhar... haru

9.4.10

LIFE BEGIN AT 40

dengan rasminya saya nak umumkan yang Ai telah berusia 29tahun pada 5april yang lepas. Ai tidak suka berahsia tentang usia kerana... usia hanyalah sekadar nombor. yang penting adalah sikap dan tingkah laku kita. sebab kadang-kadang Ai agak geram dengan orang yang dah banyak umurnya lebih daripada Ai tapi masih belum matang2 lagi. bertambah banyak  usia bermaksud semakin pendeklah kontrak Ai di muka bumi ini.sangat shock dengan pemergian arwah Yani mentor dan arwah Din beramboi pada usia yang muda. al-fatihah buat meraka...

my BFF di sekolah telah buat satu surprise party makan2 siap beli kek lagi. Ai terkejut dan sangat terharu. sebenarnya dah lama sungguh tidak menyambutnya dengan kawan2. maklumlah sejak dah kwen lebih banyak masa dihabiskan dengan Jekjek. dan yang paling tak buleh blah tu Ai dapat teddy bear. bukan kecik2 punye teddy bear heh. ni bapak teddy bear punye besar. macam tau2 je en hubby Ai tu selalu takde makanya buleh le peluk teddy klu hubby takde. en hubby sangatlah jeles bile kite sayang2 teddy bear tu. harharhar. tengok bear tu... buleh muat kat recliner Ai. en hubby sangat jeles bile sesambil menonton tv kite peluk en bear (^_^)



lambatlah lagi nak jam 3petang ni. di petang jumat yg mulai ini Ai ada kelas tambahan utk SPM. Ai malas nk blk umah sbb stay back di sekolah buleh settlekan keje2 yg tak sempat nak buat masa waktu persekolahan. bulan april mmg buzy... tak tak Ai tak merungut tapi cuma nak inform readers betapa Ai komited menjadi guru. takpe demi pelajar duit n masa sanggup Ai korbankan (^_^)



tadi seorang pelajar Ai menangis. dia ada masalah keluarga. bukan niat Ai buka pekung dadanya (sentuh pun tak.. :P) cuma Ai simpati. Ai dah cuak gak sbb masa Ai mengajar die termenung. dan tiba-tiba Ai nampak dia menangis. tapi Ai biarkan je dulu. setelah habis kelas, Ai tanya dia. tetiba die macam kena histeria. menjerit-jerit kata penat. woii aku penatlah!!! tapi Ai dengan steady cakap....

"takpe ***** saya biarkan awk menangis dulu. nanti awak dah lega saya dengar masalah awak ye"

habis je Ai cakap mcm tu.. terus dia diam. dan Ai terus mendengar.

Ai simpati dengan nasibnya tapi Ai hanya mampu bagi kata-kata semangat dan perangsang. simpati pada dia kerana punya ayah yang begitu. tapi sebagai anak kita tak boleh membenci ibubapa kita.ada satu part tu dia cakap, "cikgu, solat pun tak mampu beri saya ketenangan. saya rasa nak bunuh diri"

Ai suruh dia mengucap. sebab tu kita ada agama. Allah tuhan kita. mungkin jiwa remajanya memberontak tapi pelajar ini telah dan akan berada dalam pemerhatian Ai. doakan yang terbaik untuk dia....

1.4.10

APRIL FOOL?

dengar sini kawan-kawan.. siapa yang belum tahu mengapa kita tidak buleh merayakan april fool mari baca ini... Ai copy dari sini


     Perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


(Petikan drpd Risalah Fikrah - Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......rawahu Tirmizi Illal Liqaq .)



haaa nak sambut gak ke? itu sebab kena belajar sejarah dunia, sejarah islam... bukan mengikut ape yang orang raikan kite pun sibuk nak raikan...


kesian.... eh sekian (^________^)