Ikut AiTotYati

18.6.09

GILA MEROYAN

10.44 pm: sedang aku menyiapkan slide ppt utk proses pengajaran & pembelajaran esok (declare hr ni le sbb now dh 12.44pagi-sewaktu aku siapkn entri ini) tetiba satu mesej masuk. kulihat nama perempuan itu terpapar. tanpa ada syak wasangka aku pun open mesej.

"tahniahlah thn ni pecah rekod pulun semua form5. moga result pun pecah rekod."

aku kurg pasti tujuan sebenar perempuan itu menghantar mesej sebegitu rupanya. sebenarnya entri psl perempuan itu aku pernah tulis di sini dan sini. entah apalah masalah dia dgn aku pun tatau. tapi ada org cakap sbb die gile kuasa. kes ini bermula apabila aku dilantik menjadi guru ICT sekolah. so aku telah dikurangkan menjadi 15waktu mengajar sahaja(mengikut pekeliling yg diedarkan). tapi aku mmg berhak dpt 15waktu shj krn aku juga adalah guru data SMM sekolah, guru pendaftaran tingkatan 4, penyelaras makmal siber dan pelbagai lagi. bukan aku nk mendabik dada tapi kebanyakan jwtn berat telah aku laksanakan sebaik mungkin sehingga hari ini. tapi perempuan itu tidak berpuas hati lalu berjumpa dgn pentadbir. pd pendapat aku, dia sepatutnya akur dgn keputusan bhgn pentadbiran- siapa perempuan itu utk membantah? perempuan itu hanyalah ketua panitia shj!!!

berbalik kpd cerita perempuan itu, setelah mendpt mesej itu aku trs tak dpt fokus dgn slide ppt yg aku nk siapkan (aku tak rasa aku termenung tp mayb hubby perasan). hubby aku yg juga sedang menyiapkan kerja di depan laptopnya menegur perubahan aku (almost 15thn kenal-wajiblah faham kan?) - kami pasangan guru KPLI yg sgt komited dgn tugas sbg pendidik a.k.a guru-kt umah pun siapkan tugasan-sambil ddk depan tv n bertukar2 pendapat mengenai sistem pendidikan negara.

"nape ayg?"

"takde ape2" acuh tak acuh je aku jwb. konon2 nk menyembunyikan ketidakfokusan le tu.

aku cuba meneruskan kerja tapi ringan shj aku capai hset dan hulurkan pd hubby.

"apa pendapat abg mengenai mesej ini?"

selesai membaca, hubby bersuara,

"bukankah ayg tolong tandakan kertas peperiksaan dia?"

"yup, abg rasa perlu ke ayg jwb mesej dia?"- aku tanya.

"tak payah layan lah ayg. macam GILA MEROYAN je"

nak tergelak aku mendengar jwpn hubby ku. aku mmg bercadang taknak menjawab sms tu. biar perempuan meroyan itu "tersiksa" menanti reply dr aku. tak sangka, kesetiaan aku selama ni dibalas dgn tuba. seandainya aku tahu begini tak hingin aku tolong tandakan kertas peperiksaan dia. betul kata rakan sekerja yg lain. walaupun beliau dalam pantang tapi itu tugas dia utk menanda kertas peperiksaan. takkanlah cuti bersalin 60 hari takde masa nk menanda kertas? aku taknak jadi zalim. so tlglah tandakan 160 skrip kertas jwpn.

dan skrg aku semakin faham kenapa perempuan itu tinggal sebatang kera. opss kara!! walaupun tinggal satu negeri dgn ibu bapa dan abg tapi mereka seolah2 membuang dia!!! perempuan ini juga mempunyai PR yg sgt teruk dan buruk lagi huduh.

moral: kalau perangai mmg dah buruk, campak kt mana2 pun akan tetap buruk!!!

mesej kpd perempuan itu: sebelum pindah sila selesaikan tugas2 anda. sudahlah tidak berterima kasih tetapi menyakitkan hati pula!!!

2 comments:

  1. salam
    tak balas SMS tu langkah bijak. jangan biarkan diri kita jadi sengal macam dia jugak.

    ReplyDelete