Ikut AiTotYati

5.4.13

05042013

Today is my birthday yang ke '23'

Sekian:)

4.4.13

GIGI GERAHAM: PROSES PENYEMBUHAN

pada 22 mac 2013 Ai telah selamat cabut gigi geraham belakang. cerita di sini
saje nak kongsi perkara-perkara yang Ai buat sewaktu penyembuhan lubang cabut gigi geraham tu.

cabut jumaat tapi denyutan luka itu masih terasa hingga selasa minggu depannya. sabtu adalah cuti sekolah dan petang sabtu itu lepas enJekjek blk dari kem terus kami bertolak balik ke rumah. plan asal nak balik masa weekdays tapi enJekjek ada meeting Rabu minggu depannya. oleh kerana enJekjek letih maka Ai offer diri untuk drive kereta padahal sendiri pun lubang gigi masih sakit. tapi Ai gagahkan juga.

singgah shah alam hantar barang Vantage pada MIL dan SIL. dinner di situ dan Ai minta garam dari SIL sbb Ai baca satu artikel ni better kumur2 dgn air garam 24jam lepas cabut gigi. actually benda ni dah lama kot diamalkan tapi bila ada research maka boleh pakai la teori kumur air garam untuk menyahjangkitan. Ai ada juga tanya pada kawan Ai yg jadi dentist tu dia pesan jangan kumur2 better kemam2 manja sahaja air garam tu. so mmg Ai kemam2 saje.then jam 9.30malam pecut balik kampung sabak bernam. oh masa ni yang drive ialah enJekjek.

di rumah bonda Ai, pagi bonda buat nasi goreng so Ai gigih la makan. denyutan tetap masih terasa. petang tu attend kenduri kawan baik (oh adiknya yg kwen). Isnin pagi kami bertolak ke UKM KL sbb nak jumpa kawan Ai yg dentist tu. Ai buat RCT gigi depan dengan dia. so bila tengok di x-ray masih belum sembuh sepenuhnya lagi lesion pada gigi depan tu. petang tu terus pergi ke shah alam rumah baru SIL. oh MIL sekeluarga ada di SA utk bantu proses pindah barang itu.

di shah alam, memang terasa denyutan makin kuat. oh masa jumaat dan sabtu Ai hanya makan bubur nasi. tapi bila ramai2 macam tak syok je makan bubur nasi so sebukla juga nak makan makanan yg org bergigi normal makan. malam tu Ai makan fish and chip. balik dari makan mmg dah tak boleh tahan denyutan makin sakit. Ai try cari painkiller tapi rupanya tertinggal di rumah melaka. so malam tu lepas kumur dengan air garam Ai terus tidur. pagi selasa masih terasa sakit. petang tu lepas asar kami bertolak balik ke melaka.

masa di melaka denyut2 tu dah makin hilang. tapi kadang2 timbul juga. dentist dah pesan jangan sibuk nak rasa lubang cabut tu dengan lidah tapi biasalah manusia, yang dilarang tu lagi nak buat. oleh kerana gigi geraham paling belakang yang dicabut maka Ai tak dapat nak lihat di cermin. cuma yang pasti Ai rasa dengan lidah lubang semakin kecil. alhamdulillah.

tapi sehingga hari ini Ai hanya gosok manja2 bahagian2 yang berhampiran dengan lubang cabutan tu. dan untuk gigi bersebelahan lubang tu Ai floss dan gosok dengan kain lembut je. nak berus takut terkena lubang cabutan tu.

ok itu sahaja. bye

1.4.13

RESEPI CUPCAKES COKLAT KUKUS @ kek cawan coklat kukus

resepi ini  pada mulanya dijumpai oleh enJekjek pada tahun lepas. iye enJekjek buat sempena birthday Ai tahun lepas. tahun lepas I was not at home. still duduk hostel study master (eh skrg pn tgh study pe). cerita tentang tu ada di sini

so inilah resepinya:

bahan A:
150g minyak masak
180g susu cair
200g gula kastor
220g susu pekat
1 sudu teh coklat emulco

bahan B:
50g serbuk koko (vochelle/ van houten)
 90g tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

bahan C:
3 biji telur dipukul kembang

cara buat:
1. panaskan bahan A tp jangan sampai didih. ketepikan.
2. ayak bahan B.
3. pukul kembang bahan C. bila bahan C dah kembang masukkan bahan A dan kacau rata.
4. setelah itu masukkan bahan B dan pukul rata dengan mixer.
5. biarkan adunan selama 20 minit sambil panaskan pengukus.
6. masukkan adunan dlm bekas cupcakes. boleh tabur coklat cips.
7. kukus selama 20 minit.

p/s: jika buat saiz mcm Ai buat tu boleh dapat 24biji kek cawan. kalau rajin boleh buh coklat ganache ye. takpun makan dengan eskrem vanilla.
yummy yummy

buh eskrem vanilla atasnya sedap

inilah rupanya bila dah masak.

senang sangat nak buatnya. cubalah!!!


23.3.13

KLINIK PERGIGIAN MAWAR PERINGGIT: CABUT GIGI GERAHAM

last cabut gigi geraham tahun 2004.
last cabut gigi depan 2009.

petang semalam Ai dah selamat cabut gigi geraham atas kiri belakang sekali di klinik pergigian mawar sdn bhd di peringgit. alhamdulillah semasa proses mencabut tu Allah permudahkan.

Ai tiba lebih kurang 2.30pm. memang takde sesiapa so terus je masuk. doktor gigi di klinik itu ialah perempuan melayu islam. masuk2 je Ai terus duduk dan doktor gigi start ketuk2 gigi utk cek mana yang sakit. sekali doktor gigiketuk atas geraham atas kiri ada 2 batang yang sakit. tapi yang lebih sakit ialah geraham yang belakang sekali tu. Ai try juga pujuk2 doktor gigi tak boleh ke tampal je. doktor gigi kata klu tampal pun nanti sakit lagi so better cabut je. uwaaaaa Ai dah macam seram sejuk ke ape.

Ai tengok jam dinding klinik 2.45pm. then doktor gigi spray gigi, kemudian doktor gigi suntik dgn ubat gigi kebas. Ai memang selawat tak henti masa tu. Ai juga try rilexkan otot sume. kemudian bila dah injek doktor gigi suh tunggu kat dalam tu je. so Ai duduk dan renung jam dinding sementara Ai nampak doktor gigi sambung baca tafsir Al-Quran.

bila jam dah menunjukkan 3pm, doktor gigi tanya dah kebas ke? Ai mmg rasa lidah mcm kebas dan tempat gigi tu kebas. so doktor gigi nak mulakan prosedur mencabut gigi. kat klinik ni takde goggle tp mujur Ai rabun sikit jadi buat2 tak namapk sekeliling.

doktor gigi sangat baik. doktor gigi baca bismillah dan suruh Ai nganga sikit je. oh masa ni seat telah ditegakkan 90 darjah. Ai rasa ade seseorang pegang kepala semasa doktor gigi tengah cuba untuk tarik gigi geraham tu. doktor gigi tukar playar dua kali. wohooo nampak wooo playar tu besar.

dan last sekali bila dah goyang banyak kali, akhirnya keluarlah gigi tu. doktor gigi pesan jangan usik tempat luka dengan lidah sbb nanti boleh menyebabkan jangkitan pada luka. doktor gigi juga bagi antibiotik dan painkiller.

Ai google cara nak jaga gusi lepas gigi  kena cabut:

1. kena gigit kapas gigi dengan kuat utk hentikan pendarahan. tukar kapas setiap 30minit sekali.
2. elakkan makan makanan pedas dan panas.
3. kumur air garam 3-4kali sehari selepas 24jam cabut utk hindarkan pembentukan bakteria.
4. jangan gosok gigi dan berkumur dengan kuyat. cukup kemam sahaja.

sayangilah gigi anda. gosok gigi dan floss gigi dengan cara yang betul ye

p/s: untuk cabut Ai dicaj RM50 beserta antibiotik dan painkiller serta kapas.

19.3.13

ALLAH SEBAIK-BAIK TEMPAT BERGANTUNG

dalam kehidupuan manusia pasti akan ada masalah.
tak kiralah besar atau kecil, serius atau kurang serius.
 masalah itu pula pelbagai.
ada menghadapi masalah di tempat kerja,
masalah teman hidup, masalah nak dapatlan zuriat,
masalah nak siapkan tesis, masalah nak beli makan tengahari (hahahhahaha ni mcm Ai je).

dan kadang-kadang bila ada masalah, terasa nak meluah pada rakan.
mulalah telefon rakan
mulalah pm fb rakan
mulalah whatssapp rakan
mulalah LINE dengan rakan
lepas tu bila rakan tak jawab, kita geram dan sedih

kita lupa, rakan kita tu pun manusia juga.
manusia yang serba kekurangan
manusia yang boleh meletup bila kesabarannya hilang

jadi
ALLAH adalah sebaik-baik tempat meluah
ALLAH adalah sebaik-baik tempat bergantung

cubalah (^_^)