Ikut AiTotYati

30.10.09

TAMPARAN WANITA

my expectation terhadap pelajar ialah apabila loceng telah berbunyi dan aku menuju ke makmal applied science untuk proses pengajaran & pembelajaran (P&P):

1) pelajar2 telah beratur di luar makmal. setidak-tidaknya jika tidak beratur pun telah menunggu di luar makmal.
2) bersedia dengan buku2 & latihan yang telah dibekalkan. latihan hendaklah telah siap.

namun perkara yang berlaku pada selasa & rabu yang lalu telah betul2 menguji tahap kesabaran aku.

SELASA
aku memang telah bersedia menunggu pelajar utk proses P&P yang seterusnya di makmal applied science. namun sudahlah pelajar lambat. mereka lagi mau main2 gelak ketawa senda gurau. di saat-saat akhir menjelang spm ini aku hanya fokus pada latih tubi. pelajar2 telah kuberikan kertas soalan dari negeri-negeri lain sementelaah subjek applied science merupakan subjek baru dan pertama kali pelajar2 ambil utk SPM.

pada hari itu kebetulan gerak hati aku nak cek kertas soalan trial smtpc yang telah kuberikan pada pelajar minggu lepas. sebelum ini aku hanya beri nasihat jika mereka tidak menyiapkan latihan itu. tapi pada hari itu, aku betul2 naik darah (woih bukan darah tinggi ok). apabila hampir semua pelajar tidak membuat latihan itu. mungkin mereka beranggapan yang aku akan berbincang dengan mereka, then dapat jawapan. tapi bagaimana nak bincang jika mereka tak buat latihan itu? wahhhhhh aku pun ape lagi....

pap1 pap2 pap3 pap4 pap5.................................................................pap33.

haaaaaaitu ialah bunyi tamparan wanita tgn aku utk mereka. tamparan yg aku bagi bukanlah dengan hayunan tgn aku tapi sekadar tap manja pada pipi. yang best tu, sebelum tampar aku tanya dulu pada pelajar:

"awak nak saya tampar ke tempeleng?"

pelajar senyap tunduk. mesti dia pikir apelah cikgu ni bagi opsyen pun wel wel je. tampar dengan tempeleng tu kan sama je. hahaha

"awak tahu kesalahan awak?" (saje bagi kaler merah tanda marah..hahahaha)

pelajar angguk dan pasrah. bersedia....

maka aku pun bagilah pap!

tamparan itu sekadar sentuhan di pipi. setelah selesai memberi hadiah kepada pelajar, aku buat pengumuman dalam makmal,

"jika ada pelajar yang tidak berpuashati boleh lapor pada mak ayah awak. tapi semua kesalahan awak saya dah catat dalam buku ini"

iye... aku ada satu buku catatan kecil berwarna hijau. dalam tu semua adalah buku kesalahan pelajar2 beserta tarikh, masa & sebab. aku berani cap jempol tak hendaknye mereka repot sama bapa, nanti kena sepak. hehehe. buku itu adalah rujukan jika ada parents datang tak puashati aku tunjuklah bukti yang berapa kali anak mereka tak siapkan kerja rumah.




RABU
hari itu kelas lain pula. peristiwa ni lagi best. aku tengok di makmal applied science tiada kelibat seorang pelajar pun. jadi aku terus ke kelas mereka yang terletak tidak jauh dari situ. pemandangan yang jadi habuan mata aku:

1) ada pelajar sedang membaca suratkhabar.
2) ada pelajar sedang bergosip2.
3) ada pelajar sedang tidur!!! (gile ke ape baru 7. 30 pagi dah mengantuk!!!)
4) ada pelajar sedang baca majalah.

aku sergah mereka dan bersuara, "naik sekarang!!!!" (pergh ringkas dan padat)

aku suruh mereka beratur sambil menunjukkan kertas trial smtpc. aik sama gak. kertas 2 langsung tidak dibuat. maka langkah meng 'pap' pelajar seramai 26 orang telah berlangsung utk sekelian kalinya. dan hari itu mereka gigih menyiapkan kertas soalan itu.


KESIMPULAN
aku tidak berniat dengan sengaja nak memberi tamparan wanita pada mereka. aku betul2 nak menyedarkan mereka bhw sekarang sepatutnya dah spm fever lagi 19 hari dowh!!!

dan aku betul2 nk menyedarkan anak2 bangsa aku sendiri!!!! anak bangsa aku yang semakin lupa diri. haish (maka kata tak baik mengeluh.....)

27.10.09

SUKA SUKA HATI JE

4.15pm: meeting tamat. aku didatangi oleh KP bertanyakan tentang buku program untuk Program Outreach yang akan diadakan pada 4Nov09 di sekolah aku. aku terpinga-pinga. aku memang taktahu ape2 tentang AJK ke, buku program ke.

"bila masa lak nama aku jadi ajk ni?" ayat dalam hati aku.

KP kata, "eh nama awak memang ade"

dalam hati aku, "wahhhhh ini sudah lebih ni. suka2 hati je letak nama aku dan kata nama aku ade dalam senarai ajk dia."

maka aku bidas, "mane ade kak. tak ada. saya cek banyak kali dan mmg tak ada nama saya yang kena attend meeting rabu 2minggu sudah (aku ingat sangat sbb rabu tu aku dah cek dan mmg takde sbb rabu tu jugak aku puasa enam selain pelajar 5auto buat jamuan akhir tahun di mana aku tak dapat attend jamuan sbb aku ada fisioterapi) nama saya tekde"

namun KP masih juga nak tegakkan benang yg basah, "eh ade. nanti akak telefon KD"

namun talian KD tak dapat ditembusi. so perbualan berakhir di situ.

dalam hati aku pedulik ape. peel orang2 kat tempat aku ni suka nak suruh2 orang2 yang rajin macam aku & KF jadi ketua ajk (a'ah akuza, tadi saya tengok nama awak pun ada dalam notis mesyuarat khamis ni). just name it program ape yang kami tak terlibat? secara keseluruhannya pasti nama kami ada. macamlah orang2 lain tu buta It sangat!!!!!! buta IT ke malas?

ikut kepala angin aku nak je aku berlaku kurang ajar tapi mak bapak aku ajar supaya bersopan santun. aku malas nak argue so aku blah aje. sebab lagi lama lagi berhadapan dengan KP aku rasa nak marah sebab selain menahan kesakitan PID aku, perut aku juga lapar.

dan aku terfikir, sampai bila aku nak jadi balaci orang? ada peluang aku nak blah!!!!

BLOG BARU

aku create satu blog baru khas utk PID yang sedang aku alami sekarang. orang tengok aku normal tapi bila aku berjalan akan ramailah orang yang tegur aku dan kata,

"hai lemah longlai je"

jadi aku jawab dengan senyuman je. jauh dalam sudut hati aku simpan betapa sakitnya paha dan belakang aku. aku bukan seorang yang suka nak minta simpati tapi tadi dalam meeting utk hari keluarga aku terpaksa bersuara.

taip banyak pun buat aku sakit hati aje. biarkan ia berlalu. ini link blog PID aku.

26.10.09

CERITA LUCU III

"ok amirul hakim, sila jawab soalan no 37," ayat perintah dari aku utk si amirul.

maka amirul hakim pun mula melaksanakan misi mengikut ayat perintah aku.
"rajah 5 di atas menunjukkan bla bla bla bla bla. apakah bla bla bla.......?"

"ok apa yang jawapan kamu?" aku tanya dia. serius tau.

"errrrr.. BIARLAH RAHSIA, cikgu," muka hensem selamba tak bersalah macam kucing dalam cerita Shrek tu. muka bajet comel le.


aduyai.... pandai betullah pelajar aku ni nak bagi aku gelak. aku memang tak boleh nak kontrol garang lagi. haduih haduih sumpah gelak besar termasuklah pelajar-pelajar lain.
maka aku nasihatkan dia,

"dalam exam SPM nanti awak tak boleh berahsia tau. semua jawapan harus ditulis dengan jelas, nyata dan terang," khutbah pagi Isnin nak bermula. tapi aku bukan dalam mood nak bercakap panjang.

itu secebis kisah pagi isnin tadi sebab perhimpunan dibatalkan maka kena masuk ke kelas 5KFL menggantikan jumaat yang akan diadakan perhimpunan.

SPM lagi 023 hari. bukan 123 atau 223 atau 323. tapi macam biasalah, pelajar2 aku tetap rileks dan kontrol macho.

24.10.09

BUNGA BUNGA MATAHARI

gambar 1



gambar 2



gambar 3


gambar 4


gambar 5


Terbitnya sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari

Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi

Hangatnya sinaran

Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan

Sekilas sinar mentari

Melewati di senja menanti



tuan-tuan & puan-puan hendaklah jgn jeles meliht bunga matahari itu. hehehehehehehe. hubby yang tanam sebab dia kata nak gantikan pokok bunga yang dia 'teracun' dulu. dulu tu tak ingat bila. tak payah nak pergi jepun nun tu nak tengok bunga matahari. kata suami saya. sepatutnya ada 5 kuntum yang mekar tapi bunga yang kiri sekali tu dah kuncup gitu. maka takdelah ditangkap gambarnya.

ok mari saya describekan gambar-gambar itu mengikut urutannya.

gambar 1 : itu pokok bunga matahari yang ketiga. hubby tanam 8 pokok semuanya. hubby tanam dari biji benih yang beli kat mydin tempohari. ala yg dah dikeringkan tu. itu adalah gambar bunga matahari yang masih belum kembang lagi.

gambar 2: bunga matahari itu terletak di pagar. saje nak tayang rumput orang sebelah. hahaha

gambar 3 & gambar 4: itu adalah upclose bunga matahari itu. 2kuntum dari pokok yang berbeza. yang dikelilingi oleh kelopak bunga matahari itu ialah koci namanya. sooo yang korang dok makan buah kuaci tu kan dari bunga matahari(ye ke?). oleh kerana saya tidak ada kamera yng canggih manggih maka tak nampaklah semut-semut yang merayap pada bunga itu (maklum je la eden guna handset je sony ericson s500i yg dibeli pd dec 07- skrg hset itu sudah rm599 je... cessssssssss)

gambar 5: tadaaaaaaaaaaaaaaa... itu semua adalah barisan pokok2 bunga matahari. semua ada 8 pokoks (hahahaha plural weh) tapi yg diambil gambar hanya 6 aje. kereta, motorsikal, pokok bunga, pagar, paip yg kamu nampak itu ialah jiran rumah sebelah saya. jiran sebelah saya masih single mingle bujang (eh terpromosi plak :P). rumah beliau ade rumput yang hijau, rumput yang hijau oh rumput yang hijau. rumah kami takde rumput yang hijau tu sebab kami letak batu (konon2 tak mau rumput tumbuh tapi rumput oh rumput kenapa kamu tumbuh?)


kenapa saya suka bunga matahari?
saya suka sebab warnanya ceria!!!!!! hati riang gembira melihatnya. serius best gile. masa pagi nak pergi ke sekolah bunga2 tu kuncup lagi. bila balik dari sekolah jam 5.00 petang gitu (ape? cikgu balik jam 5pm?) bunga-bunga tu dah kembang menawan. terasa seperti disambut dengan riang!!! sebenarnya saya suka nak berkebun tetapi sebab sakit PID maka dr tak galakkan saya lakukan kerja-kerja berat yang mungkin buleh mengancam pergerakan saya pada masa akan datang.

jadi... apa bunga kegemaran kamu? ehhhhh... jadi tag pulak. tak kira nak tag juga.hhahaha saya nak minta insa-insan di bawah jawab tag ini:

1. irtiyah
2. nuril
3. akubudaksabak
4. cik panda (emi.... kamu le)
5. cik hantu milo (yerrr nathirah kamu le)
6. pn luna (sue jangan buat-buat tak ingat pula yer)
7. pn akuza (haaaa kawan depan meja jangan buat-buat tak baca yer.... hihihihih)
8. dan sesiapa yang baca entri ini seterusnya rasa rajin nak jawab tag dipersilakan

kamu cuma perlu link kan blog saya, masukkan gambar bunga kegemaran kamu dan ceritakan sebab-sebab kamu menyukai bunga tersebut. mudah bukan? hehehehehehe

sekian, terima kasih.

yang menjalankan tugas,
SAYA YANG SUKA BUNGA MATAHARI