Ikut AiTotYati

25.6.13

TTC TIADA HAK?

pengalaman ini diceritakan baru-baru ini oleh seseorang yang Ai kenali . mari Ai namakan sebagai C.

C merupakan seorang guru mulai tahun 2007 dan tidak pernah berpindah sekolah sehingga sekarang. C telah berkahwin dengan seorang anggota polis pada tahun 2009. mereka merupakan pasangan jarak jauh (tidak tinggal bersama) sejak awal perkahwinan hinggalah ke hari ini.

C merupakan seorang TTCian selama 4 tahun. gynae telah mengesahkan yang C mempunyai masalah hormon tidak seimbang dan turut mempunyai cyst. oleh itu, kebarangkalian untuk C mengandung secara semulajadi adalah kecil ditambah pula hanya berjumpa dengan suaminya 2-3kali sebulan.

baru-baru ini C telah pergi ke KPM di putrajaya untuk merayu permohonan pindah beliau. C telah memohon untuk bertukar sekolah ke tempat bertugas yang lebih hampir dengan suaminya sebanyak 3 kali.

sewaktu berurusan dengan pegawai tersebut, C telah menyatakan antara sebab mahu berpindah:

1. sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
2. untuk mengikut suami (suami mmg tak akan bertukar krn menjaga ibunya yang uzur- anak lelaki harapan)


tiada yang luar biasa. memang ramai orang yang minta untuk bertukar cuma yang dikesalkan oleh C ialah, pegawai yang berurusan itu kata,

"RAMAI JE PASANGAN LAIN YANG DUDUK JAUH BOLEH DAPAT ANAK"


itu memang Ai tak nafikan sebab jiran sebelah rumah, suaminya di sini isterinya di sarawak anaknya sudah 2 padahal baru kahwin pada 2010. tapi itulah namanya rezeki. TTC perlu berusaha lebih tidak seperti pasangan normal yang lain.

masa Ai dengar cerita ni pun Ai rasa sentap tapi Ai sabarkan sahaja C.
nak buat macam mana, bukan semua orang faham nasib TTCian mcam kita ni.

kalau kamu, kau sentap tak?


5 comments:

  1. hmm...masih ramai yg x tau bukan semua orang mudah nak dapat anak... nak buat camana...bertabah je la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl tu Nina. Smg ttcians terus diberi kekuatan

      Delete
  2. Baru igt nak bg alasan yg sama.suami sy dpn mata,jd saya nak minta pindah utk bt treatment mcm iui ke.kat sini mana ada treatment mcm tu.


    Saya pun penah kene tempelak camtu.tp alasan sy nak jaga ma parent di kampung.saya kan ank tunggal.jadi dia ckp
    Kalu bg alasan nak jaga mak,semua mak di dunia ni pun tua dan sakit.naak je sy ckp cuba bayangkan bila awk tua nanti sakit takde sapa nak hantar spital.kene minta bantuan org luar pulak.camne rasa.hish geram.eh ni topik ttc kan,bukan sbb tak dpt pindah kan.heh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eka,

      ade kawan Ai yg lain dah sertakan surat akuan drpd Doc yg dia kena buat IVF pun org KPM tak layan. masih tak dapat pindah.

      camne nk bekerja sepenuh hati klu cam gtu?

      Delete
  3. hai kak ai.

    hm. klu i, i pun sentap dan speechless.

    betullah macam kak nina cakap. masih ada lagi orang lain yang tak tahu yang sesetengah orang tak mudah nak dapatkan anak.

    ReplyDelete