Ikut AiTotYati

7.1.13

MAKCIK, SAYA TAK MAKAN BISKUT MERRIE

salam readers.

azam nak buat entry sehari satu nampaknya kena reduce 2-3 hari satu entry. kihkih. ala bukan masuk dalam penilaian borang prestasi 6/93 pun. Ai baru je selesai mengisi borang penilaian prestasi (PSD form 6/93) untuk pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah yang mengisi jawatan bahagian tajaan, kementerian pelajaran malaysia. tahun 2011 yang nilai Ai ialah sekolah sebab berada di sekolah lebih 6 bulan. so untuk tahun 2012 Ai haruslah dinilai oleh penyelia Ai. oiii kalau tak hantar borang PSD form 6/93 tu nanti takde pergerakan gaji tau. jap lagi Ai akan pos guna skynet ke bahagian tajaan yang kat cyberjaya tu. boleh je kalau nak hantar by hand tapi Ai risau kalau dah ke cyberjaya nanti Ai akan 'terpergi' ke alamanda. rabu mmg nak ke tempat menuntut ilmu. apa lagi kalau bukan jumpa penyelia kesayangan. hihihi

saje nak berkongsi kisah sewaktu hari raya tahun 2012. macam dah basi tapi kadang-kadang dok teringat insiden ini. so better dikongsikan di blog. tujuan berkongsi adalah untuk mendidik masyarakat. wah kelas kau Ai nk mendidik masyarakat. bukan apa, atleast kalau ada yang baca, lain kali jangan buat perkara yang sama pada orang lain yang belum ada anak. biar Ai je yang dah kena.

ok alkisahnya begini.

pada raya yang lepas Ai dan enJekjek ikut my PIL ronda raya ke rumah2 saudara-mara mereka.
then tibalah di satu rumah ni, tiba-tiba sewaktu bersalaman (Ai salam org tu lepas my MIL salam org tu). kebetulan my MIL tengah dok dukung my newborn nephew (1st cucu). tiba-tiba orang tu bersuara,

"ini dah tentu bukan anak dia (merujuk kepada Ai) kan? tak 'meri' ke adiknya(my sil) dah ada anak?

waktu ni, Ai mmg tgh pegang kamera DSLR enJekjek. yes rasa hati masa tu mmg sayu dan ada nak menangis tapi jangan jatuhkan air muka sendiri. Ai pura-pura tak dengar dan terus main dengan kamera DSLR itu. kemudian Ai dgr orang tu ulang soalan yang sama.

"eh tak 'meri' ke? bila lagi nak ada(merujuk pada anak)?"

Ai terus buat2 tak dgr. terus main dengan DSLR padahal masa tu terasa ada genangan airmata nak turun. tapi Ai tahankan. taknaklah spoilkan mood orang lain nak beraya, kan?

 lalu yang menjawabkan soalan itu adalah my FIL. mujur my FIL & MIL pandai cover.
kesian tak pasal2 my PIL terpaksa terima tempiasnya sebab kami belum dapat berikan cucu kepada mereka.
tapi yang kelakar tu at the same time my other SIL dok tanya pada Ai ape maksud 'meri'? Ai wat tak dengar je dgn pertanyaan the other SIL tu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ai mmg dah tanamkan dalam hati takkan mudah melenting bila orang persoal 'bila' nak ada anak sendiri. cuma kesayuan tetap akan timbul. yes, mmg la sedih. sedih macam bila result kau tak sebaik kawan kau yang dapat cgpa 4.0. apa perasan kalau dibanding2kan? tentulah tak suka, kan?

tanya sebab taktahu kita dah ada anak atau belum dengan tanya dok persoal kita takde ke buat treatment adalah sesuatu yang berbeza.


p/s: meri dalam bahasa jawa bermaksud cemburu@jeles


7 comments:

  1. sabar yer...insyallah rezki ganjaran untuk kita yg selalu sabar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq mummy. Insyaallah ms sy akn tiba jua♥♥

      Delete
  2. Salam
    hampir 2 tahun yg lalu saya kena juga macam ni.
    Kenapa ye diorang tanya? pelik ke tengok kita redha belum ada anak? (tolak kes mmg sengaja tanya sebab nak menyakitkan hati kita).

    Agaknya diorang heran kot kita boleh sabar. Sampai tak menahan nak tanya kat kita dan sampai tak sedar soalan tu tak patut ditanya. atau manusia mmg suka dengar benda tak best dalam hidup orang lain?

    Saya tulis panjang-panjang ni sbb mmg heran kenapa diorang mcm nak tahu sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm irtiyah

      Maybe pelik kot awatla kita dok blh hidup berdua lama2?
      Jeles la tu,kan?

      Delete
  3. saya ada jiran.rasanya sejak kenal tahun 2003 masa mula2 pindah belum ada anak..dulu2 dia rajin jugak tegur saya bila terserempak dan saya x penah tanya pasal 'anak' @ bercerita ttg anak depan dia.sbb saya baca blog kawan2 yg takde anak lagi,saya mmg jaga percakapan..tp sejak dua menjak ni dia mmg mengelak dr jumpa jiran.termasuk saya..pelik jugak tp saya fikir + mgkin dia malas nak bergaul sgt takut nanti terguris hati/yelah mulut org xleh tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya gembira kerana ada yang memahami macam irfa. maybe jiran tu agak kebusyan, almaklum skrg awal tahun. ngeee

      Delete
  4. Kehkeh.. Ingatkan meri tu kawin.. Yer.. Pedulikan apa org kata asalkan hidup kamu bahagia.
    Saya dah berdua nak masuk 5 tahun.. Apa jua kata2 org x berbekas dlm hati pun.
    Err.. Ada rasa sikit tapi cepat2 buat perkara yang menggembirakan.. ♥♥

    ReplyDelete