Ikut AiTotYati

17.12.12

KEMPUNAN FINGER SOFA

alahai Ai kempunan telur tembakul. hahahhahaha

kau dah kenapa Ai?
gini....

hari tu masa usha2 durian crepe, tetiba terusha satu kedai perabot melayu yang baru buka. tengok punye tengok eh ade pulak benda ni
finger sofa ini adalah untuk orang dewasa. susah wooo nak cari finger sofa untuk orang dewasa kat melaka ni. yang ada selalu Ai jumpa ialah yang untuk kanak2 dan ia berharga RM99. yang untuk dewasa ni harganya RM250 tapi tauke bagi RM220. masa Ai nak beli ni, enJekjek takde di semenanjung sebab beliau berada di Limbang selama seminggu. so sebab Ai ade backpain n tak boleh angkat berat2 so Ai janji dengan tauke kedai untuk datang rabu selepas enJekjek pulang.

tapi bila Ai pergi kedai tu, kedai tu dah tutup. sedihnya. sama ada kedai tu bankrap sebab tak boleh nak bersaing dengan kedai perabot yang lain Ai pun kurang pasti. yang pasti sekarang Ai kempunan. dah lama cari. warna merah pulak tu. sangatlah warna kegemaran Ai....

2 comments: