Salam readers.
cara mohon visa jepun?taukah anda cara mohon visa jepun?
visa jepun oh visa jepun oh visa jepun (nyanyi sikit).
tergerak nak share pengalaman Ai mohon visa ke Jepun. sebab apa nak share? sebab jenuh google ade jumpa entry tapi biasalah pengalaman berbeza-beza. tanya kawan2 Ai yg dah pernah ke jepun utk holiday or yg study kat Jepun sokmo lupa. so mari kita start.
dokumen-dokumen yang harus disediakan untuk mohon visa ke jepun adalah seperti berikut:
http://www.my.emb-japan.go.jp/English/visit.html
link yang atas tu untuk ke website embassy Jepun di malaysia. letaknya di jalan tun Razak. ala dekat je dengan Suria KLCC tu. mula2 cari mmg mcm tau. bila dah tau ala sonang je rupanya. ok dokumen yang Ai sediakan ini adalah untuk melawat adik di jepun ye. ada banyak kategori kalau tengok link yang atas tu. Ai prepared dokumen followed
perkara C iaitu visiting relatives/friends.
1. passport original
kena serah original passport sbb nanti embassy nak stamp visa jepun kt dalam tu. tak payah nak gatal tgn sediakn yg fotostat. tak guna pun.
2. satu borang permohonan visa yang anda boleh download dari
sini atau dari link yang Ai bg di atas. isi borang mengikut contoh yang disertakan. kalau nak tulis pastikan guna pen dakwat hitam. macam Ai, enJekjek tolong taipkan. jenuh oooo kalu nak tulis satu persatu. bukan Ai dgn enJekjek je tapi ade lagi 4ahli keluarga yg turut serta.
3. gambar background putih saiznya (4.5cm x 4.5cm). gambar ni hendaklah ditampal pada borang permohonan visa jepun.
4. Itinerary masa kat jepun. ada borangnya disediakan download di
sini. Ai minta adik ipar yang kat jepun tu untuk sediakan itinerary kami. so kami just terima emel je. yelah kalau kite nk g jalan kt sana bukan tau pun tempatnya. oh kami akan ke Osaka ye.
5. surat pengesahan majikan yang guna letterhead majikan yang menyatakan jawatan dan tempoh perkhidmatan di situ. kalau anda belum bekerja, minta mak/ayah jadi penjamin. buat surat sikit menyatakan yang perbelanjaan tu ditanggung oleh mak/ayah.
6. salinan penyata bank. tak kisahlah bank ape pun. tabung haji pun boleh. ASB pun boleh. macam Ai print online penyata bank rakyat dan pergi ke branch bank rakyat ayer keroh untuk pengesahan. macam ahli keluarga yang lain pergi tabung haji untuk minta penyata yang disahkan oleh pegawai tersebut. ingat, salinan hendaklah cop hidup! jangan sesekali fotostat salinan yang dah disahkan. kalau yang belum bekerja, lampirkan penyata bank mak/ayah dengan surat di item 5.
7. salinan sijil kahwin kalau dah berkahwin. macam Ai dengan enJekjek hanya sediakan satu salinan untuk 2 org. sama juga untuk mertua, pegawai kat embassy tu cuma amik satu salinan. untuk yang belum berkahwin, sertakan salinan surat beranak anda ye.
8. surat penjamin yang boleh
donwload di sini. macam Ai, adik ipar yang duduk di osaka tu yang jadi penjamin kami untuk mohon visa jepun. sertakan juga salinan 'alien card' penjamin kita tu.
bila dah siap semua tu, susun ikut susunan yang dinyatakan. sediakan seperti yang disuruh je. tak perlu nak sertakan salinan mykad ke atau yang tak disebutkan seperti di atas. foto di bawah adalah dokumen yang kami dah siapkan. prepared untuk 6 orang weh.
ok entry seterusnya cerita hal nak hantar dan amik visa jepun pulak ye.
semoga entry ini dapat membantu readers yang nak ke jepun.
sekian (^_^)