Ikut AiTotYati

31.12.10

KELIRU

smlm Ai tidur, bangun mamai mamai.


hati 1: eh aku kat mana ni? (terbayang bilik hotel maytower)

hati 2: eh mana gigi palsu aku? aku telan ke? *dah start panik

hati 3: eh nape enJekjek ade kat sini lak?



pandang jam pada dinding, angka 6.30petang.
 pikir punye pikir



padan muka Ai, sape suruh tidur lepas asar!!!
kat umah sendiri pun buleh keliru.
teruk betul!!!



kamu selalu keliru tak kalau tidur lepas asar?

29.12.10

10 HARI 3BILIK

hai kawan-kawan... mesti rindu pada Ai kan? kan? kan?

meh nak habaq mai meh. dalam masa 10hari berkampung kt maytower hotel tuh Ai pindah 3bilik.

2715- tingkat 27 bilik no 15.
ni bilik kawan. sampai2 je trs ke bilik ni. sbb2 nak cerita tapi panjanglah pulak. tak lama ddk bilik ni. ade la 2jam je kot.


2814- tingkat 28 bilik nombor 14.
haaa yang ni barui betul bilik Ai. bilik ni corner lot. kalau nk tengok g belek entry pasal maytower. ngehngeh. sangat luas berbanding bilik rakan2 yg lain. mcm biasa satu bilik 2org mengikut gred kite. kwn dari bilik 2715 tu ikut serta ke bilik ini.


3006- tingkat 30 biliik nombor 6.
masa ni dah ramai yg pulang. cuma tinggal 1malam je lagi. pindah sbb enJekjek datang mai nk amik Ai. takkan nk ddk kt bilik 2814 kot? kalau pikir logik mmg Ai stay je situ sbb 2814 tu mmg nama Ai tapi kite mengalah jelahkan. malas cakap banyak (^_^)



kat hotel maytower ni memang tak akan jumpa tingkat 4, 14 atau 24. sume ditukarkan kepada 3A, 13A dan 23A.
kalau carik bilik 2814 tu mmg tak jumpa punye pada label tu. tau jelah kepercayaan Cina angka 4 tu tak baek. jenuh gak masa memula carik 2814 tu. rupanya nun di hujung tersorok. Ai tak kisah janji bilik luas giler!!


kamu takut ke dengan nombor 4 tu?

25.12.10

WARM UP

baru tiba di rumah selepas sebulan meninggalkan bumi melaka dan rumah tersayang.

golek golek golek

Ai nak golek2 atas katil dulu.


entry lain2 kemudian.

tata

17.12.10

Menara kuala lumpur tower

Dr blk hotel,sejengkal je menara kl ni ghupanya.hehe

16.12.10

MAYTOWER HOTEL, KUALA LUMPUR

alamat di no 7, jalan munshi abdullah, kualal lumpur. Ai di sini buat keje sikit.

hotel di kelilingi Sogo, Mydin, ariani, dan segalanya syurga dunia wanita. hahahah.
masalahnya dah 2hari di sini ai belum turun lagi keluar sbb malas. rumet keluar berjimba-jimba.

nah layan foto sekitar bilik. kehkeh. nak tengok lebih boleh rujuk kt site maytower hotel, kl.


 ballroom yg dijadikan bilik meeting. shuke chandelier tu. nak satu boleh tak?


 suke lampu dlm bilik ni. nk angkut balik. hihihi

 lcd tv ade channel sports. starworld n movie takde. bosan!!


 closet.


 katil


 shuke toiletnye. kecik tapi lengkap. telepon pun ade.

 tempat Ai berblogging sekarang hingga 25dec2010


bilik yg bersepah. hahah. rumet g berjalan2 tapi Ai lebih rela ngadap lappy tgk blog.
 alhamdulillah Ai dapat bilik yg luas dan selesa jika dibandingkan dengan rakan2 yg lain.


oh oh
sanggup tak kome tak kuar hotel selama 10hari?

13.12.10

Outward Bound Malaysia


I'm here at OBS lumut.D view so fascinating!

12.12.10

Ai kawen lagi



silalah percaya. ye Ai menghilangkan diri sbb bizi dengan persiapan kenduri adek Ai di kampung. Ai kan ddk bandar cet perasan

ade masa ni Ai hapdet jap. lps ni maybe hilang lagi ye. ada urusan seri paduka baginda sehingga 25dec2010. andai ade kelapangan akan ai hapdet. banyak benor suka dan dukanya (^_^)

picture was taken by enJekjek. kredit to him. muahs muahs. banyakkkk lagi foto2 menarik tertarik mmg de boom boom

9.12.10

Peugeot 206 dry cell


X panjg umur.kamis lps tukar.bli n psg sendiri.kos rm445.50.

7.12.10

MERTUA VS MENANTU

Salam dan hai buat pembaca yang Ai sayangi.

Azam baru nak kasi salam buat pembaca. aik takkan taktahu kan dah Maal hijrah.
ish ish kamu ni jgn reti nk berkonsert je masa tahun baru masihi. sudah berhenti membebel.


tadi Ai menonton astro Oasis rancangan Dr Fadzilah kamsah - Selami Jiwa.
tajuknya mertua vs menantu dan tetamu undangan ialah sharifah shahirah potpetpotprt dgn mertuanya datin maria arshad. menarikkan?

tips yang diberikan oleh dr fadzilah kamsah supaya hubungan menantu-mertua berjalan baik.
kebanyakannya dikhususkan buat menantu:


1. anggap mertua seperti ibu sendiri.
- yelah kalau mertua tegur atau marah2 makanya kite sebagai menantu tak kecik hati sangat. anggap je macam mak kite yang marah. ambil pengajaran. jangan letakkan suami di tengah-tengah. ibu hanya seorang itu saje, isteri buleh carik lain. memang hampesh tapi betul, kan?


2. belajar memasak, belajar memasak, belajar memasak  Dr fadzilah ulang 3X ye
- wahhh shuke gile Ai dengan petua ni. Yelah sbb ade org yang anggap remeh tentang hal masak-memasak ni. Pada pendapat Ai, kalau kite buleh memasak maka jika mertua or ipar duai nak datang bertandang ke rumah kite buleh masak utk mereka. Ini adalah satu cara untuk meraikan mereka. Bukannya membawa mereka makan di kedai atau menyuruh mereka makan di kedai sebelum sampai ke rumah kite. Jika anda sebagai menantu melakukan perkara ini, oh sangatlah tidak wajar seolah-olah menyambut dingin kehadiran mereka. Pengecualian diberikan jika memang anda nak open table bagi meraikan sesuatu atau anda sibuk melampau tak sempat nak masak atau anda sedang sakit. Ramai orang menganggap remeh perkara ini tetapi percayalah, dengan masakan kasih-sayang antara keluarga akan lebih erat. mertua juga akan rasa lebih dihargai sbb menantu berusaha menyediakan pelbagai juadah walaupun tak berapa nak sedap.



3. Jangan mengadu hal tentang anak lelakinya pada mertua anda
- whopssss kadang-kadang ada jugak Ai termengadu pada mertua. itu pun masa kt umah mertua dan pada masa tu ajak enJekjek makan tapi dia dok ralit layan online komik. maka selepas ini mari kita diamkan saje. sila jangan jadi kaki mengadulah Ai. ngehngeh


4. Sentiasa tolong mertua
- menantu kena rajin membantu mertua tak kira samada di dapur atau di luar dapur. Kalau menantu tak pandai masak, duduklah dapur membantu memotong ape2 yg patut atau jika dapur mertua sempit silalah kutip pinggan dan cuci setelah habis makan. Jangan sesekali mebiarkan mertua yang membasuh pinggan anda. Sangat pemalas wahai menantu jika anda berkelakuan begitu. Jangan gunakan istilah anda adalah tetamu hanya kerana anda tinggal jauh untuk melarikan diri daripada melakukan kerja-kerja itu. Bukankah tolong-menolong itu akan meringankan beban mertua?

5. sentiasa doakan mertua
-yaaa yang ini paling penting sekali. mesti sentiasa doakan kesihatan dan kesejahteraan mereka. Jangan sesekali berdendam dengan mereka.


jadi, adakah anda mengamalkan 5 perkara di atas?

6.12.10

:: Mya Elzara 3rd Brithday GIVEAWAY::


Ai nk join GA ni. mana tahu ade rezeki boleh dapat bed sheet baru.
kawan-kawan silalah join ye. klik sini.
ikut je syarat-syartnye.


ucapan buat birthday girl:

SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH YE.
muahs muahs

PEROKOK ITU MEMANG BODOH!!

Hai Hai,

uiiii mau kang Ai kena lanyak dengan para perokok ni disebabkan tajuk entry ni. eh kalau kamu perokok tapi kamu pandai tidak mengapa. meh sini Ai tunjuk sebab mengapa perokok-perokok yang bakal Ai dedahkan ini adalah mereka yang BODOH. ye memang mereka BODOH!!!

1. bodoh sebab tak menghormati hak dan privasi orang lain. macam dalam iklan karipap tu kalau kau tak suka karipap tapi ade orang sumbat gak kueh karipap tu kau marah tak?

2. bodoh sebab buat-buat buta dan konon tak pandai membaca. lihat foto di bawah dengan teliti. kejadian ini berlaku petang semalam ketika Ai dan enJekjek makan di sebuah restoren berhadapan kedai kain MIDAS.

 foto satu ini memaparkan sebuah keluarga yang duduk di belakang kami. bertentangan dengan mata pemuda berbaju belang yang merokok tu terdapat signboard larangan merokok. Pembaca juga dapat perhatikan dalam bulatan biru itu adalah papan tanda memaklumkan bahawa kawasan ini adalah zon bebas asap rokok. Ai telah dengan sengaja pergi ke signboard zon bebas rokok itu dan snap foto tersebut. foto adalah seperti di bawah.

papan tanda berbunyi: 
ANDA KINI BERADA DI ZON MELAKA BEBAS ASAP ROKOK. MANA-MANA BANGUNAN SEPANJANG JALAN INI ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

pemuda itu dan ayahnya (berbaju biru) turut merokok tanpa mempedulikan teguran seorang pakcik yang berada di meja sebelah kami. maaflah ye wahai pemuda Ai  mmg takmo blurkan muka kamu sbb kamu tak hormati hak dan sensitiviti kami insan yang tak merokok. dan kamu juga dengan sengaja membuat buta terhadap papan tanda yang ada di situ. 

oh dan ya, selang satu meja kami ada pulak sekumpulan wanita dan lelaki yang dengan sengaja merokok. tak dapat nk snap foto sbb tak bw kamera besar. 2 org perempuan melayu sundal itu sudahlah ketawa berdekah-dekah merokok pula. muka boleh kategori comel dan cun tapi sifat yang ditonjolkan sangatlah tidak sopan. dan itu melambangkan syarikat yang mereka wakili kerana mereka memakai uniform berwarna biru terang yang tercetak 'HEALTHY LIVING' di bahagian belakang uniform mereka. Untuk makluman, mereka adalah jurujual yang menjual peralatan memasak yang terdapat di dalam shopping compleks mydin. sbb Ai dah nampak perangai mereka yang tak senonoh tu, jangan haraplah kan nk dekat dengan booth kamu dalam Mydin tu.(mereka bukan staff mydin tetapi mereka buka booth dlm Mydin).

so tak salah jika Ai katakan PEROKOK ITU MEMANG BODOH!!

apa kata kamu?

5.12.10

AKU TAK BODOH. KAU BODOH?

tadi g MBO cinemas kat melaka mall menonton filem aku tak bodoh. antara sebab Ai teringin nak www.tonton.com.my tonton adalah krn adanya adibah nor. kebetulan petang tadi melihat the making of aku tak bodoh di astro ria. tu yg tetiba je trs mengajak encik suami pergi ke MBO cinemas melaka mall. hihihi

 sumber foto daripada sini
tima kasih ye



ye Ai peminat adibah nor. bukan macam tubelawak yang minat cik lisa surihani. kehkeh. suka kak adibah nor yg selalu berlakon dgn bersahaja. oh selain tu ade amy mastura. dan sbb utama ialah kerana filem ini adaptasi daripada karya  Jack Neo iaitu I'm not stupid too. tak tahu? klik sini untuk mengetahui lebih lanjut.


Ai shuke cerita ni. ye cerita melayu yang menggunakan pelakon biasa biasa tanpa dedah sini sana. dialog yang digunakan sangat memberi kesan. macam dialog anak menerangkan pada ayahnye mengapa dia mencuri di kantin sekolah sedangkan mereka adalah keluarga yang berada. dialog seorang cikgu yang asyik nak kata pelajarnya bodoh. pelajarnya asyik dapat telur busuk. cuma mungkin lain kali pengarah boleh mengkaji dulu terma-terma yang sepatutnya digunakan. contoh seperti pengetua bukannya guru besar kalau di sekolah menengah.


pengorbanan seorang ayah yang sayangkan anaknya tapi tak berapa pandai nk tunjuk. bli jugak beg harga rm20 sebgai hadiah kepada anaknya. oh sangat touching. oh ade lagi ayat-ayat terakhir seorang bapa sebelum dia meninggal,

" bukan anak kurang ajar tapi ibubapa yang tak pandai mengajar"

eh alamak. ye ke? ke Ai yg salah ingat nih.
eh ape2 pun g layanlah filem ni. penuh pengajaran.




AKU TAK BODOH. 
KAU ?

4.12.10

AKU MASIH DARA

silalah percaya dengan Ai. oiiii hang tu dah sambut 5th anniversary nk kata masih dara lagikah?

hahahhah yelah yelah tak boleh dah nak ungkapkan tu.
tapi masa kami pi tengok Rapunzel kt MBO Ai nampak poster di bawah ni. Apalagi snap le nk jadikan entry blog dasar hantu blog

perlu ke filem Melayu seperti ini?
Pada pendapat Ai dengan melihat posternya sahaja dah boleh meransang gelojak jiwa remaja. Ai bukanlah peminat filem melayu sangat. tapi Ai tidaklah mengkritik filem kite. itukan mmg industri filem kite. setakat ni cuma suke filem Cinta, Magika dan Sepi sahaja.

try google info tentang filem aku bukan dara ni. dapatlah beberapa maklumat seperti di link ini dan ini

filem ini adalah arahan Ahmad Idham. sangat klise bila pengarah selalu kata untuk menonjolkan fenomena remaja masa kini iaitu tentang kebejatan masalah sosial remaja.

kamu nak tontonkah?


p/s: terbacalah pulak pasal kupasan YB di blog nya tentang dara. nak baca klik sini

3.12.10

MALAS & KOTOR

Ai di sini.seberang sungai ada tulisan kuantn yg bsr.di pagar besi ini ada tin nescafe yg diselit di pgr.tong smph dkt je.rkyt m'sia pengotor& pemalaskah?

1.12.10

Ai... SAYA TAK DAPAT KONEK

Sabtu, 26 November 2010 -
Ai perlu hadir ke tempat keje. setelkan ape2 yang patut. tengah syok keje tetiba sorang mamat ni,

"Ai, bukan nama sebenar  saya tak dapat konek la"


selalu sangat dah dengar orang-oarang yang macam ni sebut macam tu.
sebenarnya komputer dia tak dapat sambung ke internet. tu yang jadi macam tu.


kalau korang yang kena ape nak buat?



#scheduled entry written on 29 November 2010#