Ikut AiTotYati

18.2.10

PENGURUSAN KAD KREDIT

dulu aku ade beberapa keping kad kredit:

1. kad kredit BSN islamic (visa & masterkad)
2. kad kredit Bank Rakyat (visa)
3. kad kredit Cimb (mastercard)
4. kad kredit Maybank (visa)

bila dicampur had limit kesemua cc (kad kredit), ia berjumlah rm30k. dengan had limit terbesar ialah CIMB sebanyak rm12k. uish kalaulah boleh tukar ke wang tunai, aku pergi umrah sekarang juga!!!


nanti jangan terpesong tajuk. aku nak cerita bagaimana untuk menguruskan kad kredit tu.

sebelum terlupa, aku dapat kad kredit tu sebab:

1. kad kredit BSN --> buat personal loan
2.kad kredit Bank rakyat --> jadi penjamin org nak wat loan
3 . kad kredit CIMB --> nak beli penapis air elken
4. kad kredit Maybank --> nak buat ez payment senang

tapi 2 drpd kad kredit tu aku dah terminate aka potong dua aka dimusnahkan sebab BSN & bank rakyat susah nak pantau. BSN takde online, leceh. Bank rakyat--> akaun aku asyik kosong je.

so skrg tinggal 2 kad kredit jelah. dua-dua pun sudah bayar government tax yg rm50 tu. aku bayar guna points yg terkumpul tu. aku redeem.

kenapa aku perlu kad kredit ?

1. nak beli minyak kereta. apa kau fikir minyak masakkah? selalunya aku mls nk withdraw duit dr atm. the best way plug in je kad kredit tu kat pam minyak tuh. heheheheh

2. nak buat ez payment utk bli perabot rumah. ez payment adalah 0% maka aku tak makan interest sbb aku selalu byr on time. aku suka ez payment sbb duit yg sepatutnya aku buleh byr cash tu aku dapat simpan n spend utk benda lain.

3. emergency--> tetiba ko takde duit cash. apa mau buat?


pengurusan kad kredit

ok barulah aku masuk tajuk sebenarnya. cara aku guna kad kredit mudah je:

1. sentiasa bayar kad kredit sebelum due date. MBB aku due date adlh pd 26hb setiap bulan. CIMB pula adalah pd 3hb setiap bln. maka aku akan pastikan ada amaun mencukupi dlm akaun utk buat pembayaran.

2. pastikan berbelanja mengikut jumlah tunai yg ada. jangan berbelanja lebih. ini untuk mengelakkan sakitkepala-fikir-mana-nak-cekau-duit-bayar-hutang-kad kredit.

3. sentiasa fikirkan KESUSAHAN untuk bayar hutang kad kredit . jgn fikir keseronokan utk berbelanja.

4. berbelanja utk yang perlu shj. contoh: kau nak balik kg tapi cash money utk minyak tiada maka bulehlah guna kad kredit utk bli myk. nanti bln depan dpt gaji mesti terus bayar.

5. sentiasa ingatkan diri yg riba tu haram. maka bayarlah on time. jika tidak maka haruslah kamu bayar bunganya itu.

6. disiplin --> jika anda tiada disiplin baik pakai tunai sahaja. faham?

7. nak lagi senang, TERMINATE je kad kredit tu. kan mudah kamu tak perlu nak uruskan lagi

:P

4 comments:

  1. terasa macam nk masukkan dalam blog keepinvest tu plak hihihi

    ReplyDelete
  2. hehehe buleh je. buat peringatan bersama. mengalakkan org ramai drpd terjebak dgn hutang ;D

    ReplyDelete
  3. pembetulan ayat, bukan menggalakkan tapi MENGELAKKAN. hasih, salah satu perkataan sahaja buleh buat ayat jadi lain.

    ReplyDelete