Ikut AiTotYati

28.8.13

APA2 YANG KAU BUAT MESTI DIKAITKAN DENGAN SEBAB KAU TAKDE ANAK

pelik tapi benar

masyarakat kerap mengaitkan sebarang perbuatan/hobi yang dilakukan oleh orang takde anak/belum kahwin disebabkan mereka mempunyai banyakkkkkkkkkkkkkkkkk masa.

bagi Ai, Allah bagi setiap orang 24jam sehari. pandai2lah nak urus.
bukan Ai tak pernah jumpa orang yang ramai anak-bekerja-sempat masak-jahit baju-keluarga bahagia.

senyum kambing jelah bila orang komen
"banyak masa ko, aku ni x sempat nak layan anak lagi, suami lagi, masak lagilah tak sempat"

cantas balik,"tapi ko masih sempat tengok facebook kan?"


sakit?

(",)

KELUARGA SNOWI yang BERANAK 3

snowi beranak 4 ekor tapi mati seekor tinggallah 3.
comelsss tau anak2 bulus ni.
gambar2 diambil semalam pada hari ke-6 setelah lahir.

3 ekor yang comels

2 ekor ni lahir kemudian

ini Snow white. yang mula2 lahir maka dialah kakak

Snow white sayang adik2. hihihi

close up tapi guna smartphone tak clear sangat hohohoho

tidur secara berjemaah. hehehehe

Ai pun dulu geli dgn kucing tapi Jek la yang mempengaruhi Ai. 

27.8.13

MENTALITIY DAH MEMANG MACAM TU...SABAR JELAH

cakaplah macam mana pun.

kalau memang dah memang budaya berfikirnya,
'kahwin mesti dapat anak, kau tak beranak kau ganjil'

kau cakap macam mana pun memang gitulah gayanya.



halllooo rezeki tu bukan anak je ye.
kesihatan, umur panjang, kerja yang stabil, jodoh yang baik itu rezeki.

kalau jumpa orang2 macam tu, tanya dia ada fb tak?
kalau dia ada fb maka dia ada internet connection.

bgtau dia luaskan pembacaan di dunia tanpa sempadan ni. jangan asyik main game je dalam fb.
hehehehheh

25.8.13

SNOWI DAH BERANAK!

untuk kali ke-3 bagi tahun ni.

mula2 10jan2013- 7 ekor

kemudian kali ke2 pre mature ketika itu kami di Terengganu semasa cuti sekolah bulan May - 5 ekor

latest edition 21/8/13- 4 ekor (1 mati)

ini sejurus selepas lahirkan anak yang pertama- yang putih tu

masa ni dah keluar 3 ekor

Snowi lahirkan anak yang ke-4. namun maybe sbb tak larat snowi tak pecahkan kantung. yang ke-4 ni mati

nampak tak anak kucing tu dlm kantungnya?

Snowi dah makin lemah tapi masih gagah jilat anak2nya

dan akhirnya bli sangkar baru khas untuk snowi berharga rm230

sekarang kami ada 6 ekor anak kucing dari satu ibu!!! Tama dengan Comot dah ada adik tiri dah. hihihihi

21.8.13

SOALAN CEPU EMAS

salam readers.

kalau dah TTCian tu, tetap akan kena soalan cepuemas punyalah.

Namun raya tahun ini agak kurang jugaklah pertanyaan tu. agaknya sebab dah lama benor kot. tak kuasa orang nak tanya. tiap kali Ai nk kuar beraya, Ai mesti zikir dan doa dalam hati semoga takde yang tanya.
tapi ada gak terjadi masa beraya kat umah sorang nenek ni. nenek ni org yg sama yang dok tanya Ai tak jeles ke dgn SIL dalam entry ini

sorry to say tapi dah banyak kali jumpa nenek ni, Ai tetap tak ingat nama dia. hahahhaha.
bila Jek tanya nape tak ingat? Ai kata tak perlu ingat nama2 orang yang sakitkan hati kita sebab nanti kita lagi sakit hati. mujur Jek paham. so sudahnya tiap kali datang beraya kat situ, tiap kali tu lah Ai akan tanya Jek nama nenek tu.

kali ni, nenek tu tak tanya direct tapi dia lontarkan pertanyaan pada PIL,

"oooo yang takde anak ni ikut, yang ada anak tu tak ikut beraya sekali ke?"

sentap kejap masa Ai dengar soalan ni. perlu ke mentioned 'yang takde anak'? perlu ke?

so PIL pun jawabla yang ada anak tu beraya rumah mertua.


tak kosser nak layan nnenek ni. Ai dengan Jek layan kuih raya lagi bagus. hahahahah