Ikut AiTotYati

6.8.14

SELAMAT HARI RAYA 1435H TAHUN 2014

catatan raya tahun ni, takut terlupa:

tahun genap turn raya umah mertua.

25/7/14 (jumaat malam sabtu): gerak balik kg kami berdua (sedaerah je hihi- tak gaduhla balik raya)

26/7/14 (sabtu): sahur dan buka di rumah mertua

27/7/14 (ahad): sahur rumah mertua. buka rumah mak. Ai masak2 raya di rumah mak Ai.

28/7/14 (isnin): raya pertama di rumah mertua. tema baju emerald green  dan tudung sponsored by adik ipar. lepas itu terus beraya ke rumah Nek atun (tiada anak), Nek Limah (kena soalan sentap di sini), Nek Sal (juga kena soalan sentap), Tok Tar (isterinya mendoakan) dan Nek XX (tiada anak). habis beraya di rumah nenek2 trs blk rumah mak Ai (dekat je).

29/7/14 (selasa): bergerak ke rumah embah Ai (ibubapa Mak Ai) di Kampar perak. masak2 di situ dan petangnya bergerak ke rumah Embah Kembek dan Embah Marem serta rumah embah (tempat pertama kali abah n mak Ai berjumpa). lepas dah sudah, malamnya tu Ai terus balik ke rumah mertua.

30/7/14 (Rabu): bergerak ke Lenggong kampung halaman mak mertua Ai (ibu ayah mak mertua Ai). uruskan rumah dan apa2 yg patut. jumpa dengan acu dan acik sekeluarga.

31/7/14 (khamis): beraya di rumah nenek andak dan nenek (x ingat). lps beraya blk ke sabak bernam semula. petangnya tu Ai pergi beraya ke rumah along Ai.

1/8/14 (jumaat): paginya pulang ke melaka kerana rombongan ahli keluarga Ai akan tiba dari sabak bernam, kuantan dan ipoh. Ai jadi host. malamnya masak ayam masak kicap, sayur campur dan ayam goreng.

2/8/14 (sabtu): pagi tu Ai goreng bihun dan bli roti canai. jam 10.15am sepupu dr saujana putra tiba. rombongan kami bertolak ke merlimau untuk hantar rombongan pengantin adik bongsu Ai yg kwen dgn org sana. petangnya lepas majlis semua pulang. sunyi rumah.

3/8/14 (ahad): pengantin baru (adik Ai) datang beraya ke rumah Ai sbelum mereka pulang ke sabah. Ai masak ayam masak selon, udang goreng tempoyak dan tauge tumis. petangnya acik Nab dari bkt gambir dtg beraya.

ok sekian diari raya cukup seminggu.
letih memang letih tapi Ai gembira.

25 syawal ni insyaallah genap 9 tahun Ai dan Jek bernikah.
semoga tahun depan kami beraya berlima.
wah impian.
insyaallah projek akan berlangsung syawal ini.