Ikut AiTotYati

13.11.13

ANAK-ANAK ADALAH AMANAH, BUKAN ASET UNTUK BERMEGAH-MEGAH

::Anak-anak adalah saham akhirat::

Apalah manfaat untuk ibu bapa di dalam kubur, jika anak yang masih hidup di dunia tidak solat, merampas dan makan hak orang lain, dan bergelumang dalam dosa dengan kelihatan indah dan cantik di mata zahir.

Apakah masih ada masa hendak mendoakan ibu bapa? 
Jikalau berdoa, adakah diterima doa orang yang kenyang dengan sumber yang haram? 

“Apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalannya kecuali tiga; sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau 'anak saleh' yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

Marilah jadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan untuk mendidik anak-anak kita, semoga diredhai Allah..


ARTIKEL ini Ai c&p daripada fb.
3 amalan yang tak putus ialah sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan dan anak soleh yg mendoakan.

kawn2 TTC, jangan sedih jika belum dikurniakan zuriat lagi. 
jika ada wang bersedekahlah, jika ada ilmu kongsilah. 
mungkin masih belum masanya Allah kabulkan doa kita untuk yang satu ini.
namun teruskan usaha dan doa kalian ya. Ai juga begitu. yang penting kena selalu positifkan diri dan pujuklah diri kerana hanya kita yang mampu merubah diri kita, bukan suami, bukan keluarga bukan kawan-kawan.

yang penting hidup mesti ceria (^_^)

3 comments:

  1. betul tu. Selain daripada anak yg soleh, ada lagi 2 sumber amalan yg akan terus mengalir pahalanya. Kalau belum ada anak, fokus kpd yg 2 tu jugak.

    ReplyDelete
  2. Allah Maha Adil, ada peluang lain untuk kita yg x de anak untuk mendapat pahala berterusan... :-)

    ReplyDelete