Ikut AiTotYati

3.1.10

KALAU DAH BERAT TU TURUN JANGAN MIMPILAH NAK MAKAN YANG ENAK ENAK

hari rabu yang lepas aku teringin sangat nak makan

sizzling yee mee.( kredit to address dalam gambar to ye)

jadi kebetulan nak ke tesco tengok kot2 ada swimming suit muslimah, kami pn nak makanlah di food courtnye. tapi niat terpaksa dibatalkan kerana aku lihat pengendali makanannya sangat selebet dan selekeh, muka bukan rakyat malaysia yang seperti tidak mandi, rambut panjang dan senang cerita macam tak seleralah ko nak makan kat situ. jadi terpaksalah ubah menu cari pengendali makanan yg bersih. so belilah:

wantan mee (foto kredit to ~ mcm yg korg boleh nampak tu ye)

tapi wantan mee nya rasa tawar gile macam tak letak garam langsung!!! so ape yg aku mkn macam sengaja masukkan meggi mee yg baru dicelur melalui anak tekak korang. tapi sbb lapo yg amat maka makan ajelah. tapi sambil makan sambil ngomel kat hubby pasal ketawaran itu.



jadi hari ini kebetulan keluar utk membeli brg kelengkapan ke sekolah aku ajak hubby mkn kat food court jj lak. aku pn orderlah sizzling yee me tu setelah melihat tahap kebersihan 'A" dan setelah mengusha pengendali makanannya (ok melayu yg suci murni berapron, rambut pendek, bersarung tangan~ eh racist kah aku?).

dan setelah order sampai aku makan dengan begitu berselera. namun selera terbantut sebab.....

sebab... sebab..... yee mee itu sangatlah MASIN!!!!! gile buleh kena darah tinggi aku!!!! tapi setelah selesai makan aku berfikir......


fikir


fikir


fikir


TUHAN KATA KO KAN DIET SAPE SUH TERGEDIK GEDIK NAK MAKAN YEE MEE? BANYAK KALORI WEH!!!! LAIN KALI MAKAN BUAH-BUAHAN AJE YE...

setakat hari ini aku telah hilang 6kg. sekian terima kasih.






2.1.10

BERDIAM DIRI LEBIH BAIK DARIPADA BERCAKAP YG BOLEH MENYEBABKAN KAU DITAMPAR

anda suka bercakap?

bercakap tanpa hala tuju?

lebih baik anda diam kerana jika anda bercakap n tunjuk lagak pandai tapi anda macam tin kosong adalah seperti telur ayam yang bergolek dalam tin lalu pecah di atas lantai.

cakap banyak banyak tiada gunanya. berdiam lebih baik. berdiam bukan tanda kalah tetapi sebab malas nak bertekak. cakap dengan orang yang macam pandai memang hampeh.

jangan terasa hati sebab memang orang itu tidak berguna.

well.. tin kosong.. what do u expect?

LADY IN RED GIVE AWAY CONTEST



hari ni melepak je kat umah. ada gak jalan2 tapi jalan2 jenguk blog orang. tetiba terjumpa satu blog ni yang menganjurkan LADY IN RED GIVEAWAY . Oh tuan punya tanah yang menganjurkan ini ialah http://firahadifa.blogspot.com

saya teruja dan nak sangat mencuba!!!! saya petik ayat dari blog itu:

Sesiapa yg nk hadiah dari UK , bleh la join giveaway nie... giveaway nie sebenarnya di anjurkan oleh my Bro and his fiance yg mencari rezeki a.k.a kerja dia UK . Both of them nie akan bernikah new year nanti.. "So bersempena dgn wedding mereka tak lama lagi.. both of them bermurah hati nak anjurkan giveaway nie, caranya upload gambar pakai baju merah! .. tak kisah la baju apa pon, t-shirt , baju kurung , jubah , tudung , skirt or baju kawen ... janji merah.kenapa merah?? .. coz tema wedding diorang is RED!"

apa yang perlu anda buat ialah: (oh oh saya copy n paste sahajalah ye..hihihi)

1. Buat entry bertajuk Lady In Red Giveaway
2. Buat entry Pasal Giveaway nie and upload gamba yg nk dipertandingkan. Cuma 1 gamba jer.

3. Be my Follower. nie wajib, senang kalau ade ape2 update. and jgn lupa add me dalam bloglist anda

4 . Letakkan banner kat entry ngan side bar berserta linknya sekali

5. Jangan lupa Mention about the contest in your entry with links back to this entry



entry sudah buat, follower sudah jadi, oh letak bannner kat entry sudah, letak link kt side bar dgn banner. jap nk wat.

OK DAH SUDAH. SEKARANG MAHU UPLOAD GAMABR IN RED LAK. JENG JENG JENG
ok sudah upload. gambar itu telah diambil semasa hari konvokesyen tamat KPLI. iye mengikut tarikh yang tertera sudah hampir 3 tahun usia foto itu. semasa mengikuti KPLI aku baru sahaja sebulan bernikah dengan suamiku yg ku panggil hubby. dia di selatan aku di utara. memang mencabarlah PJJ(perkahwinan jarak jauh) masa tu.dan gambar ini adalah kandid oleh adik aku yg turut serta. gambar tak ready maka macamtulah kami. hihihihihi. aku KPLI di IPG sultan abdul halim. CGPA aku ialah 3.65(kedua tertinggi dalam kelas aku :D). aku juga telah dicalonkan sebagai pelatih terbaik( tapi takde rezeki jadi pelatih terbaik).

ape bajuku bukan merah? merah muda? ish merah tu. takkanlah aku nak pakai baju merah menyala dengan jubah konvo yg merah menyala tu. so kenalah carik yg lembut2 sikit kalernye. cuma bunga kt baju aku yg merah menyala tu tak nampak akibat ditutupi oleh jubah konvo.

ok kepada sesiapa yg nak join. marilah mari!!! :D

1.1.10

ANDA ADALAH SIAPA ANDA FIKIRKAN

diri kita adalah gambaran sebenar segala yang difikirkan. jika kita fikir kita bagus maka watak ceminan kita juga bagus dan sebaliknya.

menjadikan diri hebat perlu ada tiga gabungan:

1. emosi
2. spiritual
3. quotient

bersihkan hati & isi dengan niat yang baik, persepsi positif serta kawal emosi dengan bijak. tanamkan dalam jiwa perkara-perkara yg bagus dan pasti akan tergambar pada perwatakan anda. sayangi diri sebelum menyayangi orang lain.
--- quote taken from NUR

SIAPA BERHAK?

Aishah r.a. pernah bertanya pada Rasulullah saw.
"Siapakah paling berhak bagi diri seorang wanita?"

jawab Baginda saw..
"Suaminya"


"dan siapa pula paling berhak bagi diri seorang lelaki?"
jawab baginda saw.. "Ibunya"


cuma zaman sekarang ini sudah ramai lelaki yg terlalu menurut kata sang isteri. sayangkan isteri sampai terlupa dengan tanggungjawab terhadap ibu sendiri. buta menilai keadaan.

aku?

seboleh-bolehnya aku sentiasa mengingatkan suami ku agar tidak lupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya. keredhaan ibu bapa penting. aku seboleh-bolehnya cuba untuk menjaga hati ibu bapa mertuaku. sebenarnya tiada istilah ibu bapa mertua dalam kamus hidup aku. aku sudah menganggap mereka spt ibu bapa kandungku sendiri. aku bertuah sbb punya ma ayah & mak abah. sebenrnya peranan seorg ibu juga sama pentingnya. aku telah dididik utk sentiasa mendahulukan ibu bapa mertua dalam segala hal. aku pernah cerita dalam entri terdahulu yg mak aku pasti 'kurang berkenan' jika aku terus pulang ke rumah ibu aku. dulu2 aku mcm memberontak juga tapi skrg aku semakin matang dan faham. syurga isteri di bawah tapak kaki suami. syurga suami di bawah tapak kaki ibunya. dan jika kita punya anak juga pasti kita mahu anak kita menjaga hati kita. jadi tunjukkanlah teladan yang baik dari anak itu masih kecil. terlalu memanjakan anak tidak bagus dan terlalu mengabaikan anak juga tidak bagus. jadi bersederhanalah.

renung-renungkan dan selamat beramal. opss dr izi pinjam tagline jap :D