Ikut AiTotYati

1.1.10

SIAPA BERHAK?

Aishah r.a. pernah bertanya pada Rasulullah saw.
"Siapakah paling berhak bagi diri seorang wanita?"

jawab Baginda saw..
"Suaminya"


"dan siapa pula paling berhak bagi diri seorang lelaki?"
jawab baginda saw.. "Ibunya"


cuma zaman sekarang ini sudah ramai lelaki yg terlalu menurut kata sang isteri. sayangkan isteri sampai terlupa dengan tanggungjawab terhadap ibu sendiri. buta menilai keadaan.

aku?

seboleh-bolehnya aku sentiasa mengingatkan suami ku agar tidak lupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya. keredhaan ibu bapa penting. aku seboleh-bolehnya cuba untuk menjaga hati ibu bapa mertuaku. sebenarnya tiada istilah ibu bapa mertua dalam kamus hidup aku. aku sudah menganggap mereka spt ibu bapa kandungku sendiri. aku bertuah sbb punya ma ayah & mak abah. sebenrnya peranan seorg ibu juga sama pentingnya. aku telah dididik utk sentiasa mendahulukan ibu bapa mertua dalam segala hal. aku pernah cerita dalam entri terdahulu yg mak aku pasti 'kurang berkenan' jika aku terus pulang ke rumah ibu aku. dulu2 aku mcm memberontak juga tapi skrg aku semakin matang dan faham. syurga isteri di bawah tapak kaki suami. syurga suami di bawah tapak kaki ibunya. dan jika kita punya anak juga pasti kita mahu anak kita menjaga hati kita. jadi tunjukkanlah teladan yang baik dari anak itu masih kecil. terlalu memanjakan anak tidak bagus dan terlalu mengabaikan anak juga tidak bagus. jadi bersederhanalah.

renung-renungkan dan selamat beramal. opss dr izi pinjam tagline jap :D

28.12.09

KENAPA TAK BULEH CHECK IN SITU?

oleh kerana aku punya urusan seri paduka baginda selama 10hari, maka aku nak bagi 4 alasan kenapa kamu tak buleh stay di sebuah hotel yg terletak di jalan raja alang, kl. gi cepat google hotel itu.




hihihihi. dah tau? aku tak btau ye. korang yg carik... hihihihi




ok2 antara alasan kenapa kamu tidak digalakkan duduk di hotel 4 bintang itu:




1. PENYAMBUT TETAMU ITU TIDAK MESRA ALAM.
masa aku memula sampai aku terus g kaunter nak cek in. aku tercegat kat situ tanpa disapa oleh mereka. aku tengok takdelah bz sanagt budak hitam tu!!! so aku pun saylah good evening. i would like to cek in. i'm from ***. lalu budak hitam itu terus amik form dan letak depan muka aku tanpa mengucapkan ape2 atau menerangkan ape2. aku yg terkulat2 kenalah baca form itu dan fikirkan sendiri ape yg harus dibuat. huh tak mesra alam langsung!!!! aku jugaklah yg kena tanya bila masa dinner n katne. n tanya jugak ape makna 1625 itu. biasanya itu kan bermaksud bilik ko di level 16 room no 25. aku tahu tapi kan biasanya org kaunter akan maklumkan pd kite.



2. KETIADAAN AIR.
weh gile apekah takde air? sape pernah duduk hotel 4bintang tapi takde air angkat tangn? sape jugak yg pernah duduk hotel tapi kena mandi dengan cebuk@gayung angkat tanagn? haaa aku sorg je pernah kot9dengan kwn2 kami yg lain itu hari). bayangkan aku balik dr jumpa kwn n tiba2 bila nak mandi air takde. nak menjerit rasanya. air takde selama 4hari. aku terpaksa tumpang mandi tempat kwn. kwn2 aku yg takde kwn terpaksa mandi kt public toilet. tak ke haru tu?




3. SORRY MEM BUT WHAT IS GAYUNG @ CEBUK @ WATER DIPPER?
adakah aku duduk di AS? tak pernah plak aku request gayung kt mana2 hotel dan mereka taktahu makna perkataan itu. serius beb rasa mcm nak tergelak masa receptionist tu kata lagu tu? or maybe sbb die cha ya nun alif maka taktahu apa itu gayung@cebuk. yelah pasal mereka kan dok guna tissue paper shj. kenapa aku nak gayung@cebuk tu? masa air dah ada maka kami semua pakat2 tadah air dlm bath tub. takut krisis air lagi. jadi sbb malas nak bising2 so aku turuun je beli kat mydin. dan sebgi balasan kpd pihak hotel maka rumet aku yg ade emergency kes jam 3pagi telah guna cerek pihak hotel utk dijadikan gayung sbb dia nak flush jamban. wah apekah? hahahahaha





4. MASA KAMU MAKAN TETIBA ADA SQUIRREL PADAHAL ITU TIKUS BERLARI2 BWH MEJA KAMU!!!
haaa sape berani dgn cik Tikus? bayangkan kena angkat kaki masa having lunch. dahle hitam berbulu lebat. yg manager kat bhgn kitchen tu plak asyik cakap "oh it's just a squirrel"
kepala hotak die!!! itu bukan tupailah!!! itu tikus. tikus!!! rat!!! rat!!! faham? aku yg tengah mkn tetiba putus selera. ish sbb tu turun lagi 2kg kot. takut nak makan. hahahahahaha





5. KAMU TELAH PERGI BERJALAN-JALAN DGN SUAMI KAMU DAN KEMUDIAN BALIK KE HOTEL JAM 2.30PAGI NAMUN TAK BOLEH NAIK KE LEVEL 6 NAK PARKING KERETA DENGAN ALASAN PALANG PARKING HANYA DIBUKA JAM 5.30PAGI!!!!
ni lagi satu lagi gile!!!! tak boleh masuk parking hotel yg ada kat level 6 sbb pihak hotel tak mahu turunkan palang kereta tu!!!! bila aku g kaunter receptionist tanya, dia kata itu polisi hotel. jam 12 tengahmalam palang diturnkan. jam 5.30pagi baru buka semula. jadi aku nak parking kat mana? terpaksalah parking kat open parking kat belakang hotel tu!!!! masa tu tawakal kepada Allah ajelah 206 aku tuh. huhuhuhuhuhuh. alhamdulillah mujur takde ape2. takut gak sbb situ jalan chow kit yg ramai PATI lepak2 dgn muka ganaz n ko rasa macam kat indonesia@bangladesh tgh perati muka n mcm nak rampas handbeg gitu.




6. KO KELUAR JE DARI HOTEL TETIBA ADA MAKCIK TUA BAWA BIL HOSPITAL MIBTA SEDEKAH DARI KORANG N KORANG TAKUT MCM NAK KENA PUKAU.
yer... yg ni mujur aku takde ape2 tapi makcik tu ikut kami (aku n rumet) sampai kami keluarkan duit dr wallet. seram beb makcik tu. aku bagi jelah.




jadi... lu pikirlah sendiir nak ke duduk THE REGEN** HOTEL, KUALA LUMPUR?

27.12.09

SMS UNDI HANTAR KE 33333 JIKA JAWAPAN INI BEST

kenduri tempat mengeratkan silaturrahim tapi ada gak amik kesempatan tusuk hati orang lain. kamu kacau aku, aku jamin jiwa kamu akan kacau. hahahahaha-evil




haaa.... dekat dekat sikit, mana tau buleh"jangkit'
aisey, dapat anak bukan penyakit la makcik oiiii. bukan disebabkan virus. mana buleh jangkit-jangkit. tulah dulu sekolah tak fokus masa cikgu sains mengajar. takpun tak sempat habis sekolah dah sibuk nak kahwin.


pegang baby ni. mana tau boleh 'lekat'
uiks, saya bukan pelekat lalat atau nyamuk ye. jadi bayi kamu tidak akan melekat dengan saya. kalau tak dah lama pelajar2 saya melekat dengan saya.


bila nak berisi perut ni. kosong aje. dah banyak kali datang pun tak besar-besar.
perut kosong tu perut patung. kalau perut saya kosong dah lama mati. macam mana nak hadam makanan?


bila lagi nak bertiga? asyik berduaaaa aje. orang lain dah ramai dah.
eh.... kami memang suka berdua. kalau tak macam mana boleh ada lagu "berdua dengan mu... pasti lebih baik...."setakat ni tak pernah pula dengar orang cipta lagu pasal bertiga atau berempat... pernah dengar ke?


cepat-cepatlah beranak. jangan sampai kamu kalah dengan anak pakcik.
oh, ada pertandingan sape-bersalin-cepat ke? takde pulak isi borang hari tu!

15.12.09

OUT STATION

aik jadi cikgu pun ada out station kah?

ada

kat mane?

adalah?

taknak bagi tahu?

URUSAN SERI PADUKA BAGINDA

oooooo

lama ke?

lama

16-26 dec 09

27 dec kenduri cousin belah hubby ku

tak bawa laptop?

tak

anak2 ikan?

dah jual tadi

bil2 umah blm bayar lagi kan?

belum, nantilah dah setel urusan tu aku online je, bayar
nak bawa laptop tapi broadband tadak
duit umah dh serah pada hubby suh dia bayar
doakan turun lagi 5kg

ada apa2 pesanan?

ada

silakan beri pesanan

kwn2 jangan lupa baca akhir tahun awal tahun hari khamis ni.. jangan malas
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH
ASSALAMUALAIKUM

13.12.09

DAN KEPUTUSANNYA....

dengan ni saya ingin berkongsi kegembiraan yang saya dah..


sabar




sabar



sabar





dah dapat pakai baju saiz M!!! saiz 38!!! habis semua blous yg dah lama gile terperuk dlm gobok hitam putih aku tu aku try tadi!!! hubby peliks je napelah aku dok keluar masuk bilik. hihihihihihi.. seronok gilerrrrr dapat pakai baju2 tu... dulu sblm aku start diet mmg dapat lepas kepala jelah. then bila nak sarung penuh sah tak lepas. if lepas pun mesti macam sarung nangka gitu.. so kali ini sarung nangka no more... best best!!!! kena giatkan lagi diet dan senaman yg buleh dibuat!!!


period aku lewat 2 minggu. maybe kesan makan ubat PID kot. biarlah.. dah cek dah UPT -negatif. aku pasrah dan redha. sedih? Allah maha mengetahui segalanya. buat apa nak bersedih selalu. nanti jiwa kosong. sedih kejap sudah. hihihihih. hidup mesti diteruskan.