heee saje buat entry ni khas buat sahabat mayaku
irtiyah.
beliau tanya tips utk elak kucen cakar kusyen.
haaa dua benda inilah yg Ai bli. dua2 boleh dibeli di pet shop.
tak dinafikan memang Snowi dan Bleki kaki mencakar. tapi kat mana 'diaorang' cakar?
|
tempat cakar |
|
|
masa mula2 Bleki n Snowi 'tiba' di rumah kami, mereka comel sangat. nak ambil masa mereka lahir kesian cerai susu. so amik masa dah besar sikit. ade Ai buh kat entry pendek
di sini.
awal2 sampai tu memang Ai hari2 latih depa ni utk cakar kat tempat cakar tu. tiap2 pagi Ai akan pegang kaki2 kucen tu dan cakap dgn Bleki n Snowi. sambil cakap sambil kite gerakkan kaki2 kucen tu kat tempat cakar. lama jugaklah nak melatihnya.
tiap kali depa dok cakar sofa tu, mmg Ai babap la depa. Ai marah Bleki & Snowi. so that dia faham kite tak suke perangai tu. tempat cakar tu dalam RM50-60 mcm tu la. harga betul tak berapa ingat. ia diperbuat daripada tali tangsi kot.
|
semburan elak kucen cakar |
yang semburan tu Ai sembur pada sofa. hehehhe baunya macam serai sikit2. mmg klu sembur Snowi n Bleki tak dekat. selamat sofa Ai. hehehhe. semburan ni boleh dibeli di pet shop ataupun Aeon.
so skrg ni Bleki n Snowi tau kt mana nk cakar. sesekali tu ade gak sengal nk cakar sofa tpi mmg Ai babap la. Snowi akan suka mencakar kt tempat cakarnya tu setiap kali bangun tidur dan sebelum melangkah keluar dari rumah. Snowi pandai (maybe sbb gigirl kot tu yg dgr cakap). hehehhe
masa tengah taip entry ni, Bleki bangun dan terus mengada panjat meja kemudian letak kepala kat tangan Ai macam dalam gmbr. Bleki mmg shuke mengada camtu. cepat2 Ai amik handset snap. berat wooo kepala Bleki ni. big boy lah katakan. Snowi pula masih lena diulit mimpi. syiokkkk tidur.