Ikut AiTotYati

30.7.11

HARI KOKURIKULUM 2011

Salam kepada semua pembaca. lama tak buat entry baru. padat sangat Julai ni.
kalau lihat pada tahun lepas pun, entry yang ade hanya 2post je. tahun ni banyak sikit le. 
campur yg ni ade 5 le.



letak gambar je kot. besh sikit. antara aktiviti Julai

hari kokurikulum sekolah pada 27 & 28 july 2011. ade aktiviti ikhtiar hidup. 
cikgu cuma bagi arahan. yang melaksanakan adalah pelajar. kalau guru yg buatkan, masa bila pulak pelajar nak cari pengalaman., kan? ni mereka tengah nak perap ayam n buat roti lilit. ni semua kena masak dengan kayu api ye tuan/puan. perghhh masa kat sini asap mmg banyak giler. tak larat woooo. mata masuk asap tak henti2.

 Kakza dah agihkan tugasan para pelajar. 
so tugas Ai adalah bagi guideline pada pelajar utk buat itu ini. yang pasang api, yang masak nasi, yang perap ayam n yang uli tepung utk buat roti lilit. owh setiap kelab akan dapat ayam setengah ekor, 2cawan beras dan sekilo tepung. pepandailaaaaa nk survive. Ai ni mmg skema, Ai mmg tak bawakkan ape2 utk pljr. biar pelajar usaha sendiri. kata ikhtiar hidup, pepandailah kome ikhtiar, kan?



 yaaa ini adalah beras yang dimasak dalam buluh. perghhh beras kami masak. 
beras adalah benda pertama yang kami masak sbb masa yg diberikan hanyalah 2jam sahaja utk menyiapkan semua hidangan.



 haaaa tu dia roti lilit kami. bijak bijak. 
Ai rasa roti tu, sedap beb!!



 yaaa itu dia kumpulan pemasang api sedang buat lagi satu tungku utk bakar ayam.



 yaaaaa barulah ikhtiar hidup namanya. guna buluh. tapi ade cikgu tolong bawakkan tempat memanggang. aisey tak thrill le camtu.
Ai ni spesis guru yg nak biar pelajar rasa memasak secara tradisional.

dan kelab siber telah mendapat tempat ke-4 daripada 26 buah kelab yang lain!!!
tak ke bagus tu. walau tiada pinggan mangkuk cantek cantek tetap boleh berjaya!!! 
korang mmg pelajar2 yang bijak!!




yaaa, berbaju pink dan bertudung pink adalah kakza. beliau guide pelajar utk gubahan. 
Ai guide pelajar utk ikhtiar hidup. tugas kenalah bahagi sama rata. tak gtu kakza? heheh


yang ni pula adalah hasil gubahan utk pertandingan gubahan bunga. 
tak kisahlah bunga hidup ke mati ke.

17.7.11

JENGKEL

malam tadi tengok movie Harry porter di MBO cinema , melaka mall.
ada beberapa perkara yang menjengkelkan telah berlaku.
paling best perkara itu telah dilakukan oleh hanya satu family sahaja.

maka penceritaan pun dimulakan.....

Ai dan enJekjek duduk seat biasa. kalau cinema nombor 2 atau 4 kami akan beli tiket di seat row L. nombor seat kami ialah L9 & L10. seat L10 adalah seat hujung sekali tempat org keluar masuk. untuk lebih faham tengok rajah yg Ai lukis ni di bawah:






selepas cerita HP tu ditayangkan selama 10minit tetiba ada satu family ni baru le terhegeh-hegeh nak ambil tempat. so kat situ Ai dah rasa jengkel dah. kite tengah syok layan HP sebuk lak nk masuk. kalau masuk tu reti nak cakap terima kasih takpe. ni tak, menonong je. tu satu bab.


family yang baru masuk ni adalah terdiri daripada seorang ayah, ibu dan seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 3 - 4 tahun gitu. mulut plak tak reti nak senyap. pot pet pot pet macam bertih goreng. lepas tu dah Ai duduk selesa lagi sekali ada plak orang nak masuk. rupa-rupanya anak lelaki mereka plak yg nak masuk. Ai anggarkan anak laki dia tu dalam lingkungan 9-10 tahun sebab dia membawa masuk bersama popcorn dan air berkarbonat. maybe si ayah dan si ibu meninggalkan si abang untuk membeli popcorn dan air.


masuk je si abang, si ibu suh si abang tu duduk tepi Ai tapi dia refused. dah memekak lagi. lepas tu tak habis di situ, si adik pompuan tu merengek2 plak nak air si abang. memekak lagi. lepas tu senyap. tapi tak lama....

"mak..... abang habiskan air adek!!!!!!'


giler raungan memecah panggung. Ai dah bengang dah. si adik tu dah menagis plak. lepas tu Ai dengar si ibu cakap pd abang suh beli air lain so si ibu bagi duit pd si abang untuk beli air baru. kali ni si abang tak lalu depan Ai tapi si abang panjat kerusi untuk keluar ke belakang. tapi rupanya si adik ni nak ikut.

"nak ikut bang, nak ikut abang"   sambil meraung dan menangis dan menangis.


time ni, satu panggung dah buat bunyi,

"shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

ada yang jerit,

"quite laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"


dan macam-macam lagi.



pergh tapi si ayah mmg hati batu n telinga pekak kot. buat bodoh je. lepas tu si adik ni nak berlari keluar sbb nak mengejar si abang. so Ai terus je bangun untuk beri laluan dan sebab dah geram Ai cakap je,


"dah tau anak tu kecik tak payahle bawa masuk panggung"


di sini Ai  tegaskan bahawa Ai bukan anti budak kecik ye. tapi Ai anti gile dengan si ibu dan si ayah yang tak peka or senang cite pekak dan buta. rasanya semua orang tahu yang budak kecik ni tahap fokus pada sesuatu perkara tu amat kurang. paling lama boleh bertahan biasanya 10-15 minit. habis tu yang ko gatal gak nak bawa masuk panggung tu pehal? tak boleh ke ko beli cd pirate then tengok di rumah? sekurang-kurangnya takdelah kena sumpah dengan orang satu panggung!


ok cerita ni belum habis tau.

Ai ingatkan lepas dah keluar tu mereka tak masuk tapi sangkaan Ai meleset.
si ayah dan si adik beserta si abang pun masuk semula. lepas tu si adik pun menikmati air minumannya. tapi sambil minum tu mulut dia macam berteh goreng. pot pet pot pet. yelah budak kecik bila nampak sesuatu rasa ingin tahu tu ade. mulalah tanya pada si ayah. bila si ayah tak layan, si adik tu mula memanjat kerus  i. panjat-turun-panjat-turun. lepas tu goyang-goyang kerusi. masa ni si adik ni dah duduk sebelah Ai. perghhhhh memang Ai sangat terganggu. tapi si ayah tu memang spesis buta kot. buat taktahu je. konon2 khusyuk le tengok HP. Ai malas nk toleh2 dah so Ai buat tindakan dengan tidak bersandar pada tempat duduk Ai. haaa masa tu barulah Ai dengar si ayah kata,

"duduk la diam-diam"


ek eleh itu je? takde tindakan lain?


sudahnya agaknya sebab si adik tu letih maka barulah dia tertidur. tapi masa tu rasanaya lagi 10minit kot cerita tu nak habis.

kesian Ai, tak menikmati pun cerita tu. rasa nak tonton lagi di waktu lain.
huhuhuh

16.7.11

CINTA MONYET

terkejut bila kakza beritahu ade seseorang shout di shoutbox sekolah ayat lebih kurang begini,

"nape cikgu2 sekolah ni suke menyibuk?"


Ai rasa Ai tahu kenapa.
sebabnya sekolah sedang menjalankan 'pembersihan' pasangan2 atau nama glamernya 'kapel'

itu semua untuk mengelakkan daripada tuan pengetua menerima 'cucu' sebelum tiba waktunya.
tak paham? tak paham tanya Ai.




kalau pelajar tanya pada Ai, kenapa jangan berkapel. sonang je Ai jawab,

"kamu yakin kamu akan berkahwin dengan kapel kamu sekarang?"


sejarah membuktikan hanya 10% kapel sahaja yg  boleh bertahan ke jinjang pelamin. lain2 tu terkandas di tengah jalan. alaaaa umur2 remaja memang le hormon gatal tu tengah memuncak. takde maknanya serah jiwa raga untuk sesuatu yang belum pasti. perjalanan masih jauh.................................................


yang penting belajar, belajar dan belajar

(^_^)







8.7.11

SIAPA PENAKUT?

Ai memang suka lagu Yuna ni.
lagu penakut. kalau tak silap dari album terbaru beliau yang akan dilancarkan lagi  2minggu.
album decorate. dah banyak kali juga main di corong radio.
tapi sekarang taktahu nak suka ke tak sbb ade seseorang yang dah tuju lagu ni pada Ai. kuikui


ini liriknya


Penakut-Yuna

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau tak penah cuba memahami aku
cinta kau ucap tak penah engkau tunjuk
dan bila tiba saat ku kehilangan
beban yang tak penah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



kalau nak dengar boleh klik video bawah ni.

5.7.11

DAH LALI DAH

blog tempat meluah perasaan, kadang2 kalau hati rasa sayu tapi ego nak mengaku. adalah lebih baik menulis mencurahkan rasa daripada bersuara dan menyebabkan hati manusia menjadi sakit kerana tindakan kita.


al-kisah.......kejadian berlaku di kantin pagi tadi.


Ai duduk makan di meja yg ada 2 orang yg dah habis makan. gaya mereka nak bangun dah. Ai memilih duduk di situ kerana jauh daripada aircond tetapi berada di bawah kipas siling. kemudian selepas hampir separuh makanan Ai habis, Ai telah disertai oleh 3 orang rakan yg lain. ini menjadikan keseluruhannya ada 6 orang di meja itu (termasuk 2 orang yg dah habis makan tapi tak reti2 nak sambung buat kerja. opsss... mereka mungkin kurang kerja kot)


3 orang yang menyertai Ai makan itu kesemuanya bakal menimang cahayamata pada septembern 2011, disember 2011 dan februari 2012. seorang daripada mereka meminta Ai mengambilkan kicap yang terletak di meja belakang Ai. tanpa sebarang prejudis Ai pun berkata,

"oh boleh saja kak. akak punye pasal Ai tak kisah. untuk ibu mengandung Ai tak kisah"


namun tiba-tiba, salah seorang daripada 2 orang yg dah habis mkn tapi tak jadi bangun tu berkata,

"eh, ni semua tiga-tiga ni bakal emak. Ai aje yang entah bila nak jadi mak"



respond Ai?



senyum dan sengih tanpa mengucapkan sepatah kata dan terus menyambung makan.
dan seterusnya topik mereka adalah tentang kelahiran, anak dan menjaga anak.



mungkinkah Ai dah lali?