bulan lepas telah pergi bercuti di langkawi. bulan ni baru nak hapdet eh? o
k ape bulan ni. kot tahun depan?
lantaklah ko Ai. hikhikhik
kami pergi bercuti ke langkawi pada 13-15 jun 2010. Ai buat point ajelah. senang dan mudah utk rujukan masa hadapan yang gemilang.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
perkataan perkataan di atas telah ditaip pada 12julai. ekekekeke. maafkan Ai ye. sebenarnya dok mencari mana resit2 percutian di langkawi. bukan apa buleh buat rujukan untuk masa akan datang. tambahan pula macam terdengar-dengar yang adik Ai nk g honeymoon ke langkawi lps dia nikah bulan 10 ni. eh bulan 10 ke 11 ke kurang kepastian lak.
bagaimana Ai buleh kebercuti ke langkawi? kebetulan ada kawan hubby di Gurun yang melangsungkan perkahwinan. maka oleh kerana dh ke utara gitu maka hubby cadangkan kami bercuti ke langkawi memandangkan seumur hidup Ai tak pernah sampai. erk? ye tak pernah tiba lagi.
kami menaiki kereta sehingga ke Simpang ampat dan ayah mertuaku yang sporting telah memberikan nombor telefon kawannya supaya kami boleh meninggalkan kereta di PKG simpang ampat, kuala perlis.
kami menaiki jeti di kuala perlis. huishh manusia ramainya toksah katalah. tapi maybe sebab kami sampe ahad petang maka lebih ramai yang tiba di jeti daripada yang nak bertolak. hubby beli tiket feri RM18 x 2org = rm36.00. tiket jam 4.45ptg. kami tiba di jeti kuah langkawi lebih kurang jam 6.15pm krn feri tidak berlepas tepat pada waktunya.
sampai di Langkawi kami terus ke kaunter Green Ocean Holiday Sdn Bhd. mungkin dek kerana terkesima dengan layanan ramah akak kaunter tu maka kami terus sahaja menyewa kereta iswara dengan power steering. bayaran yang dikenakan ialah RM200 (150 sewa utk 3hari 2mlm, Rm50 utk deposit kereta). hubby terus sahaja memandu keluar dari jeti itu menuju ke tempat penginapan. oh untuk pengetahun kami menyewa di SM Teknik Langkawi. di situ ada homestay dgn harga RM100 satu mlm. kami menginap 2mlm maka RM200 lah jawabnye. masa on the way nak ke SMTL tu kami tersesat hampir dengan airport padahal sekolah tu cuma beberapa minit dari pekan kuah. hahahahahah
iklan jap: coverage yang ada masa dalam feri
apakah True dan DTAc? sesiapa ada idea? tinggalkan komen (^_^)
masa drive keluar dari jeti nampak pulak signboard ni:
yang ni takpelah kot.. yang ni ha:
Ai asal dari selangor maka bila tiba di sini dan nampak ini haruslah nak ketawa. tak gitu?
ini gambar homestay kami: not bad kan? dalam lengkap dgn aircond, pantry peti sejuk, tv, oh not to forget ade 2bilik tidur dan 2bilik air (shower plus jamban). usai mandi dan solat jama' kami mencari dinner. oleh kerana makan besar bagi kami yang pemakan ini maka kami harus membayar RM39.00 wah wah mkn mcm 4org nye.
keesokan paginya kami memulakan percutian langkawi kami. sebelum ke sini ai dah buat research. yang hubby Ai pulak dalam otaknya nak suh Ai shopping. apekah? tapi Ai memilih buat Island hopping. Ai nak lompat lompat atas pulau. ekekekekek. jadi di kaunter yang sama juga kami telah beli tiket utk Island Hopping. seorang RM40 ye. kali 2 maka = RM80.
sebelum Island hopping kami ke Dataran Lang. ala yang ade burung helang tu. layan foto ye:
ini kami mmg suka nak bergambar.
pergh kalau betul Ai tinggi ni makanya buleh jadi international netball player heh?
ok start island hopping lak. pergi ke sana 10pagi. oh kami melawat pantai beras basah, tengok eagle dengan pergi ke tasik dayang bunting. pergi jam 10am sampe ke pulau ini semula jam 1.30pm gtu.
saje meatballs Ikea ni nak interprem. perghhh melelah air liur ai.
ok kite teruskan percutian di langkawi dengan foto2 pulau beras basah. pulaunya memang cantek masyaallah. sedap mata ana memandanglah
di tepian pelabuhan kami nak naik bot pancung.
Ai lap u... u lap Ai (^_^)
sape tak nampak burung helang maknanya tinggal lagi 3jumaat je nak puasa. hahahha
pulau dayang bunting dari dalam bot kami
dah sampai pulau dayang bunting
tasik dayang bunting
sejarah tasik dayang bunting
banyak giler solar boat. boat ke heh?
cun heh?
tangga ini yang menyebabkan belakang aku sakit kembali. huhuhuh
Ai di kejauhan (^_^)
chantek kan?
tempat kami menginap
penguin di underwaterworld. tiket masuk RM28 seorang
resaksa gorgon
selembut kapas hubby buat
tulis atas beras
bokeh
makam mahsuri
ai lap u lagi
dinner hari selasa. mee ape ntah namanye
ini beruk kuala selangor. tengok.. beruk pun tahu sayangkan anaknye tau.
rugi pulak rasanya tak menyelam di Pulau payar. nextime pergi nk ke Pulau Payar lah!!!
sekian laporan percutian ke langkawi. nanti Ai apdet percutian ke singapura ye (^_^)
sekarang Ai mahu lunch dgn rakan di JJ.
tatata